🌷 JHN ¦ Incident

95 21 2
                                    

Ju Haknyeon;
Readers as Lee Hara;

Ju Haknyeon;Readers as Lee Hara;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Nak lalu padang jugak ke?"

Hara memandang Arin malas. Gadis di sebelahnya teruja mahu melihat crush sedang bermain boleh di padang hingga memaksa Hara untuk melalui padang sebelum menuju ke cafeteria

Arin mengangguk laju

"Mestilah! Jom Hara" Tangan Hara ditarik rakus menyebabkan gadis itu tersentap mengikut langkah Arin yang gopoh gapah

"Ishhh... tengok dia puas puas nanti. Aku nak makan. Lapar" Pesan Hara

Setelah sampai di padang, pandangan mereka disapa dengan sekumpulan pelajar lelaki sedang ligat bermain bola. Mata Hara cuma memandang bola yang ditendang tinggi dan padu

"Kasar gila diorang main..." Bisik Hara lalu Arin mengangguk setuju walaupun matanya sedang memandang kearah lain

Hinggalah Arin bertentang mata dengan seseorang, gadis itu terus tersenyum

"Eo! Arin noona!"

Jerit Soobin daripada jauh sambil melambai tangan kearah Arin

"Hara tunggu sini tau!" Hara mengangguk pasrah

"Pergila pergilah..." Kata Hara dengan signal tangan menghalau

Arin melangkah laju kearah Soobin di hujung padang

*saya tdk mengeship soobin dn arin teman teman. tpi deme ni cute mc yg saye takleh moveon-- k sambung

Sementara Arin pergi bertemu dengan Soobin, Hara mengambil tempat di kerusi sambil membuang pandangan kearah pelajar lelaki yang sedang bermain bola

Tersangat ganas. Bola yang ditendang begitu laju dan padu

"Ni kalau terkena ni, terkeluar segala ilmu yang ssaem ajar" Gumam Hara perlahan lalu mengalihkan pandangan kearah lain pula

"YAH! LEE HARA!! ELAK!"

Suara keras seseorang menerpa gegendang telinga Hara. Kepala ditoleh mencari suara tersebut hinggalah dia tersedar sebiji bola sedang terbang laju kearahnya

Belum sempat dia hendak bergerak, bola bewarna putih biru tersebut terlebih dahulu mencium dahi licin Hara

"Ark-"

"Omo Hara ah!"

Hara terkaku seketika mengerdipkan mata beberapa kali

Kemudian, dia bangun sambil menekan dahi yang sakit. Bola yang jatuh di sebelah ditendang kuat

Habis ternganga pelajar lelaki di padang itu melihat bola sepak terbang tinggi hingga mendarat berdekatan pintu gol hasil tendangan Lee Hara

"MUKA AKU NI ADA NAMPAK MACAM GOL KE HUH?!" Jerit Hara namun bahunya ditolak semula oleh seseorang supaya gadis itu duduk di atas bangku

Tangan Hara yang menekup dahi ditepis lelaki tersebut

"Hara ah gwenchana?" Soal Haknyeon cuak sambil mengusap perlahan dahi gadis itu

Serta merta Hara diam membatu. Rasa sakit pada dahi tiba tiba hilang disebabkan usapan perlahan Haknyeon

"Aku tak apa apa"

"Macam mana kau boleh tak pengsan ni? Padu kut aku tendang tadi?" Dahi Hara berkerut

"Ouhh! Kau yang tendang!" Hara bercekak pinggang hendak bangun. Namun Haknyeon terlebih dahulu menahan bahu Hara supaya dia tidak berdiri

Haknyeon tersengih kecil

"Maafkan aku. Tulah kau. Siapa suruh distract aku? Ingatkan bidadari mana duduk tepi padang. Sampai tiang gol pun aku tak nampak dah" Sebut Haknyeon kemudian tersenyum bangga kerana memberi pickup line pada gadis itu

Hara sedaya upaya menghalang bibir daripada tersenyum. Tak mahu menunjukkan bahawa dia sudah tercair dengan kata kata Haknyeon

"Ish... Banyaklah kau..."

"Betullah. Kau lawa sangat" Puji Haknyeon lagi menyebabkan Hara tidak mampu Mengawal senyumannya

"Dahla... Aku nak pergi cafeteria" Ujar Hara lalu bangun

"Aku belanja? Tanda minta maaf dekat kau. Boleh?" Hara mengangguk sebelum berjalan terlebih dahulu

Haknyeon tersenyum lebar. Sempat dia memandang kearah Arin. Isyarat good ditunjuk Arin yang sudah bertepuk tangan tanda suka

"Tak sia sia aku buat plan ni sampai tak tidur malam" Ujar Haknyeon perlahan

"Haknyeon, otak aku rasa bergegarlah... Aku nak pergi bilik sakit dulu"

"Takpe, aku teman kau dekat bilik sakit"

▲▲▲

🍁: Tasabar Goedammmm~ Dayummmm

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁: Tasabar Goedammmm~ Dayummmm

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now