🎁 KYH ¦ The Truth

115 22 14
                                    

Kim Younghoon;
Readers as Lee Aeri;

Kim Younghoon;Readers as Lee Aeri;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Younghoon dari puak Kim. Antara penjenayah yang tak ada perasaan. Dia pernah tengok mendiang abang tiri dia dibunuh depan mata, tapi langsung tak mengalirkan setitik air mata. Hati dia tak ada perasaan. Dan dia, antara lelaki yang kejam dekat muka bumi. Ganas antara yang ganas--"

"Sudahlah awak! Malas saya nak bercakap dengan awak dah!"

"Ah mianhae! Aeri ahhh saya minta maaff!!"

Perbualan antara dua anak buah Younghoon terbantut dengan suara perbalahan dua pasangan

Aeri datang ke ruang tamu rumah agam milik Younghoon sambil memeluk tubuh memasang wajah ketat

Seketika kemudian, muncul Younghoon mengejar Aeri dengan bibir dicebikkan seperti hendak menangis

Tercengang dua anak buah Younghoon di pintu melihat aksi lelaki ganas itu

"Awak cakap kek saya tak sedap!" Pantas Younghoon menggeleng kepala

"T-tak saya tak cakap kek awak tak sedap! Rasa dia sama macam dekat kedai"

"Samalah tu! Penat penat saya buat, awal boleh samakan kek tu dengan yang dekat kedai! Sampai hati!" Rajuk Aeri lalu memukul bahu Younghoon sederhana kuat

"Aeri saya minta maaf... Tolonglah jangan merajuk"

"Siapa suruh cakap kek saya sama dengan kek kedai? Saya dah buat kek tu dengan penuh kasih sayang. Senang senang awak samakan yang dekat kedai punya! Tak hargai usaha saya langsung!" Younghoon terdiam

Matanya hanya memandang Aeri sambil mengetap bibir

Aeri yang baru sedar situasi sunyi di ruang tersebut lantas memandang kearah Younghoon

Mata yang kemerahan sedang menahan air mata. Hidung, telinga, wajah juga sudah bertukar tona merah petanda bahawa gelombang emosi Younghoon telah diusik

Aeri tersedar bahawa kata katanya telah melampaui batas. Terteguk air liur Aeri dibuatnya

"Y-younghoon, saya--" Belum sempat Aeri hendak menyambung kata katanya, Younghoon terlebih dahulu memusingkan tubuh ke belakang

Lengan ditekup pada mata diiringi dengan bunyi esakan

"hiks hiks..."

Lantas Aeri menghampiri Younghoon lalu menarik lengan yang menekup mata

"Yah Younghoon ah! Janganlah menangis!"

"M-mianhae hiks s-saya tak pandai nak puji. hiks" Tersedu sedu Younghoon menuturkan kata kata sambil mengesat air mata menggunakan lengan baju persis kanak kanak yang sedang menangis

"Aigoo... Dah sini" Perlahan Aeri menarik kepala Younghoon agar bersandar pada bahunya. Disebabkan Aeri yang sedikit rendah, Younghoon terpaksa membongkokkan tubuhnya sedikit

Pinggang Aeri dirangkul kemas sambil membenamkan wajah pada bahu gadis itu. Aeri pula memeluk Younghoon sambil menepuk belakang badan perlahan untuk memujuk

"Dah dah jangan menangis. Harinikan hari jadi awak?"

"T-tapi saya buat awak marah hiks"

"Tak saya dah tak marah dah" Pujuk Aeri

"A-aeri kek awak tu sedap sangat sangat. L-langsung tak sama macam kedai. Lagi sedap daripada yang dekat kedai" Tergelak kecil Aeri mendengar pujian daripada Younghoon dengan suara yang tersekat sekat akibat menangis

"Ah yeke? Terima kasih puji~"

"Alolololo~ Dah berhenti menangis"

"Hiks... t-tak boleh berhenti hiks"

"Aigoo aigoo~ baby besar niii!"

Aeri mengeratkan lagi pelukan cuba menenangkan Younghoon

Sementara itu, anak buah Younghoon masih terkaku melihat mereka berdua dengan mulut sedikit terbuka

"Bos dah kena rasuk ke? Atau aku yang tengah mimpi?"

"Betullah tu bos... Dengan Aeri-nim je dia jadi gedik. Geli tekak aku tengok diorang..."

"Korang berdua sebelum aku bakar hidup hidup, baik keluar"

Suara garau Younghoon menghentikan perbualan mereka. Tercekik udara dibuatnya mendengar intonasi mendatar Younghoon

"S-sorry bos..."

▲▲▲

🍁; Happy birthday namchin💙 comel dho dia nangeh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁; Happy birthday namchin💙 comel dho dia nangeh. Nak sedih pun tak jadi haha

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now