🌷 KVM ¦ Wrong Target

92 19 7
                                    

Kevin Moon;
Readers as Ryuna;

Kevin Moon;Readers as Ryuna;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"T-tolong jangan bunuh saya!"

Kevin meletakkan jari telunjuk pada bibir menyuruh perempuan yang sedang bersandar lemah pada dinding untuk diam


Segulung pita pelekat Kevin capai lalu dikoyakkan panjang kemudian dilekat pada mulut wanita tersebut dan menutup mata

"Kalau kau diam, aku tak buat macam ni tau?" Kevin menyengetkan sedikit kepala perempuan itu hingga dia Terteleng ke tepi menayangkan leher putih milik dia

Air liur diteguk. Tidak sabar untuk menyedut habis habisan darah perempuan tidak bersalah untuk memuaskan rasa laparnya

Mata Kevin bertukar merah. Taringnya juga muncul sebalik lapisan bibir

Tanpa mengira saat, Kevin terus menerkam leher perempuan itu. Taring dibenam dalam, menyedut sepuas puasnya darah yang memancut keluar

"W-werk!"

Baru beberapa sedutan, Kevin berhenti lalu menolak perempuan tersebut ketepi. Membiarkan jasad longlai itu jatuh ke tanah tidak sedarkan diri

"Ahh! Rasa telur tembelang! U-uwerk!!" Kevin memasukkan jari kedalam mulut hingga capai tekak supaya dapat memuntahkan darah

Selesai muntah, Kevin menghilang sekelip mata untuk mencari paip air yang berdekatan

Kevin muncul di lorong belakang sebuah kedai makan. Paip air kedai tersebut digunakan sementara kedai tutup kerana sedang malam

Segala sisa darah dikumur lalu diludah keluar

"Ehkhh! Inilah sebabnya cari perempuan dekat club! Disgusting!" Bebelnya sendiri sedaya upaya membuang rasa tidak sedap dalam mulut

"Nak tunggu sweet blood datang, memang lambat lagila... Ahh what should I do?? I'm hungryyy!!!" Rungut Kevin lalu bersandar pada dinding hendak menangis

Tiba tiba, suatu bau yang manis menusuk ke dalam hidung Kevin merangsang deria baunya

"Sweet blood?" Teka Kevin sambil tersenyum menyeringai

Akhirnya, muncul manusia yang mempunyai darah sesuai untuk menjadi makanan Kevin setelah berkurun menanti

Kevin menghampiri bau tersebut hingga terjumpa seorang perempuan sedang berjalan di sebuah lorong yang sunyi

Tanpa berlengah Kevin mengekori gadis itu daripada belakang

Semasa jarak dia dan gadis itu kurang 2 meter, gadis tersebut berhenti dan berpusing

Cepat cepat Kevin mengelak

"Nugusaeyeo? Ada orang dekat sini?" Tangan gadis itu tergapai gapai di udara

Terkerut Kevin melihat pergerakan tangannya

Lorong ini bukannya terlampau gelap. Masih ada cahaya yang tersuluh. Takkan dia tak boleh nampak Kevin di situ?

"Saya tahu ada orang dekat sini. Maaf, saya bukan nak menyusahkan. Tapi... boleh tak awak bantu saya? Saya sesat" Sambung gadis itu masih menggapai tangan cuba mencapai sesuatu

Perlahan lahan Kevin menghampiri dia. Kevin melambai lambai tangan di hadapan mata si gadis itu

"Awak tolonglah... Saya nak balik. Saya taknampak nak jalan. Hantar saya dekat bus stop pun jadilah. Daripada tadi saya tak dengar bunyi suara orang. Jaebalyeo..." Rayu dia lagi langsung tidak perasaan kehadiran Kevin

Kevin mengeluh kecil

'Buta rupanya...'

Terbatal niat dia hendak menyedut darah gadis itu. Terpaksalah dia cari dan tunggu manusia berdarah sesuai daripada membunuh orang kurang upaya yang layak menikmati kehidupan walaupun serba kekurangan ini

Kevin terus memaut lengan dia

"Kkaja... Saya bawa awak" Kata Kevin pasrah menarik gadis itu supaya mengikut langkahnya

"Kamsahamnida. Nama saya Ryuna"

"I'm Kevin"

"Foreigner?"

"Mhm" Balas Kevin malas sambil mencebik

Terpaksa melepaskan makanannya yang telah diidam sejak berkurun lama. Mana tidak sedih? Sudahla kelaparan

"Maaf sebab ganggu awak"

"Gwenchana... Tapi lepas ni jangan keluar malam malam. Jaga diri awak elok elok. Bahaya manusia macam awak sesat dekat lorong gelap" Pesan Kevin dan Ryuna mengangguk

Akhirnya mereka sampai ke sebuah perhentian bas yang terang benderang

"Dah sampai" Kevin menarik tangan Ryuna lalu diletakkan pada tiang bas stop

Kebetulan sebuah bas sedang menghampiri untuk mengambil penumpang

"Eo terima kasih, awak"

"Bas dah nak sampai. Annyeong. Stay alive, my food... Take care..." Ujar Kevin sempat memberi little head pad pad Ryuna sebelum meninggalkan dia

Berjalan begitu perlahan dan pasrah

"Saya tak pernah jumpa vampire sebaik awak" Langkah Kevin serta merta terhenti

Dia menoleh kearah Ryuna semula. Ryuna sudah bersedia untuk menaiki bas membuka kaca mata hitam memandang Kevin

"I'm not blind~ I'm just a genius! HAHAHA! Bye bye Kevin~"

Ryuna melambai kecil sebelum masuk ke dalam bas dengan segara

"Wait what?!" Baru saja dihendak membuka langkah, bas tersebut sudah bergerak

Kevin terpaku melihat tingkap bas di mana Ryuna sedang duduk

Gadis itu sedang melambai sambil ketawa pada Kevin. Sempat Ryuna menjelir lidah pada Kevin yang sudah menggenggam penumbuk

"Did she just-- AKU DIPERBODOHKAN DENGAN MANUSIA!" Kevin mencengkam rambutnya geram

"Kau tunggu! Aku akan pastikan aku sedut darah kau sampai titisan yang terakhir!" Sumpah Kevin menghentak kaki persis kanak kanak sebelum berlalu pergi <(`^´)>

"Stupid human! Erghh!"

▲▲▲

🍁; Anak Moon ni makin lame makin buff siaa (งᓀ‸ᓂ)ง Otw jadi Kim Jongkook

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁; Anak Moon ni makin lame makin buff siaa (งᓀ‸ᓂ)ง Otw jadi
Kim Jongkook

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now