🎁 KSW ¦ Bestie!

102 14 3
                                    

Kim Sunwoo;
Readers as Lee Jieun;

Kim Sunwoo;Readers as Lee Jieun;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Sunwoo bestie!"

Kaki ringan berlari skipping kearah Sunwoo. Walaupun suara kuat memanggil nama dia, dia langsung tak pandang

Dah biasa dah dengan dia. Dia memang malas nak layan aku. Suka pulaukan aku. Buat buat macam aku tak wujud

Tapi jangan risau. Dia baik je sebenarnya

"Sunwoo!" Sekali lagi aku memanggil nama dia sambil tepuk bahu dia

Sunwoo jeling sedikit kearah aku. Acuh tak acuh

"Hari ni birthday kau en?"

"Hm..." Jawab dia malas. Langsung tiada rasa mahu melayan aku yang ceria di pagi hari

Aku keluarkan sesuatu daripada poket blazer sekolah lantas disua pada wajah dia

"Tadaaaa~~ Bracelet baruu!! Untuk birthday kau!" Kata aku sambil menggoyangkan gelang tangan yang aku sendiri buatkan untuk dia

Ada huruf sw bersama sama bentuk cake dan juga cherry. Manik bewarna merah dan putih sebagai base colour

Sunwoo tidak memberi sebarang reaksi. Tangan aku ditepisnya daripada dekat dengan muka dia

"Simpanlah dulu..." Ujarnya terdengar seperti menjengkelkan

"Kau tak suka ke? Aku buatkan untuk kau tahu? Penat aku fikir nak buat patern apa..." Aku mencebik. Sunwoo langsung tak rasa simpati. Dia berdecit sebelum menjeling aku

"Ada aku suruh kau buatkan untuk aku ke?" Makin bertambah menjuih bibir aku mendengarnya. Merajuk

"Tak apalah kalau kau dah tak suka..." Gelang itu aku letakkan ke dalam blazer semua

Sunwoo memang. Dia suka buat layan aku acuh tak acuh. Macam kena paksa berkawan dengan aku. Dan aku pula, nampak macam beria nak attention dia

Sampai satu tahap, aku rasa dia nak berkawan dengan aku sebab kesian je. Sampai masanya nanti, dia akan tinggalkan aku

"Aku nak pergi tandas" Beritahu Sunwoo. Dia tanggalkan beg lalu berikan pada aku

Tak cakap apa apa, dia terus masuk dalam tandas lelaki. Tinggal aku seorang sambil jaga beg dia

Tak sampai beberapa minit aku tunggu Sunwoo, tiba tiba rasa tak sedap hati mula datang daripada belakang. Bila aku toleh, sangkaan aku betul

"Attention seeker. Kau memang tak faham bahasa ye?" Seorang pelajar perempuan menghampiri aku dengan tangan silang pada dada

Automatik aku tundukkan kepala. Tak mahu pandang dia

Gyu berdiri di hadapan aku sebelum terasa kepala aku ditunjal

"Boleh berhenti kacau Sunwoo? Aku tengok daripada jauh pun aku dah tahu yang Sunwoo sebenarnya tak suka kau dekat dengan dia. Tak habis habis nak attention dia" Pesan dia buat aku ketap bibir

Belum sempat aku hendak mengungkapkan kata kata, tubuh aku ditolak Sunwoo hingga terundur lalu berdiri di belakangnya

"Kau pun sama. Jieun nampak sangat sangat tak selesa bila kau dekat dengan dia. Jadi lepas ni, boleh tolong berhenti buli bestie aku?" Gyu tergamam melihat wajah berang Sunwoo

Huehuehue dia mengaku aku bestie diaaa

"Sekali lagi kau buli Jieun, aku takkan teragak agak belasah kau sampai nyawa nyawa ikan. Ingat aku peduli kau perempuan?" Bahu Gyu ditolak Sunwoo dengan kuat hingga Gyu terundur ke belakang beberapa langkah

Sunwoo pusing kearah aku pula. Bahu aku dirangkulnya sebelum menarik aku jauh daripada Gyu

Sempat juga aku jelirkan lidah pada Gyu yang nampak seperti mahu menangis tu

"Mana bracelet tadi? Hadiah aku. Aku nak pakai" Pinta Sunwoo

"Tadi reject..."

"Mana ada reject. Aku suruh simpan dulu sebab aku nak masuk tandas. Nanti kotor banyak kuman" Sunwoo hulurkan tangan dia

Gelang tadi aku keluarkan. Terus pakaikannya pada pergelangan tangan Sunwoo

"Kau punya mana?" Soal dia

"Aku punya?" Soalan dibalas soalan. Sedikit keliru dengan pertanyaan dia

"Kata bestie. Kenapa tak matchy matchy?"

"Kau bukannya nak sangat berkawan dengan aku. Layan pun macam nak taknak. Kau berkawan dengan aku sebab kesian je kan?"  Sunwoo berdecit. Makin dirangkul bahu aku hingga rapat terkena tubuh dia

"Aku ikhlas jadi kawan kau. Lagipun kau sendiri tahu, kalau aku tak suka aku takkan pernah dekat. Sejak bila kau pandai merajuk ni?"

"Sejak kau reject hadiah aku"

"Mana ada. Kan dah pakai ni?"

"Tu cerita sekarang. Tadi cerita tadi. Cubalah kurangkan sikit perangai icy kau tu. Bila nak ada girlfriend?" Sedar Sunwoo gulingkan mata. Menyampah bila aku bangkitkan tentang itu

"Kau kan ada?"

"Kalau aku ada pun kenapa? Kau fikir aku naklah jadi girlfriend kau? Taknak aku dapat boyfriend tak sweet macam kau"

"Apa ni? Kau reject aku sebab aku reject hadiah kau tadi ke? Asal garang sangat?"

"Ye memang!" Balas aku menepis tangan dia yang berada di bahu dan jalan tinggalkan dia di belakang

"Lee Jieun! Tunggulah! Janganlah marah marah. Aku buatkan matching bracelet untuk kau pulak nak tak?"

"Tak payah. Aku tak suruh kau buat pun"

"Kata bestie? Mana boleh merajuk. Aku mana reti nak pujuk orang"

"Kau bukan bestie. Tapi beasty! Urgggh!"

▲▲▲

🍁; Epy berthdey bb <3 ehek ><

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁; Epy berthdey bb <3 ehek ><

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now