🌷LJY ¦ Battleground

114 22 21
                                    

Lee Juyeon;
Readers as Choi Yoonha;

Lee Juyeon;Readers as Choi Yoonha;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Kau nak aku mula dulu, atau kau?"

Juyeon ketawa sinis sambil menjatuh sepucuk pistol dan pisau pada tanah. Kedua dua senjata itu disepak ke tepi

Kami berada di bilik latihan pertempuran Agent. tempat di mana banyak korbanan dan tumpahan darah berlaku. Kali ini, kita akan tengok siapa dulu yang akan tumbang

"Aku tak pukul perempuan--"

Buk!

Ayat Juyeon tercantas akibat tumbukan padu yang terkena pada wajah dia

"Lambat. Biar aku mula" Tanpa memberi sebarang amaran aku menendang dada Juyeon hingga terdorong ke belakang kerana hilang imbangan

Sementara dia belum dalam keadaan sedia, aku membuka langkah menghampiri dia laju dengan sebilah pisau ditangan

Baru sahaja aku hendak menikam perut dia, Juyeon dengan tangkas mencengkam pergelangan tangan aku kemudian dipulas hingga pisau terjatuh daripada tangan

Laju dia menyepak pisau itu jauh ke sudut dinding

"Ark-"

"Awal lah kau nak guna pisau" Katanya sebelum menendang kaki aku hingga aku terjatuh ke lantai

Kedua bahu aku ditekan dan tubuh aku dikepung antara kaki dia. Kiranya, dia berada diatas aku

"Ops? Bahaya kalau kau dah jatuh ke tanah. Ataupun kau saja nak bagi aku menang?" Leher aku dicengkam kemudian dicekik kuat

Dengan segala kudrat yang ada, aku menendang celah kelengkang dia hingga Juyeon melonggarkan cengkaman

Tubuh dia aku tolak jauh hingga terdorong ke belakang. Baru saja aku hendak memberi satu tendangan, dia terlebih dahulu menahan kaki aku menggunakan sebelah tangan

"Maaf" Ucap Juyeon sebelum melayangkan penumbuk pada perut aku dan menyebabkan aku terundur ke belakang

"Eo? Gwenchanayeo?"

"We are fighting! Kenapa kau nak tanya aku okay ke tak?"

"Kau serius dengan pertarungan ni?"

"Of course!" Juyeon mengangguk faham lalu mengeluarkan senjata pemukul daripada belakang

"Kalau tu yang kau nak, Sinilah!"

Dengan itu, aku dan Juyeon mula berlawan antara satu sama lain. Tumbuk menumbuk, tendang menendang seperti hendak membunuh

Langsung tidak peduli dengan segala lebam dan luka di wajah dan tubuh. Yang pasti, salah satu daripada kami menyerah kalah

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now