🎁 LJH ¦ Late Night Practice

99 19 10
                                    

Lee Jaehyun;

Lee Jaehyun;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Kau tahu? Practice room kita tu ada hantu. Staff panggil hantu cermin. Dia datang betul betul tengah malam sampai 4 pagi!"

Cerita daripada Younghoon kembali terimbas buat Hyunjae ketawa kecil

"Hantu cermin konon" Ujarnya lalu menggeleng kepala sambil membuat cooling down

Hampir 5 jam dia berkurung di dalam bilik latihan ini. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam dan dia perlu pulang ke dorm untuk berehat memandangkan dia ada pengambaran pada pukul 4 pagi nanti

Botol air yang telah kosong dimasukkan ke dalam beg. Bersedia untuk keluar

Tirai pada cermin ditarik. Namun tindakannya terhenti seketika setelah melihat ada bahagian cermin yang berkabus

"Haih. Ni kalau aku tak lap, salahkan aku pulak cermin berlumut" Gumam Hyunjae lalu mencari tisu

Selepas itu, dia kembali ke cermin untuk mengelap

Baru sahaja dia hendak menyentuh cermin menggunakan tisu, tiba tiba cermin yang berkabus itu seakan akan diusik oleh sesuatu membentuk satu tulisan

' Lee Jaehyun '

Namanya muncul pada cermin. Terus terbeliak mata Hyunjae melihat tulisan yang masih diteruskan

Keringat dingin sudah mula membentuk. Bulu roma berdiri tegak terasa seram sejuk. Namun kakinya bagaikan dipaku. Hendak cepat cepat lari. Tetapi dalam masa yang sama mahu tahu apa yang akan disambung si 'hantu cermin itu'

' happy birthday :D '

Terkebil kebil mata Hyunjae berkelip setelah membaca mesej tersebut. Air liur ditelan kelat. Melihat keliling ruang bilik latihan

Kalau kalau ini hanya rancangan rakan rakannya untuk mengenakan dia

Tapi kosong. Dan mustahil tulisan pada cermin akan bergerak sendiri

"E-erm... gumawoyeo" Ujar Hyunjae lalu tunduk 90 darjah pada cermin

Pandangan kembali dialihkan pada cermin tersebut. Melihat biasan diri sendiri

Hinggalah dia tersedar bahawa figura dia di dalam cermin sedang menyeringai sambil menyebut 'sama sama' secara perlahan dan berbisik

Terus Hyunjae mengalihkan pandangan. Jantung hampir saja meletus ketika ni. Langkah diatur laju keluar daripada bilik latihan sambil memandang lantai

Cepat cepat suis lampu ditutup dan keluar daripada pintu bilik latihan

"Hyunjae? Dah kenapa muka kau pucat ni?"

"Waish kapchagiya!"

Kehadiran tiba tiba Jacob di depan mata buat Hyunjae terjerit kecil

"Wah kau ni! Gugur jantung aku!" Rungut dia lalu mengusap dada perlahan

"Hehe sorry~ Kau nak balik? Jom balik dengan aku. Aku takut nak naik lift sorang sorang" Ajak Jacob lalu Hyunjae mengangguk setuju

Kedua dua mereka berjalan seiringan

Melihat kelakuan pelik Hyunjae yang senyap, buatkan Jacob menjadi curiga

"Hyunjae kau okay tak? Kenapa kau senyap je? Pucat pulak tu muka kau? Demam eh?"

"T-tak... tadi dekat practice room, aku--"

"Ah! Jangan cerita dekat aku" Cantas Jacob laju. Seakan akan dapat membaca isi otak Hyunjae

"Sangyeon hyung dah kena. Tapi aku tak tahu macam mana dia kena. Dan aku taknak tahu pun" Sambung Jacob lagi menayang wajah takutnya

Hyunjae hanya tersengih

"Esok aku cerita"

"Shireoyeo!!"

"Tak ada aku nak cerita jugakk! Biar kau tak boleh tidur malam!"

"Kau nak aku refund birthday gift kau ke apa??" Hyunjae tergelak melihat Jacob yang sudah menutup telinga

"Yela yelah aku tak cerita"

"Tapi 'dia' comellah. Tak adalah scary mana"

"Tak pasal pasal 'dia' jadi first birthday wisher aku tahun ni"


▲▲▲

🍁; Abe ensem

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁; Abe ensem. happy birthday <3

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now