🌷 KSW ¦ Novel

89 20 27
                                    

Kim Sunwoo;
Readers as Soojin;

Kim Sunwoo;Readers as Soojin;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Eh budak novel ni! Tak habis habis dengan novel dia. Cubalah bersosial sikit!"

Berdecit aku mendengar suara lantang Sunhwa. Mata menjeling dia. Tanda amaran supaya dia berhenti kacau ketenangan aku

Sunhwa masih pandang aku dengan wajah tak puas hati

"Aku baca novel, ada kacau masa depan kau ke?" Sinis aku buatkan beberapa pelajar di dalam kelas tergelak kecil

"Can you stop? Acah main character yang misteri. Tak bersosial, cuma baca novel je. Konon tak ada member" Aku pandang Sunhwa pelik sebelum memandang ke sebelah

Kawan kawan aku, Jia, Byun dan Hana sedang pandang Sunhwa seperti nak diterkamnya budak gedik tu

"Kau buta ke apa? Kitorang kawan dia. Kitorang tak kisah pun dia nak baca novel ke apa. It is fun! Dia tak kacau kau pun! Bukan macam kau. Dengan segala jantan nak menggedik" Jia back up aku. Tersenyum lebar aku dibuatnya. Mantop laaa member supporttt

Walaupun dia manusia yang selalu marah aku sebab aku suka habiskan duit kat novel

"Lagipun, bukannya selalu ada novel dekat tangan Soojin. Masa rehat macam ni je dia baca. Ada ke kau nampak dia baca sambil berjalan? Tch!"

"Entah!"

"Lainlah kau. Sibuk tergedik buat tiktok dekat tangga nari seksi seksi. Pastu block jalan orang! Ey geram betul aku"

Aku bangga ada kawan macam ni. Mau nanes. Tapi tak boleh. Kita kena cover macho

"Thanks la korang. Sayang korang ketat ketat" Kata aku kemudian sambung dengan pembacaan aku. Dah sampai part klimaks. Si gedik tu tiba tiba kacau aku

Sekarang biar dia deal dengan kawan kawan kesayanganku

Aku baru sahaja membaca satu ayat, tiba tiba novel aku dirampas laju. Auto berdiri aku dibuatnya dengan wajah marah

Geram sahaja memandang wajah sinis Sunhwa

"Kau kenapa?!" Suara aku mula meninggi menengking Sunhwa. Tapi seinci pun dia tidak memberi reaksi

Selamba badak Sunhwa campak novel aku ke lantai

DAH LA AKU TAK INGAT AKU DAH SAMPAI CHAPTER MANA DIWNEISLALSKDKKSHPD TUMBUK GAK MUKA DIA NIII

"Kenapa? Aku tak suka orang macam kau. Attention seeker!" Kutuknya depan depan aku

Aku baru sahaja nak membuka mulut, tapi tiba tiba sahaja ada satu tangan menampar kuat dahi Sunhwa hingga buat dia terdorong ke belakang

"Arkh!" Sunhwa beraduh sakit

Terus aku memandang manusia yang tolong aku hempuk si tak guna tu. Terbeliak mata bila melihat abang dia sendiri yang datang

Berkerut wajah Sunwoo memandang Sunhwa geram

"Perangai kau tu elok sikit! Kau famous dekat sekolah ni sebab aku. Aku taknak nama aku busuk sekali sebab perangai setan kau tu" Marah Sunwoo pada Sunhwa yang sudah mahu menangis

Aku senyum kemenangan

Padan muka

Sunwoo abang Sunhwa. Dua dua annoying. Tapi Sunhwa lagi annoying. Sunwoo usik biasa biasa je. Dia masih respect boundaries orang lain. Tapi bukan Sunhwa

Ouh ya. Sunwoo ada jawatan besar dekat sekolah. Sebab tu dia famous

"Sorry, Soojin" Ucap Sunwoo sambil mengutip novel aku diatas lantai lalu diletakkan atas meja

"Thanks, sunbae--"

Aku ingatkan dia cuma nak letak novel yang aku baca itu sahaja

Tapi dia letak sekali sebuah novel yang masih berbalut dengan plastik. Terbutang mata aku melihat novel yang terlalu lama aku tunggu untuk cetakan seterusnya

"Aku datang sebab nak bagi ni. Untuk kau" Kata Sunwoo

"Ta... tapi... Ni...-- Ni"

"Last copy. Aku jumpa dekat satu seller. Tak sempat bagitahu kau, aku belikan dulu. Nah. Hadiah. Tanda minta maaf sebab terpaksa hadap budak tak guna ni" Katanya sambil pandang Sunhwa

Sunhwa tak tunggu masa. Air mata dia dah mengalir. Dia terus lari keluar daripada kelas

Sunwoo abaikan dia. Tumpuan dia cuma pada aku

"AAWWWWW thanks sunbaeeee!!!!!" Terus sahaja aku peluk dan cium novel itu

Akhirnyaaaaa mineeee

"Eh. Kau ingat aku kasi free je ke?" Senyuman aku mengendur

"Kena bayar ke?" Sunwoo menggeleng kepala

"Keluar dengan aku malam ni"

"Tu je?"

"Tak cukup? Nak lagi? Kalau macam tu, jadi girlfriend aku"

"Setuju!"

▲▲▲

🍁; NAK ROSE'S BY ANJELL TAK MINTAK BANYAK PUNNNNNN 😭😭😭

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁; NAK ROSE'S BY ANJELL TAK MINTAK BANYAK PUNNNNNN 😭😭😭

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now