🌷 ERS ¦ Date

89 21 16
                                    

Eric Sohn;
Readers as Park Soojin;

Eric Sohn;Readers as Park Soojin;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Kata date? Daripada tadi asyik main phone je"

Soojin mencebikkan memberi petanda bahawa dia akan merajuk untuk menarik perhatian Eric

Malangnya, lelaki di hadapannya itu sedang leka dengan telefon. Langsung mengendahkan rungutan Soojin

Soojin mengeluh. Cubaan menarik perhatian Eric tidak menjadi

Air iced charamel macchiato yang sudah cair di atas Soojin kacau perlahan. Mata dialihkan melihat keluar cafe

Lama dia membuang pandangan hingga ternampak seorang lelaki kacak sedang memasukkan sebelah tangan ke dalam poket. Sebelah lagi sedang memegang telefon. Berdiri penuh gaya buat Soojin tersengih

Muncul idea jahat untuk menarik perhatian Eric

"Uish handsome gila mamat tu! Mesti kaya!" Dengan dua ayat, Soojin berjaya menarik perhatian Eric

Laju Eric memandang kearah lelaki yang dikatakan Soojin

Muncul seorang gadis berlari kearah lelaki itu. Tangan didepakan lalu memeluk tubuh gagahnya

"Omomomomo! Comelnyaaaa!!!" Teruja Soojin seperti melihat drama di depan mata

Disebabkan tidak senang duduk melihat reaksi Soojin, Eric lantas menutup mata gadis itu dengan telapak tangan

"Jangan tengok!"

"biarlah saya nak tengok! Awak bukannya nak layan saya pun! Sibuk dengan game awak"

"M-mana ada! Saya tengah edit video saya rakam awak senyap senyap tadi!" Soojin terkedu. Tangan Eric yang masih menghalang pandangan ditolak jauh daripada wajah

"Video saya?" Eric mengangguk malu

"You look beautiful today... Saya suka rakam sesuatu yang cantik dekat mata saya. Especially, you" Luah Eric. Wajah sudah merah padam. Namun digagahkan juga lidah untuk menguntumkan ayat berbunga itu

Senyuman Soojin melebar

"Aawww! So sweet!!" Teruja Soojin menampar lembut tangan Eric

"Saya sambung edit dekat rumah" Eric menyimpan telefonnya di dalam beg

"Now look at me. Jangan pandang lelaki handsome lain. Saya je yang handsome dekat mata awak. Ingat tu?" Soojin mengangguk laju

Melihat amaran Eric yang langsung tidak menakutkan itu buat dia tersenyum

"Cemburu ke?" Eric menggeleng kepala

"Normallah puji lelaki lain handsome. Lagipun, saya percaya awak takkan berubah hati daripada saya"

"Tapi kalau puji lebih lebih! Please don't! Saya boleh merajuk 2 kali ganda lagi hebat daripada awak!"

▲▲▲

▲▲▲

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now