🌷 LJH ¦ Craving

131 19 17
                                    

Lee Jaehyun;
Readers as Soojin;

Lee Jaehyun;Readers as Soojin;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Hyunjae... Hyunjae"

Bahu Hyunjae digoyangkan perlahan cuba mengejutkan dia daripada lena

Ada perkara mustahak yang perlu Soojin beritahu pada pukul 3 pagi ini

"Hyunjae bangunlah" Bahu Hyunjae digoyang lebih kuat

"Hm... kau nak apa...?" Soal Hyunjae separa sedar. Mata masih tertutup. Tak mahu mengantuknya hilang

"Erm..." Jari telunjuk Soojin mula melukis rajah pada lengan Hyunjae. Teragak agak dia hendak meminta

Rasa tak mahu. Tapi sudah lama dia memikirkannya hingga tak boleh tidur

"Awak..."

"Hm?"

"Saya teringin nak makan aiskrim mcflurry mekdi. Belikan boleh?" Pinta Soojin dengan suara paling lembut yang boleh

"Ye... esok aku belikan" Jawapan Hyunjae buatkan Soojin mencebik

"Nak sekarang..."

Terus tercelik mata Hyunjae. Hilang terus rasa mengantuk

Daripada baring, dia duduk menghadap Soojin. Dibiarkan rambut yang serabai

Sempat matanya memandang perut Soojin yang membukit itu

"Mengidam?" Soojin mengangguk

"Pukul 3 pagi ni. Esok je tak boleh?"

"Alahhh nak sekaranggg! Nanti saya tak boleh tidur!" Rengek Soojin

Tergaru kepala Hyunjae dibuatnya

"Mesin aiskrim tutuplah sekarang. Mana ada orang nak buat aiskrim 3 pagi ni. Esok ya? Esok aku belikan. Kau nak apa apa pun aku sanggup beli. Tidur ya?"

"Awak tak sayang saya sebenarnya, kan?!" Suara Soojin mula meninggikan suara

Air mata bergenang di tubir kelopak mata sambil bibir tercebik menangis

Cuak Hyunjae dibuatnya

Jangan main main dengan emosi ibu mengandung. Mahu terbalik rumah ni nanti

"T-tak Soojin--"

"Awak ingat saya nak ke kejut awak tengah malam semata mata nak makan aiskrim! Tapi sebab baby yang nak! Awak bukannya faham pun situasi saya! Cubalah awak yang mengandung!" Bebel Soojin seraya menuruni katil bersaiz king itu. Sempat menarik selimut yang menutupi tubuh Hyunjae

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now