🌷 KVM ¦ Ghostly

91 18 8
                                    

Kevin Moon;
Readers as Soojin;

▼▼▼

"Pegang dia elok elok. Jangan bagi terlepas"

Sarung tangan getah dipakai sebelum membuat pilihan antara beberapa susunan kemas pisau yang tajam

Akhirnya, Kevin memilih sebilah pisau scalpel yang terletak paling hujung

"Bos? Seriously?" Soal anak buah Kevin tidak percaya dengan keputusan Kevin

Banyak lagi pisau besar yang boleh digunakan namun Kevin memilih pisau bedah yang kecil itu

"Shut your mouth. Aku tak perlukan suara kau" Lelaki tersebut terdiam sambil menguatkan pegangan lelaki yang bakal dibunuh Kevin

Seterusnya, Kevin menghampiri lelaki yang sedang meronta ronta dilepaskan cengkaman tiga orang berbadan besar iaitu anak anak buah Kevin sendiri

"L-lepaskan aku! Tolonglah!"

"Shuhhh... Kau ingat dengan rayuan kau tu, aku boleh terpujuk ke? Memang taklah aku nak lepaskan" Rahang lelaki itu dicengkam. Kemudian, Kevin membuka mulut lelaki tersebut seluas luasnya

Pisau scalpel dimasukkan ke dalam mulut lalu mengelar daripada hujung bibir ke tengah pipi

Jeritan sengsara lelaki itu diendahkan Kevin. Membiarkan saja darah keluar daripada mulut

Anak anak buah Kevin menutup mata tak mahu menyaksikan kekejaman Kevin sedang membelah lebar mulut mangsanya

Kevin tersenyum puas melihat hasil kerja tanpa sebarang rasa simpati

"Kau nak sangat bocorkan rahsia, kan? Aku dah tolong lebarkan lagi mulut kau. Barulah betul senyum sampai ke telinga. Kau suka tak?" Lelaki itu menangis keperitan. Namun tangisannya diendahkan Kevin

Seterusnya, Kevin mencapai sepucuk pistol pula

Ia diacu tepat kearah dada lelaki tersebut

Belum sempat Kevin hendak menekan picu, Pistol sudah melayang daripada tangan akibat ditendang seseorang

Laju Kevin menoleh kearah si pelaku. Lelaki di sebelah dipandang geram

"Kau nak mati ke huh?!" Tangan diangkat tinggi sudah bersedia untuk menampar lelaki itu

Namun pergerakannya terbatas apabila melihat Soojin keluar daripada tubuh lelaki itu lalu berdiri bercekak pinggang menghadap Kevin

Serta merta Kevin membeku memandang Soojin

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now