🎁 CCH ¦ Story of a Villain

92 12 6
                                    

Choi Chanhee;

Choi Chanhee;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

Puntung rokok yang masih menyala dibuang ke dalam lubang tempat satu mayat dicampak

Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Melihat mayat yang masih bernyawa itu sedang meronta untuk dilepaskan. Mulut ditutup dengan pelekat. Manakala kedua belah tangan terikat ketat

Walaupun keadaannya sudah teruk dibelasah, dia masih lagi bernafas

Chanhee mengundur ke belakang sedikit. Memandang lori pembancuh simen yang sudah bersedia untuk mengeluarkan simen basah

"Tuang" Arah Chanhee sepatah lalu cairan simen mula mengisi lubang itu

Mendatar sahaja wajah lelaki itu saat melihat lubang tersebut dipenuhi dengan simen yang basah

Tidak mahu berlama di sana, Chanhee tinggalkan tempat kejadian. Biarkan orang bawahannya selesaikan semua

Bowtie yang sedikit sengit dibetulkannya. Sesekali mengemaskan blazer hitam yang dipakai

Masuk ke dalam ballroom tempat suatu majlis sedang berlangsung

Terus menuju ke tandas. Mengemaskan diri terlebih dahulu. Habuk yang tersangkut pada suitnya ditepuk. Rambut pula dibetulkan

Sesekali mengukir senyuman untuk merenggangkan wajah ketatnya tadi

Senyuman mesra yang begitu polos dan comel. Senjata Chanhee yang paling bahaya untuk menipu semua orang

Satu senyuman yang mampu menyembunyikan sisi gelapnya

Sebotol perfume dikeluarkannya. Disembur pada leher dan baju. Chanel 5 kegemarannya. Tak mahu bau rokok tadi terlekat pada tubuh

Apabila sudah selesai, dia keluar daripada tandas. Masuk ke ruang majlis itu sedang diadakan

"Birthday boy! Kitorang dah tunggu kau lama tahu?"

Chanhee mengukir senyuman lebar tatkala melihat Jacob menghampirinya

Bahu Chanhee dipeluk Jacob

"Sorry. Aku ada emergency call tadi" Tipu Chanhee bersama senyuman manisnya

Seperti biasa, semua orang percaya

"No it's okay~ We can wait. Cake kau dah sampai! Jom jom!!" Lengan Chanhee dirangkul Younghoon lalu menarik lelaki itu ke pentas

"Tada~~~" Teruja Kevin menunjuk kek yang baru sahaja sampai

Sebuah kek bertemakan warna pink bersama photo comel Chanhee yang dicetak menggunakan edible printer. Terselit beberapa kartun hello kitty di atas kek itu

"Awww comelnyaa!! Tak sampai hati aku nak makan! Kejap. Nak tangkap gambar dulu"

Telefon dengan casing hello kitty dikeluarkan Chanhee. Menangkap gambar kek itu

"Okay dah!" Katanya. Memberi isyarat pada tetamu untuk menyanyikan lagu hari lahir untuknya

"Happy birthday to you~
Happy birthday to you ~
Happy birthday, Choi Chanhee~
Happy birthday to you~~ woooooo!!! Chanhee make a wishh!!"

Chanhee tersenyum. Mata dikatup sambil merapatkan tangan. Tekun membuat permintaan sambil tersenyum

'Aku harap semua orang dalam ballroom ni mampus'

Selesai membuat permintaan, lilin ditiup Chanhee dengan sekali nafas. Apabila lilin itu terpadam, semua orang bersorak pada Chanhee

"Yeaayyyy~~"

"Happy birthday smol one!" Ucap Jacob sambil mengusutkan rambut Chanhee

Chanhee tersenyum suka

"Wait... Daripada tadi aku perasan. Mana Hyunjae hyung eh?" Soalan itu diajukan Eric pada Kevin

Tidak sedar bahawa soalan itu membawa maut pada Eric yang polos

"Entah aku tak nampak"

Chanhee pandang Eric seketika mendatar sebelum memandang kek itu semula. Pisau pemotong kek dicapai sebelum menikam kek itu

Sedar semua orang memandang, dengan sopan dia memotong kek itu. Senyuman diukir lebar dan mesra

"Siapa nak kek?"

"Nakkkkk!!!"

▲▲▲

🍁;He's harmless gaes

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁;He's harmless gaes. paling paling pun dia geget dan cakar je

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now