🌷 LJH ¦ Pillow Confession

117 20 3
                                    

Lee Jaehyun;
Readers as Minyoung;

Lee Jaehyun;Readers as Minyoung;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

'Psst... Hyunjae... psst psst!'

Mata baru sahaja dipejamkan setelah mendapat posisi yang selesa di atas katil. Kenapa? Kenapa semasa dia hendak melelapkan mata itu juga nama dia diseru seru?

Panjang nafas ditarik sebelum dihembus berat. Cuba bertenang sebelum membuka matanya semula

'Hyunjae'

Wajah dipalingkan ke sebelah

Minyoung berwajah pucat lesi menggamit pandangan buat Hyunjae terbeliak mata

"Waargghh!" Jerit lelaki itu terkejut sebelum terduduk

Bingung Minyoung dibuatnya. Kepala ditilikkan sedikit memandang Hyunjae curiga

Hyunjae pula, menarik nafas panjang sambil mengurut dada cuba membetulkan semula detak jantung yang sudah lari

"Kau boleh tak jangan sua muka kau tu dekat dekat?! Terkejut aku!" Amuk Hyunjae

Minyoung berdecit menyampah

"Tak payahlah hina aku sampai macam tu!" Minyoung pura pura hendak menangis. Terus cuak Hyunjae dibuatnya

"Aku tahulah aku hodoh... hiks..."

"Tak tak aku gurau. Ye kau cantik. Aku terkejut je sebab toleh toleh tiba tiba muka kau dekat sangat" Pujuk Hyunjae sambil mendekati Minyoung yang sedang terduduk di lantai sebelah katil

Belakang telapak tangan diletakkan pada dahi Minyoung

Sedar gadis itu tidak sihat. Demam panas sejak pagi tadi. Sebab itu Minyoung tidak bermaya dan pucat

"Dah turun sikit panasnya. Kenapa datang bilik aku? Lapar? Nak ubat?" Minyoung menggeleng kepala. Menepis segala soalan Hyunjae

"Aku nak tidur dengan kau malam ni... boleh?" Berkerut seribu Hyunjae dibuatnya. Sekali lagi telapak tangan ditekap pada dahi Minyoung

"Macam makin teruk je demam kau ni. Pergi hospital nak? Risau aku. Sampai cakap benda bukan bukan dah ni" Minyoung menolak tangan Hyunjae daripada berada di wajahnya

"Alah apa salahnyaaa. Kita en husband and wife. Lagipun, bilik aku tu aircond tak kuat"

"Sebab aku pasang suhu 22 tadi. Nak aku turunkan suhu dia ke--"

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now