🌷 KSW ¦ Daydreaming

122 22 4
                                    

Kim Sunwoo;
Readers as Park Haneul;

Kim Sunwoo;Readers as Park Haneul;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Mesti kau hauskan? Daripada tadi membaca tak bergerak gerak"

Sunwoo mencapai sekotak susu yang terletak elok sebelah kerusi Haneul

Kotak susu tersebut dikoyak sambil memandang wajah tenang Haneul sedang membaca nota sejarah. Walaupun reaksi Haneul sedang berlagak tenang, dia dapat rasakan gadis itu sudah meramal apa yang bakal berlaku

Genggaman buku diperketatkan menyebabkan Sunwoo tersengih sinis

Kotak susu yang sudah ternganga muncungnya dihala pada kepala Haneul

"Minumlah" Katanya sepatah sebelum menuangkan segala ini susu daripada atas kepala Haneul

Susu yang dituang Sunwoo mengalir daripada rambut hingga membasahi buku yang dibaca. Haneul masih berdiam diri walaupun sudah basah kuyup bermandikan susu perisa coklat

Selepas segala isi habis, kotak yang kosong dibaling tepat pada dahi Haneul

Barulah gadis itu memberi reaksi. Buku ditutup kemudian mengesat tumpahan susu yang mengalir di wajahnya. Kaca mata dibuka terlebih dahulu dan di letakkan di tepi

Rambut Haneul dicengkam membuatkan gadis itu terdongak memandang Sunwoo

"Perempuan, selagi kau hidup, kau elok jadi bahan buli aku je. Kalau kau nak aku berhenti... tch... Bunuh je diri. Aku janji aku berhenti kacau hidup kau" Kata Sunwoo lalu melepaskan rambut Haneul

Setelah puas membuli gadis itu, Sunwoo memusingkan tubuh untuk beredar daripada atap sekolah

Baru selangkah dia hendak masuk ke dalam pintu, sebuah buku melayang hingga terkena belakang kepala Sunwoo

Lantas lelaki itu memusingkan tubuh memandang Haneul semula

"Kau--"

Kata katanya terpotong melihat Haneul sedang berdiri atas tebing bangunan menghadap dia dengan pandangan kosong

Jantung Sunwoo mula berdegup kencang

"Y-yah! Kau dah gila ke apa?!" Haneul menggeleng kepala

"Kau cakap kau takkan ganggu aku kalau aku bunuh diri. Kotakan janji kau, Kim Sunwoo" Mata ditutup sambil merebahkan diri ke belakang

"ANDWAE HANEUL AH!!!"

PAP!

Mata Sunwoo serta merta terbuka setelah merasakan dahinya diketuk dengan sesuatu yang keras

Pandangan dihiasi dengan wajah berkerut Haneul sedang memegang kalkulator

"Kau dah kenapa jerit nama aku?" Soal Haneul

Sunwoo menggenyeh mata memandang keliling. Seluruh penghuni kelas sedang memandang dia pelik termasuk guru yang sedang mengajar

"Kim Sunwoo, saya tak kisah awak nak tidur ke apa. Tapi kalau nak mengigau, baik balik rumah terus" Ujar Jinyoung Seongsaenim sambil bercekak pinggang

"M-maaf ssaem"

"Dah fokus, class" Pembelajaran diteruskan semula

"Sunwoo, kau okay tak ni?" Sunwoo menggeleng kepala

"A-aku mimpi aku buli kau..." Segala situasi mimpi tadi diceritakan sementara dia ingat

"Lepas tu... Kau bunuh diri" Sambung Sunwoo

"Pfft--" Haneul menekup mulut sedaya upaya tidak menghamburkan tawa yang kuat

Sunwoo berkerut dengan bibir bawah dijuihkan memandang Haneul tidak puas hati

"Ah waaeeee??" Rengek Sunwoo menyiku perlahan lengan Haneul

"Kau membuli? Tolonglah Sunwoo. Semut pun kau takut nak pijak. Lipas pun aku yang tolong bunuhkan. HAHAHA!"

"Shuhh!"

Potong Jake dihadapan meletakkan jari telunjuk pada bibir disebabkan tawa Haneul yang mengganggu sesi pembelajaran

"Sorry" Bisik Haneul lalu Jake pusing menghadap depan semula

"Aku tak boleh lupakan mimpi tu... Ottokae? Nanti aku trauma hilang kau" Lengan Haneul digoyang terdesak

"Gwenchanayeo... Aku tahu macam mana nak buat kau lupakan mimpi tu"

"Macam mana?" Haneul tersengih

"Balik ni, kau keluar daripada pagar sekolah, tunggu je dekat tepi jalan" Sunwoo khusyuk mendengar

"Lepas tu?"

"Bila sebuah kereta datang, kau lari kat tengah jalan biar kereta tu langgar kau. Confirm, auto hilang ingatan" Sunwoo mengecilkan mata memandang Haneul geram

"Tu auto meninggal namanya! Penatlah aku dapat member kurang bijak macam kau"

"Hey hey yang belakang tu! Taknak share topik yang dibualkan?"

Serentak Haneul dan Sunwoo menggeleng kepala beserta sengihan janggal

"Ceritalah, satu kelas pun nak dengar" Sindir Jinyoung ssaem

"Ssaem tahu tak konsep jangan jaga tepi kain orang?" Soal Haneul buat seluruh kelas terkejut termasuk Sunwoo

"DUA DUA BANGUN, KELUAR!"

▲▲▲

▲▲▲

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now