🌷 KVM ¦ Failed HitMan

73 15 3
                                    

Kevin Moon;
Readers as Kim Ryuna;

Kevin Moon;Readers as Kim Ryuna;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Aku dah letak serbuk tu dalam air orang tua tu. Dia dah teguk. Mungkin dia dah mati"

Lapor aku kepada bos melalui telefon.  Nak sangat laporan setelah buat kerja

Susah ya jadi HitMan ni sebenarnya? Bukannya kerja yang susah. Karenah bos yang tak henti henti bertanya

[" Kau dekat kawasan kejadian? Nak mati ke apa? Larilah! "]

Aku berdecit rimas

"Ye ye... aku nak larilah ni. Bos yang call. Dah, bye bye" Aku tamatkan panggilan

Menyeluk telefon ke dalam poket seluar dan berjalan keluar daripada bangunan hotel besar itu

Sempat juga aku berselisih dengan sepasukan polis. Namun aku hanya berlagak tenang. Tak perlu takut. Tak ada bukti yang mengatakan aku salah

Sebab ketua pasukannya yang mengupah aku untuk buat benda ni. Mestilah dia sendiri yang padam bukti

Kecuali seseorang. Polis penyiasat yang langsung tak makan rasuah. Memang cita cita dia hendak buat negara ini selamat. Aku dan dia berdendam lama. Dia dah lama nak tangkap aku. Tapi malangnya tiada bukti

Kevin Moon

Jadi, sebelum dia nampak aku sebagai bukti pembunuhan, baik aku ikut laluan yang lebih selamat. Takkan aku nak lalu dekat tempat polis letak kereta? Senanglah dia nak nampak

Aku berjalan menuju ke jalan yang lebih raya orang. Kawasan sesak. Memandangkan sekarang sudah masa orang habis kerja dan hari sudah berginjak ke senja, mestilah kawasan ini ramai dengan orang

Senang Kevin tak nampak aku

Sampai di perhentian bas, aku mengambil tempat dahulu. Menarik nafas sambil membuka butang pertama baju dan longgarkan tali tie. Tercekik aku dibuatnya. Sudahlah panas

Semasa aku sedang duduk rehat, tiba tiba datang seorang kanak kanak kearah aku. Berdiri betul betul di hadapan aku sambil menangis teresak esak

Dahi aku berkerut. Toleh ke kiri dan kanan. Mencari penjaga kanak kanak perempuan ini

"A-ahjumma..." Panggil dia tersekat sekat

"T-tolong saya..."  Blazer hitam yang aku pakai ditarik dia sambil menunding kearah suatu lorong

"A-ada ahjushi tarik saya masuk van dan pukul saya. h-hiks takut..."  Tersedu sedu dia menangis. Aku perasan tubuh dia menggeletar

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ On viuen les histories. Descobreix ara