🌷 KSW ¦ Seduce

154 19 7
                                    

Kim Sunwoo;
Readers as Park Soojin;

Kim Sunwoo; Readers as Park Soojin;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Hoy pendek"

Soojin baru sahaja menjejakkan kaki keluar daripada kelas. Nama panggilan kegemaran Sunwoo tiba tiba kedengaran buat dia menoleh kearah suara tersebut

Sunwoo sedang menghampiri dia dengan laju. Di belakang lelaki itu, ada rakan baiknya iaitu Eric

Air liur ditelan kelat melihat wajah Sunwoo yang berkerut. Segala kesalahan yang pernah dia lakukan pada Sunwoo mula terimbas untuk mengenal pasti punca lelaki itu kelihatan marah

"S-sunwoo--"

Belum sempat dia hendak menghabiskan ayat, Sunwoo menolak bahu Soojin agar masuk ke dalam kelas semula

Eric di luar menutup pintu kelas lalu dikunci daripada luar memastikan tiada sesiapa cuba untuk masuk ke dalam

Gugup Soojin dibuatnya. Hanya dia dan Sunwoo sahaja di dalam kelas. Pintu pula dikawal rapi oleh Eric

Entah apa yang akan Sunwoo lakukan pada dirinya

Pandangannya beralih pada Sunwoo. Lelaki itu sedang melonggarkan tali tie dan membuka butang lengan baju sebelum disising naik keatas siku

Perlahan Soojin melangkah ke belakang. Sunwoo pula mara ke hadapan

"J-jangan dekat! Saya jerit nanti!" Tangan diangkat menghalang Sunwoo daripada mendekati

Lelaki itu tersenyum sengit melihat reaksi cuak gadis di depannya. Lagi dilarang, lagi dibuat. Itulah prinsip hidup Sunwoo

Tangan Soojin ditepis lalu mendekati dia dengan laju. Tubuh Soojin ditolak ke belakang hingga dia tersandar pada dinding

Sebelah tangan diletakkan pada dinding mengepung pergerakan Soojin daripada lari

Soojin pula sudah cemas dan terus menutup mata serapat rapatnya

"Kata nak jerit? Cubalah kalau berani" Soojin menggeleng kepala laju

Dalam diam Sunwoo sudah tersenyum. Suka benar menyakat Soojin dan melihat gadis ini gelabah

Konon berani menjerit, padahal hendak membuka mulut pun takut. Lebih lagi dalam keadaan begini. Langsung tidak keluar suara

"Bukak mata kau tu. Pandang aku" Arah Sunwoo. Soojin mencelikkan sebelah mata sebelum mencelikkan lagi sebelah mata. Kini mereka bertentangan mata

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now