🌷 ERS ¦ Whisper pt2

73 21 13
                                    

Sohn Youngjae;

Sohn Youngjae;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

Hampir beberapa bulan berlalu, keadaan Youngjae semakin pulih selepas menjalankan rawatan

Dia tidak lagi dibawa ke kurungan persendirian akibat meracau. Suara bisikan yang memanggil manggilnya juga turut hilang

Perkara itu buatkan dia keliru dan sebak. Betulkah rakan rakannya sudah mati? Betulkah suara itu hanya ilusi sahaja?

Sekali lagi air mata bertakung ditubir mata. Tubuh yang berada di posisi duduk bersandar pada dinding, perlahan lahan dijatuhkan hingga terbaring mengiring menghadap tingkap

Melayan perasaan seperti biasa dengan mengingat semula memori dia bersama rakan rakannya

Hinggalah suatu memori hitam mula terimbas. Kejadian sebelum rumah yang dihuni mereka terbakar rentung

"Hyung aku dah besar! Aku tahu apa yang aku buat!"

"Ouh dah besar kau cakap? Kalau betul kau dah besar, keluar daripada rumah ni! Jangan balik! Pergi hidup berdikari. Itu yang kau nak kan?"

"Y-yah Juyeon jangan cakap macam tu--"

"Jangan backup dia! Dia degil! Dia saja yang betul! Konon dah besar! Kalau betul kau dah besar, kau takkan pergi tempat kotor tu!"

"Tch... hyung berlagak bersih! Fine. Hyung yang izinkan aku keluar daripada rumah ni, kan? Annyeong. Till we meet again!"

"No! Eric! Jangan keluar!"

Perlahan air mata menitis hingga mencecahkan lantai marmar bilik itu

"Juyeon hyung..."

"Aku minta maaf sebab tak dengar cakap kau..." Ucapnya dengan nada sayu

Mengakui kesilapannya dan apa yang Juyeon katakan adalah betul. Kalau benar dia sudah besar, dia takkan jejakkan kaki ke casino semata mata untuk mencari duit dan terlibat dengan jenayah

Youngjae pergi ke sana bukan kerana berjudi. Namun sebagai pekerja di sana. Dia terlalu ego memendam rasa marah pada Juyeon hingga mengabaikan semua panggilan daripada rakan rakannya

Hinggalah malam menjelma, dia pulang semula ke rumah rakan rakan untuk mengambil barang yang tertinggal

Namun lain yang jadi. Rumah agam tersebut sudah marak dengan api semasa dia tiba. Beberapa kumpulan bomba ada memadamkan kebakaran. Seiringan dengan itu, suara jeritan meminta tolong terpekik pekik daripada dalam banglo

Emosi Youngjae kembali terjentik setelah mengingat semula suara suara itu

Trauma serta merta. Jantung mula berdegup pantas. Kepala terasa seperti berpusing

Pantas dia bangkit menuju ke katil. Mencapai sebutir ubat yang disediakan doktor sekiranya perkara itu terjadi. Lantas dia menelan lalu disulam dengan air putih

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now