🌷 LSY ¦ Eyes On You

111 15 8
                                    

Lee Sangyeon;
Readers as Im Jiyoung;

Lee Sangyeon;Readers as Im Jiyoung;

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

▼▼

"Im Jiyoung. Buat kali ke-10. Report yang awak hantar dekat saya ni salah"

"Dengar betul betul. Ni kali terakhir saya terangkan dekat awak" Sangyeon ambil tempat di hadapan aku lantas membuka report yang aku tulis

Buat seminit pertama, aku dengar apa yang dia cuba terangkan dengan fokus

Tetapi seminit 1 saat kemudian, fokus aku sudah ke lain

Tenung Sangyeon lama sambil tersenyum

'Man... How he can be so handsome?'

Desis aku di dalam hati

Tenung Sangyeon semasa dia fokus memberi penerangan. Aku suka bila dia tengah serius. Makin bertambah kacak

Gaya dia saja sudah memang menarik. Berbaju kemeja dengan blazer. Kaca mata. Rambut yang digayakan nampak dahi. Cara dia gerakkan tangan semasa bercakap

Aku dah lama suka dekat dia. Cuma dia tak tahu dan aku tak berani nak bagitahu

Siapa je tak jatuh cinta dengan dia?

Muka dia perfect! Kening lawa, mata cantik. Hidung mancung. Bibir munggil. Jawline...
Jawline dia paling aku suka. Tajam! Teringin nak sentuh. Tapi itulah. Memang cuma jadi mimpi je

Gila ke nak sentuh jawline boss? Tak pasal pasal kena tampar sampai tersangkut dekat dinding

Memang sengaja aku buat report tu salah. Biar salah 10 kali. Boleh aku jumpa dia dan renung dia lama lama. Macam sekarang

Lama aku tenung dia. Sampai tak sedar aku sudah tersengih sorang sorang

Sangyeon pandang aku pun tak sedar. Hinggalah kening lawa dia terjungkit sedikit, mata aku terus bertentang dengan mata cantik dia

Kembali sedar ke dalam realiti

"Awak dengar tak?" Soal Sangyeon tajam pandang aku. Nampak macam dia tengah marah

Posisi duduk berubah tegak. Ini bahagian yang aku tak seberapa nak suka tentang Sangyeon. Bila dia marah. Mau menangis aku nanti

"S-sorry... bos. Boleh ulang?" Sangyeon tergelak sinis

"Ulang? Supaya awak boleh tenung saya lama lama lagi? Im Jiyoung. Awak ingat saya tak perasan ke?" Atmosfera bilik mesyuarat terasa panas tiba tiba. Wajah mula membahang. Cepat sahaja aku larikan mata daripada memandang Sangyeon yang sedang tenung aku tepat

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Onde histórias criam vida. Descubra agora