🌷 JCM ¦ Enemy

97 16 5
                                    

Ji Changmin;
Readers as Kim Haneul;

Ji Changmin;Readers as Kim Haneul;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Aish Kim Haneul! Kalau bukan disebabkan kau, aku tak tinggal bas tahu tak?!"

Aku menjeling Changmin yang sedang berdiri di penghujung bas stop. Dia bercekak pinggang memandang aku

Kami tertinggal bas akibat bergaduh semasa keluar di sekolah. Biasalah. Dia benci aku, aku benci dia. Musuh sejak azali walaupun ibu bapa kami berkawan baik sebelum kewujudan kami lagi. Jumpa je bertekak. Sampai tertinggal bas

Padan muka. Padan muka aku sekali

Sekarang tengah hujan lebat. Nak tunggu bas, makan satu jam. Nak redah, memang susah

Aku hanya membuang pandangan melihat hujan lebat yang mula menakungkan air. Longkang sudah mengalir dengan deras. Kalau berterusan begini, mesti banjir

Cuaca yang sejuk buat aku menggigil. Aku memeluk tubuh cuba untuk panaskan badan. Sudah memang jenis tidak tahan sejuk. Inilah jadinya

"Dah la hujan! Aku dah janji dengan kawan kawan aku nak lepak sama sama. Semua kau punya pasal!" Changmin masih membebel

"H-hachum!" Bersin aku kuat dan menggigil kesejukan. Tempias hujan telah buat baju sekolah sedikit basah dan aku mula kesejukan

"Ah... Esok mesti demam..." Gumam aku perlahan

Tiba tiba sehelai sweater mendarat di bahu aku

Terdongak aku memandang Changmin sedang menyelimut aku dengan sweater kelabu dia yang tebal

"Jangan demam. Kau kena datang sekolah. Siapa aku nak gaduh kalau bukan dengan kau?" Katanya cuba untuk buat aku kekal panas

Dia membuka beg dan mengeluarkan hot pack

"Ambik ni"

"Kau macam mana?" Changmin menggeleng kepala

"Aku kebal. Bukan macam kau. Lemah" Aku malas nak bergaduh. Tangan menggapai hot pack dan diramaskan supaya menjadi panas

Changmin duduk di sebelah aku

"Kalau kau tak tahan sejuk, bagitahu aku. Nanti aku cuba redah hujan beli air panas. Tau?"

Aku terdiam seketika. Apa nih? Kenapa dia caring? Selalunya jumpa mesti mengejek. Ahhh aku benci

Yang jantung pun, please jangan kencang sangat bila Changmin cakap macam tuuu

"Gila? Kau baik tiba tiba ni kenapa?" Soal aku tegas. Walaupun dalam hati dah meroyan dengan ayat Changmin. Sweet sangettt

"Kau ingat aku okey ke kalau kau tak datang sekolah nanti?" Dahi aku terkerut memandang Changmin

"M-maksud aku, siapa aku nak gaduh kalau bukan dengan kau?" Katanya cuba melarikan pandangan

Aku mencebik

"Michin..."

"Jangan perasan aku suka kau eh?"

"Memang taklah~ Siapa nak suka kau? Gila"

"Bagi balik sweater aku tu"

"E-eh tak... semua orang suka kauu~"

"Tahu pun..."

▼▼▼

▼▼▼

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now