🌷 LJY ¦ Innocently

116 16 13
                                    

Lee Juyeon;
Readers as Yoonha;

Lee Juyeon;Readers as Yoonha;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Disebabkan kau baru first time jadi penculik, aku akan bagi kau tugas mudah"

Juyeon mengangguk penuh bersemangat

Biasalah. Baru pertama kali menjadi penculik. Tiada langsung pengalaman

Yoonha sudah lama dalam kerja kerja jenayah ini. Telah dilantik ketua agar mengajar Juyeon untuk menculik

"Nampak budak dekat taman tu? Aku perasan yang dia suka main sorang sorang. Aku nak kau culik dia"

"Okay!" Balas Juyeon

Masih berada di dalam van itu tidak berganjak. Mata lelaki itu hanya melekat pada budak yang ditunding Yoonha

Beberapa saat kemudian, Yoonha memandang kearah Juyeon dengan dahi berkerut

Sedari dia dipandang, Juyeon membalas pandangan Yoonha

"Apa?"

"Apa kau tanya? Pergilah turun culik budak tu"

"Sekarang?" Yoonha senyum sarkastik sambil menggeleng kepala

"Taklah. Tahun depan. Tunggu budak tu serah diri dekat kita. Tak payah susah susah culik"

"Okay" Balas Juyeon polos

Respon Juyeon buatkan Yoonha sedikit terpana. Panjang nafas ditarik gadis itu. Sabar melayan sikap Juyeon yang sedikit lurus

Mahu sahaja dia menghentak kepala sendiri pada stereng van. Tapi sabar. Jangan marah marah

"Juyeon, aku nak kau culik dia sekarang. Dah turun cepat. Culik budak tu" Lembut bahasa yang dituturkan Yoonha. Bagi mudah hadam. Kalau sindir nanti, Juyeon bukannya faham itu sindiran dan anggap ayat itu serius

"Ahh! Tak cakap awal awal!" Sejurus itu, Juyeon keluar daripada van. Langkah penuh megah menghampiri target yang keseorangan itu

Yoonha sudah tidak sedap hati dengan Juyeon. Walau bagaimanapun, dia cuma boleh melihat dari jauh

"Annyeong. Kenapa main sorang sorang ni? Kalau kena culik macam mana?"

"Culik...? Ada orang nak culik Baemin...?"

"Aigoo comelnya~"

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now