🌷 LSY ¦ Wattpad

102 22 4
                                    

Lee Sangyeon;
Readers as Kang Minji;

Lee Sangyeon;Readers as Kang Minji;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Gambar semalam awak belum send dekat saya"

Minji yang sedang khusyuk menghirup naengmyeon terbantut dan hampir tersedak mendengar kata kata Sangyeon yang tiba tiba

"Ah lupa! Awak buatlah sendiri" Telefon yang berada di sisi meja Minji hulurkan pada Sangyeon

"Password?"

"Birthday awaklah" Terukir senyuman Sangyeon tanpa Minji sedar. Walaupun hanya sesuatu yang kecil, cukup untuk buat hati Sangyeon berbunga bunga

Kata laluan dimasukkan hingga skrin utama telefon Minji terbuka

Skrin ditatal mencari ikon bertulis Gallery. Namun, semasa dia sibuk mencari ikon tersebut, suatu aplikasi menarik pandangan Sangyeon

"Wattpad? Apa tu?"

Terbeliak luas mata Minji dibuat

"Hm-- UHUK UHUK! J-jangan bukak! UHUK UHUK!" Pedih tekaknya akibat tersedang kuah yang pedas. Habis berair mata Minji

Pantas Minji menarik beberapa helai tisu lalu mengesat bibir

Sangyeon semakin curiga

"Kenapa tak boleh bukak? Awak terkejut sangat ni kenapa?" Soal Sangyeon ingin tahu

"Ish sibuk je nak tahu! Ada tak saya Spotcheck telefon awak? Tak adakan? Dah bagi balik phone saya. Biar saya send gambar awak semalam" Sangyeon menggeleng kepala lalu menekan ikon bewarna oren itu

"Y-yah! Jangan bukaklah!" Minji bangkit daripada meja menghampiri Sangyeon

Wajah Sangyeon hanya mendatar. Ingin tahu kenapa Minji berkeras tak mahu dia membuka aplikasi tersebut hingga sanggup meninggikan suara

Sesuatu yang mencurigakan daripada aplikasi oren ini

"Ahh... E-novel. Itu je rupanya" Katanya lalu terhangguk hangguk

Minji berdecit. Baru sahaja dia hendak merampas telefonnya, tangan kekar Sangyeon terlebih dahulu menangkap tangan Minji

"Tak baik tahu awak check privasi saya! Saya tak suka!" Suara Minji meninggi hingga menarik perhatian beberapa pelanggan di kedai mi sejuk itu

"Okay okay saya minta maaf. Awak duduklah balik, ye saya cuma nak send gambar semalam ke telefon saya" Ujar Sangyeon memujuk

"Duduklah cepat. Habiskan naengmyeon awak. Semalam kata craving?" Minji akur. Kembali duduk dengan bibir yang muncung tidak puas hati

Sangyeon hanya tersengih

Lain yang dijanjikan, lain yang dibuat

Jari Sangyeon lincah menerokai satu persatu aplikasi tersebut. Hinggalah Library wattpad Minji terpapar

Salah satu buku yang paling atas ditekan tanpa teragak agak

Membaca satu persatu perkataan yang ditulis oleh penulis buku tersebut. Semakin dibaca, semakin berkerut dahi Sangyeon. Wajah mula bertukar tona menjadi merah

Hinggalah di suatu babak, senyuman sengit diukir perlahan. Anak mata diarahkan pada Minji yang sedang memandangnya gugup

Tahu bahawa Sangyeon sudah membuka salah satu buku di dalam perpustakaannya

Pantas ibu jari Sangyeon menekan butang keluar daripada aplikasi tersebut. Senyuman sinis masih diukir

Tak menyangka. Gadis pemalu dan lembut seperti Minji juga membaca novel sebegitu

"Hot mafia eh? Wow..."

"A-awak jangan nak fikir bukan bukan. Saya tak baca Chapter tu lagi sebab saya tahu ada scene steamy. Awak dah rasmi dulu"

"Kalau tak awak bacalah?" Soal Sangyeon mengangkat sebelah kening pada Minji

Terus hilang jawapan yang telah disusun Minji tadi

"M-makanlah cepat. Sejuk mi awak nanti"

"Naengmyeon memang disajikan dengan ais, sayang. Sejak bila panas?"

"Makan jelah!" Bentak Minji tidak puas

Sangyeon pula tergelak kecil. Suka benar mengusik Minji yang sudah memerah persis tomato itu

"Saya nak awak delete wattpad tu nanti"

"Tapi..."

"I can do better, Kang Minji. Better than the hot mafia"


▲▲▲

▲▲▲

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now