🌷 CCH ¦ Special Order

96 19 11
                                    

Choi Chanhee;
Readers as Kang Hana;

Choi Chanhee;Readers as Kang Hana;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Hai selamat datang~"

Chanhee menguntumkan senyuman mesra seperti hari hari selalu semasa melayan pelanggan

Senyuman yang membuatkan pelanggan turut tersenyum dan berasa selesa untuk membuat pesanan

Namun senyuman kali ini, lebih mesra dan manis daripada biasa. Semuanya disebabkan Kang Hana

Pelanggan istimewa yang sudah duduk di luar pintu hati Chanhee. Tunggu masa saja untuk mengetuk dan dibenarkan masuk buat selama lamanya

"Hai awak~" Balas Hana melambai kecil sebelum melihat kearah menu yang rambang mata

"Dine in atau take out?"

"Take out... Erm... Saya nak Iced Caramel Macchiato dan sepotong Cheese cake" Chanhee mengangguk dan menyalin pesanan

"Awak, harini kami ada letak menu baru. Creamy Blueberry Cheese Cake. Fresh baked. Taknak cuba?" Hana mencebik seketika

"Harga sama dengan cheese cake biasa" Mendengar tentang harga, Hana tersengih lalu mengangguk

"Boleh jugak. Satu cheese cake, satu cake yang tu"

"Boleh~ Lagi? Nak tambah pesanan?"

"Ah boleh gak. Saya nak order awak jadi namchin saya boleh? Take out" Chanhee sedikit terpana dengan pesanan yang dibuat Hana memaparkan wajah tak bersalah

Wajah Chanhee semakin memerah dengan tulang pipi kian menonjol kerana tersenyum malu

"Ah..."

"Maaf. Saya gurau je" Chanhee menggeleng kelapa dengan sekilas tawa kecil

"Cuma, kesian namchin awak kalau tahu awak cakap macam tu dekat saya"

"Tulah... harap dia jeles. Tapi, saya mana ada namchin" Sedih saja nada yang digunakan. Tambahan pula dengan cebik dicebik pada akhir kata

"Baguslah tu..." Gumam Chanhee perlahan sudah bersorak di dalam hati

"Nae? Awak cakap apa?"

"N-nama awak. Saya nak tulis dekat cup ni" Dalih Chanhee terus mencapai cawan plastik dan pen

"Ouh. Tulis Hana"

"Okay, semua sekali 20,000 won" Hana terus membayar seperti yang dinyatakan Chanhee

"Saya akan panggil awak bila pesanan awak dah siap nanti"

"Okay~"

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

"Pesanan untuk Hana-shi~"

Hana bangun daripada kerusi bergegas ke kaunter. Semua pesanan Hana siap sedia untuk diambil

"Chanhee-nim terima kasih" Chanhee memberi senyuman hingga nampak gigi

"Sama sama. Have a nice day. Datang lagi" Ucap Chanhee semasa Hana melangkah pergi keluar daripada kafe

Semasa di luar, Hana mengeluarkan straw untuk meneguk air yang dipesan

Namun dia terhenti semasa melihat nama yang tertulis dicawan plastik tersebut

Hana♡

Di bawah nama tersebut tertulis nombor telefon dalam saiz yang kecil namun jelas

"Bwoya?" Bungkusan kertas kek pula diselak. Ada nota tulisan cantik pada kotak kek paling atas

'Special order: 8 malam, kalau awak sudi, kita dinner sama sama? (*/ω\)'

Hana pusing kearah cafe milik Chanhee memandang tuan si pemberi di dalam yang sedang mengintai

Chanhee terus pandang kearah lain dengan cuak. Namun dia menoleh kearah Hana semula

Hana melambai dengan senyuman lebar pada dia. Melihat riaksi Hana, Chanhee menghembus nafas lega kemudian membalas lambaian Hana

"Jumpa awak malam ni"

▲▲▲

▲▲▲

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now