🌷 KYH ¦ The Devil

90 22 1
                                    

Kim Younghoon;
Readers as Lee Soojin;

Kim Younghoon;Readers as Lee Soojin;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Hyun ah..."

Perlahan mata Soojin terbuka. Tersedar apabila mendengar suara seseorang mengerang sakit diikuti dengan bunyi pukulan bertalu talu

Apabila mata terbuka luas, pandangan Soojin dihiasi dengan 4 orang lelaki tegap memukul Hyun tanpa belas kasihan

Tuxedo putih yang dipakai Hyun sudah comot dengan darah

"H-hyun!" Soojin cuba bergerak. Namun tangannya telah diikat ketat pada tiang

"Tolong berhenti! Berhenti pukul dia!!" Rayu Soojin sambil cuba merentap tangan. Air mata sudah berjurai melihat keadaan lelaki yang baru bergelar sebagai suaminya beberapa jam tadi

Tengahari tadi, perkahwinan antara Hyun dan Soojin dilangsungkan. Namun setelah sahaja mereka berikrar untuk taat setia pada satu sama lain, majlis perkahwinan mereka bertukar menjadi tragis

Kedua duanya telah diculik seseorang

"Dah cukup"

Arah suatu suara garau. Dengan itu, Hyun ditolak kasar kearah Soojin. Dia terbaring lemah di sebelah Soojin dengan wajah yang penuh darah mengaburi rupa kacaknya

Soojin menangis

"Jangan menangis... soojin..." Suara Hyun separuh bisik akibat menahan kesakitan. Tubuhnya sedang lemah. Bagaikan menanti masa untuk nyawanya ditarik daripada badan. Tapi walau bagaimanapun, dia perlu kuat demi Soojin 

"S-saya takut kehilangan awak" Luah Soojin tersekat sekat

"Ouh jangan risau"

Suara disebalik kegelapan menarik pandangan Soojin. Sungguh kenal dengan suara ini

Seketika kemudian, satu figura lelaki muncul daripada sudut gelap. Menunjukkan diri dengan pakaian kemas suits hitam dan rambut di dandan elok. Penampilannya cukup menunjukkan dia seperti seorang mafia

"Aku akan buatkan kau lupa pasal dia. Jadi, kau takkan rasa kehilangan" Senyuman sengit diukir

"Younghoon! Sampai hati kau buat aku macam ni! Kau kawan aku sejak daripada kecik lagi!"

"ITULAH MASALAHNYA!" Lantang suara Younghoon menjerkah hingga seluruh pelusuk kawasan bergema dengan suaranya

"Kau cuma anggap aku sebagai kawan padahal aku suka kau lebih daripada tu!" Sambung Younghoon

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now