🌷 LSY ¦ Cold Hearted

131 22 15
                                    

Lee Sangyeon;
Readers as Kim Ryuna;

Lee Sangyeon;Readers as Kim Ryuna;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Sangyeon depyonim. Bos paling garang aku pernah jumpa. Senyum pun taknak. Kalau lalu sebelah dia, auto tunduk pandang lantai. Kalau dia datang jenguk kerja team dia, satu office tu jadi sunyi"

"Bila dia ada dekat office, memang satu office tu jadi sunyi. Satu suara pun tak bunyi"

Begitu sakan dua pekerja mengutuk pengarah syarikat mereka. Mengisi masa sebelum Sangyeon masuk ke dalam bilik mesyuarat yang diadakan tergempar

Serentak itu, kelibat Sangyeon sedang berjalan menuju ke bilik mesyuarat sudah terlihat

Bilik mesyuarat mula menjadi sunyi. Menanti kehadiran Sangyeon dengan penuh debaran. Lebih lagi melihat wajah bengis yang dipasang

Masuk sahaja ke dalam bilik mesyuarat, Sangyeon mencampakkan beberapa fail kerja keatas meja

"Sampah apa yang korang hantar dekat aku ni?! Macam ni kerja nak tunjuk dekat client? Tak profesional langsung!!" Herdik Sangyeon sambil bercekak pinggang

"Apa alasan kau sampai buat kerja cikai macam ni?" Jari telunjuk Sangyeon menundik tepat kearah ketua pasukan tersebut

"D-due date dekat sangat... K-kami tak sempat nak rearrange--"

"Kau dipecat" Potong Sangyeon laju

"Alasan macam budak sekolah tak sempat hantar kerja khusus. Aku tak suka manusia macam kau. Keluar!" Laju lelaki itu bangun dan keluar daripada bilik mesyuarat

"Aku tak peduli. Esok cuti atau tak, pastikan kerja ni siap dan tunjuk dekat aku sampai aku puas! Jangan ada sesiapa--"

< < < PHONE RINGING > > >

Nada dering daripada telefon Sangyeon mematikan kata katanya. Dia terus menyeluk poket untuk melihat pemanggil dengan wajah tak puas hati

Annoying baby ❤️✨

Sangyeon berdecit geram lalu menjawab panggilan

"Hello? Ryuna kenapa call sekarang? Saya tengah meeting"

Soal Sangyeon dengan nada yang masih belum ditukar setelah memarahi pekerjanya

[" Awak... Lambat lagi ke nak habis? "]

Mendengar suara Ryuna yang tenang itu, amarah Sangyeon perlahan lahan reda. Bagaikan api kemarahan Sangyeon yang meruap tadi hilang serta merta

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now