BAB 1

10K 335 2
                                    

Alarm telefon yang berbunyi menyentakkan aku yang diulit mimpi. Pantas tangan mencari telefon.

Dilihat jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 5:30 pagi. Tanpa melengahkan masa, aku bingkas bangun untuk membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.

"Kiara dah bangun ke?" Jelas suara ibu dan ketukan di sebalik pintu bilik.

"Dah bu."balas ku. Quinn Kiara itulah nama yang diberi oleh kedua orang tua aku. Hidup aku hanya sederhana sahaja. Tidak lah kaya seperti orang lain. Tapi aku bersyukur mempunyai keluarga yang kecil dah bahagia.

"Ayah mana ibu? Tak nampak pun."Soal aku tatkala mata tidak nampak bayangan si ayah. Selalunya ayah akan ke masjid untuk menunaikan solat subuh tapi bila dilihat jam yang menunjukkan pukul 5:50 masih tidak mendengar enjin motosikal nya.

"Ada lah tu borak dengan kawan kawan dia. Sini tolong ibu siapkan sarapan."Aku segera mengatur langkah ke arah ibu untuk membantu menyiapkan sarapan.

Breakfast pagi ni ala kadar ja lagipun masih awal pagi jadi tak perlu untuk makan yang makanan berat berat. Cukup roti bakar dan teh o panas saja. Memang bergini lah kami sekeluarga.

"Kiara, kamu tu bila nak habis belajar?" Aku yang mahu menyumbat roti ke dalam mulut terhenti apabila ibu menanyakan soalan.

"Lagi setahun ja ibu lepastu habis lah."Aku mengukir senyuman manis. Tidak lama tu kedengaran enjin motosikal ayah ku.

"Assalamualaikum" Ayah Kamal memberi salam dan dijawab oleh aku dan ibu ku. Ayah mengatur langkah menuju ke arah meja makan.

"Kamu harini tak masuk kelas ke Kiara?" Tanya ayah apabila perasan yang aku masih belum siap. Selalunya memang waktu bergini dah berdesup masuk bilik untuk bersiap.

"Harini kelas mula pukul 9. Boleh lah Kiara santai santai dulu." Aku sengih tak bersalah. Dua orang tua ku hanya mengeleng kepala perlahan.

"Jangan lewat pula nanti tak pasal pasal kena marah dengan lecturer kamu tu."Pesan Ayah. Aku hanya mengangguk sahaja. Dah lali dengan nasihat tu.

"Kiara. Kamu masih dengan Razuan?"Soalan dari ibu buat aku macam nak tercekik roti bakar ni.

"Masih bu."jawab ku perlahan dan dikunyah semula roti bakar tu. Tunggu lah sekejap lagi apa ibu nak balas.

"Ibu tak suka dengan Razuan tu. Ibu tengok dia macam tak serius ja dengan kamu. " Aku mengeluh perlahan. Ada betul juga kata ibu. Bila ditanya si Razuan tu bila nak masuk meminang mesti dia akan mengelak. Entah apa yang nak takut sangat.

"Ibu taknak lah orang mengata sana sini tentang Kiara. Kamu berdua tu tak ada ikatan apa apa. Hanya setakat pakwe makwe ni aish no standards." Amboi ibu. Lain macam bunyi dia tu. Aku hanya mampu berdiam saja dengan telinga mendengar bebelan dari ibu. Ayah hanya lebih selesa diam dan jadi pemerhati saja.

"Tengok lah nanti macam mana bu. Nanti Kiara cuba tanya Razuan."Kening yang tidak gatal digaru. Walaupun agak musykil dengan mamat tu tapi bila dah sayang hanya kebaikan saja akan nampak.

"Kiara nak pergi siap dulu. Sekejap lagi dah nak masuk kelas."Aku bingkas bangun untuk membasuh tangan dan mengatur langkah ke bilik untuk bersiap.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now