BAB 2

4.9K 281 11
                                    

Sebelum aku masuk ke kelas, aku melencong ke 7E terlebih dahulu. Lagipun masih awal. Baru jam 8:30 jadi masih berbaki 30 minit sebelum kelas bermula.

Botol air lemon tea dicapai dan didekati kaunter untuk membayar. Setelah selesai membayar, kaki mengatur langkah keluar.

Bahu ku dirempuh oleh seseorang membuat kan aku mendesis sakit. Ni yang rempuh aku ni bapak gajah ka?.

"Nak kata tak ada mata tapi elok ja terletak dekat muka."Selamba jejaka tu berkata tanpa riak. Aku yang mendengar dah panas hati aku. Ni nak salahkan aku keluar tak tengok kiri kanan ka apa?. Dia yang main rempuh orang.

"Eh encik yang tinggi macam Zirafah. Encik yang langgar saya ni nak salahkan saya pula? Rempuh orang ikut sedap hati dia jaa. Ingat saya ni pendek sangat ke?"Laju mulut ku membebel ke arahnya. Aku nampak rahangnya mengeras dengan mata yang menikam tajam ke arah aku.

Mengigil tubuh aku bila mata dingin tu merenung diri ku. Salah ke apa aku cakap? Betul lah kan dia yang rempuh aku dulu. Nak kata aku pendek tak ada lah pendek sangat. 165 cm normal lah.

Belum sempat dia hendak membuka mulut, telefon aku berdering. Tertera nama sahabat ku Wana. Laju butang hijau ditekan.

"Weih mana kau? Kelas dah nak mula. Tiba tiba lecturer masuk awal." Laju mata melarikan ke arah jam di tangan kiri. Meluas mata aku. 8:45.

"Sekejap lagi aku sampai!."Ditamatkan panggilan dan sebaik aku mahu mengatur langkah pergi sempat aku mendengar suara jejaka tu.

"We're not done yet "

Yet yet apa entah. Monyet dia lah. Aku dah lambat nak masuk kelas gara gara mamat tu. Herh.

"Mana kau pergi Kiara? Nasib lecturer bagi masa untuk pelajar masuk kelas dulu. Mahu nya dia terus start tak ke cari mati nama nya." Bebel Wana. Aku hanya menayangkan wajah pasrah. Nak buat macam mana? Disebabkan aku bertengkar dengan mamat tadi tu lah aku lambat.

"Kau nak tahu kenapa aku lambat?"Wana menjongket keningnya menandakan apa. Aku mendekatkan sedikit badan ku ke arahnya.

"Aku ada lah bertengkar dengan seorang mamat ni. Mulut pun boleh tahan puaka."Mahu tergelak si Wana tu namun cepat cepat aku menekup mulutnya. Mahu si Qashah lecturer kitorang tu perasan kami bergosip mahu kena tendang lepas keluar kelas.

"Mamat tu hensem tak?"Dah mula dah mood miang kawan aku ni. Aku angkat kamus yang tebal tu seakan memberi amaran jangan miang waktu sekarang.

"Eish aku tanya je kan? Yang kau nak marah kenapa. Mana tahu boleh jadi jodoh kan kan?"Wana sudah pasang niat mahu mengusik aku tapi aku peduli apa? Aku hanya setia dengan Razuan saja.

"Taknak aku. Aku dah ada Razuan lah."Sebaik aku berkata bergitu, bibir Wana mencebik seakan tidak suka.

Hubungan aku dengan Razuan sudah masuk dua tahun tapi jejaka tu sering sibuk dan jarang ada waktu untuk bertanya khabar.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now