BAB 4

4.5K 275 4
                                    

Huluran kertas dari ibu disambut oleh ku. Meluas mata ku memandang kertas tersebut. Amboi kemain lagi list barang dapur kena beli.

"Ni nak buat kenduri ke ibu? Banyak betul."Kata ku dan ibu menjeling ku tajam. Sejumlah wang diberi kepada ku.

"Tolong belikan list yang ada dalam kertas tu. Lagipun kamu tak masuk kelas lagi kan? Tolong lah ibu sekejap nanti ada orang nak datang."Walaupun aku macam nak tahu siapa orang tu yang nak datang tapi bila mata memandang jam cepat cepat aku berlari keluar untuk beli barang dapur. Risau pula kalau lambat ke kelas.

"Sos, kicap, tomato, bawang putih amboi tulisan berangkai. Oh lupa mak sendiri dulu jadi nurse."Kata ku sendirian sambil melihat list sehingga lah bahu ku dirempuh lagi. Lagi!. Memang aku ni macam kuman ke apa.

"Sorry encik."Aku segera memohon maaf dan panggung kepala. Terkelu lidah ku bila sepasang mata sejuk tu tepat memandang mata ku.

"Beautiful eyes" perlahan suara nya dan aku tidak terlalu dengar apa yang jejaka tu katakan.

"Encik cakap apa tadi?"Disebabkan teguran aku tadi cepat saja anak mata gelap tu lari dari melihat wajah ku. Ada yang tak kena ke?.

"We meet again senorita."Wajah tu hanya beku dan tiada riaksi semasa bertutur.

"Ouh awak si zirafah tu. Saya nak tanya. Awak memang suka rempuh bahu orang ke? Nak kata mata tak ada elok ja terletak dekat muka." Ambik kau. Sekali aku bidas apa yang dia kata kat aku beberapa hari lepas kini berbalik pada diri tu semula.

Jejaka tu pandang aku atas bawah. Aku dah mula fikir yang bukan bukan. Menyibuk lah dirty mind ni!.

"Kuman" Selamba dia mengutuk ku. Aku dan meruap rasa panas dekat muka. Ni kalau aku hempuk muka hensem dia tu dekat dalam ikan mentah memang puas hati aku!.

"Sedap mengutuk orang kuman. Tak sedar diri dia tu Zirafah."Bidas ku semula. Bibir lelaki tu mengoyak senyuman sinis.

"Tak sangka kuman pandai bercakap."Dan dia berlalu bergitu saja. Aku dah ternganga.  Ditarik nafas dalam dalam dan dihembus. Sabar Kiara. Seketika baru aku teringat barang dapur yang ibu suruh beli. Laju kaki mengatur langkah ke tempat yang perlu dituju sebentar tadi.

Bila diingatkan balik tentang lelaki tadi rasa nak meletup ja. Dasar mulut tak ada insurans. Tu kalau aku tenyeh dengan cili memang puas hati aku. Biar dia mengelupur cari air.

"Lama betul pergi beli barang. Ke usha anak teruna orang?"usik ibu tatkala aku melangkah masuk ke dalam rumah. Terus aku menjulingkan mata.

"Mana ada ibu. Ibu lah ni suruh adik beli barang banyak sangat. Mahu tak berpusing satu mall tu." Ibu tergelak kecil mendengar bebelan dari anak perempuan nya.

"Dah dah daripada kamu membebel lebih baik pergi siap. Sekejap lagi ada kelas kan." Terus terbeliak mata aku. Ditoleh memandang jam di dinding. Berdesup aku lari ke bilik untuk bersiap. Sudahlah ada lecturer Qashah tu. Jangan cari pasal lah. Memang tempah bala kalau ada yang lambat atau ponteng kelas dia.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now