BAB 30

3.8K 241 3
                                    

"Apa nak buat sekarang?" Soal Arcy secara berbisik ke arah inspektor Hakim. Rahangnya mengeras tatkala melihat isterinya tidur dengan jantan lain tapi dia tahu ni bukan salah isterinya tapi JANTAN tu!.

"Kita tak boleh nak masuk. Kau nampak tu? Dipenuhi dengan paku. Kalau kita tolak ketepi aku pasti si Izwan akan dengar derapan kaki kita." Hakim menunjuk ke arah lantai yang dipenuhi paku tu. Arcy mengetap gigi nya kuat.

Mereka mendapat tahu kedudukan Kiara dengan rantai yang dipakai oleh gadis tu. Rantai tu diberi oleh Zeo kepada Arcy untuk pakaikan kepada Kiara. Tanpa isterinya sedar dirantai tu terdapat alat penjejak.

Mata dilarikan ke arah jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Seketika bibirnya mengherot senyuman sinis.

"Kim. Kita kena ceroboh rumah ni. Tutup semua suis dekat ruang tamu dan kau faham kan maksud aku?" Hakim menganguk dan mereka segera mencari suis lampu. Ditutup sehingga semuanya gelap. Kebolehan Arcy ialah dapat mengecam seseorang di dalam gelap. Jadi senanglah dia mengetahui jika Izwan datang ke ruang tamu.

Hakim berjalan ke dapur untuk mencari tin. Setelah jumpa dia letakkan di bawah dan disepak secara sengaja.

Izwan yang sedang tidur tersentak mendengar tin yang disepak. Mata dicelikkan dan bingkas bangun. Dipandang wajah Kiara yang masih nyenyak tidur.

"Kalau apa apa jadi jangan bangun ya." Ditundukkan sedikit mengucup pipi gebu tu sebelum turun dari katil. Sempat ditolak ke tepi paku paku tu.

Ruang tamu tu gelap sahaja. Dengan secara perlahan lahan dilihat sekeliling. Didekati ke arah punca bunyi tadi. Sosok tubuh seseorang yang membelakangi nya dipandang sebelum mencapai kayu di atas meja tu untuk memukul nya.

Hakim menoleh ke belakang dan mengelak dari serangan Izwan. Dia sudah agak, izwan akan datang ke dapur.

Ditangkap kayu tu dan ditumbuk perut Izwan sehingga jejaka tu berundur beberapa tapak.

Arcy yang sedari tadi bersembunyi di sebalik sofa lama segera berjalan perlahan tanpa bunyi untuk ke bilik tadi. Dilihat dahulu lantai tu dan bagus laluan untuk ke katil dan pintu paku paku tu telah ditolak ke tepi.

Dengan cepat Arcy meluru ke arah isterinya. Didukung tubuh Kiara dan dibawa keluar dengan cepat sebelum Izwan datang ke arahnya.

Izwan menoleh ke arah pintu tatkala ada cahaya yang masuk disebabkan lampu diluar rumah dibuka.

"NO! KIARA!" Namun jeritannya tidak didengari oleh gadis tu kerana jejaka tersebut telah membawa lari gadis nya.

"Dia isteri orang Izwan! Jangan jadi perampas." Hakim mengilas tangan kanan Izwan ke belakang dan ditarik tangan kirinya sebelum gari dipakai dikedua tangan tersebut.

"Kiara milik aku! Lepaskan aku lah sial!" Izwan mula menjadi agresif. Dipandang le arah pintu tu dengan mata merah disebabkan marah.

Arcy pandang ke arah Hakim yang membawa Izwan. Wajah Arcy tidak emosi.

"Kau.rampas.milik.aku." Izwan menekan satu persatu sebelum dia ditolak masuk ke dalam kereta polis.

"My wife is mine." Perlahan suara Arcy berkata sebelum dia masuk ke dalam keretanya. Dipandang wajah Kiara yang tidur.

"I miss you senorita."Dicium sayang kedua pipi gebu tu sebelum dia tegakkan badannya untuk memandu pulang.

AKU mengeliat kecil dan menoleh ke kiri. Terkejut aku apabila Arcy disebelah. Ni betul ke suami aku? Bukan aku dekat rumah usang tu ke?. Disentuh wajah Arcy dan betul ini dia.

"Abangggg!"Aku peluk tubuh suami ku erat. Jejaka tu tersentak dari tidurnya. Dicelikkan mata memandang wajah Kiara yang berada di dada tegap nya.

"Morning senorita." Kata Arcy dengan suara serak basahnya. Rambut panjang tu diusap sayang. Bertapa dia risaukan Kiara bila gadis tu tidak pulang semalam.

"Apa jadi abang?" Arcy tersenyum nipis dan memeluk tubuh aku erat.

"Sayang kena culik. Abang sebagai hero datang selamatkan sayang." Sempat dia mengangkat bakul sendiri.

"Izwan?"

"Dah kena tangkap dengan inspektor Hakim. Sayang tahu tak abang risaukan sayang sangat sangat bila petang semalam sayang tak balik balik lagi. Bila tanya Wana dia cakap sayang dengan dia dah balik rumah masing masing. Nasib Zeo bagi rantai ni dekat abang untuk pakaikan dekat Kiara. Dekat sini ada alat penjejak jadi senang lah abang nak tahu kedudukan sayang."Jelasnya panjang lebar sambil tangan kasar kirinya mengusap pipi kanan ku perlahan.

"Kiara minta maaf sebab dah buat abang risau." Arcy menyelitkan rambut ku di tepi telinga.

"Bukan salah sayang pun. Abang tak marah." Dicium ubun ubun isterinya.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now