BAB 16

4.1K 267 2
                                    

"Ma, pa dan Makcik Kila. Ar nak cepatkan tarikh perkahwinan kitorang berdua. "Tutur Arcy dengan nada biasa dan bereaksi tenang.

"Kenapa nak cepat cepat ni Ar? Kiara pun belum sembuh lagi."Hairan ibu bila jejaka ni mahu cepatkan tarikh pernikahan. Arcy melepaskan nafas perlahan.

"Keadaan Kiara sekarang dalam zon merah. Saya tak boleh nak bagitahu secara detail tapi setakat sekarang saya nak Kiara jadi hak saya yang sah supaya senang saya nak jaga dia."Arcy bersuara lagi dan kemungkinan kalini orang tua mereka berdua faham apa yang dia hendak sampaikan.

"Kalau Ar dah cakap macam tu kami akan tetapkan tarikh awal."kata ayah Kamal. Arcy mengangguk dan menoleh ke arah Kiara yang tidur.

Perlahan lahan aku membuka mata ku yang berat. Cahaya lampu yang memasuki kornea mata ku memaksa aku untuk pejam seketika.

"Kiara"lembut suara tu memanggil ku dari arah kanan. Dicelikkan kembali mata ku dan menoleh ke arah suara tadi. Arcy.

"Kau okeyh? Masih sakit dekat mana mana?"Nada Arcy lembut saja bertanya. Tidak seperti hari tu. Aku hanya mengangguk perlahan.

"Mana ibu dengan ayah?"Soal ku perlahan. Arcy menoleh ke belakang apabila pintu dibuka. Ibu menerpa ke arah ku.

"Adik okeyh dah? Rasa kuat sikit?"jelas di wajah tua ibu menunjuk kan dia risau. Aku mengukir senyuman nipis untuk membuktikan aku sudah kuat.

"Adik okeyh ja ibu."Tangan kedut si ibu digengam erat dan diusap. Ibu mengucup ubun ubun aku lama.

"Ibu risau kalau ibu kehilangan adik. Adik ja satu satunya anak perempuan ibu."

"Tak ada apa lah ibu. Adik okeyh ja. Ibu jangan risau ye. Selama adik dekat sini siapa yang jaga?"Dipandang silih berganti wajah orang tua nya.

"Tunang kamu"Kata ayah Kamal dan aku terkejut. Arcy jaga aku? Risau jugak eh dia dekat aku. Aish Kiara kau tu tengah sakit.

"Dia yang jaga adik?"Orang tua aku mengangguk. Aku menahan bibir dari tersenyum. Suka cik tunang jaga.

"Ibu nak bagitahu yang tarikh nikah kamu berdua dipercepatkan. Ni arahan dari Ar sendiri." Aku dah pelik dengar kata ibu. Dah kenapa nak percepatkan tarikh pula? Nak arah arah bagai.

"Kenapa nak kena cepat pulak ni?" Aku dah pasang muka tak puas hati.

"Keadaan kau tak selamat sekarang sebab tu aku nak cepatkan tarikh nikah kita. Kalau kau tanya kenapa kau tak selamat aku tak boleh jawab."Tutur Arcy yang datang berdiri sebelah ibu. Wajahnya seperti biasa tidak beremosi.

Ibu dan ayah segera melangkah menjauhi anak dan bakal menantu mereka untuk memberikan ruang. Arcy melabuhkan punggung di kerusi tepi katil.

"Bila tarikh tu?" Tanya aku dengan debaran di dada. Jangan cakap minggu depan sudah lah mau luruh jantung aku.

"Minggu depan, selasa." Terkedu aku dibuatnya. Dihela nafas perlahan. Minggu depan? Cepat nya.

"Cepatnya lagipun persediaan tak buat lagi kan?" Ar memandang ku dengan wajah kosongnya.

"Aku dah prepare semua awal lagi. Tentang kau? Easy sekarang kan kau duduk dekat hospital." Aku diam seketika dan mengeluh perlahan.

"Ikut suka awak lah."Arcy mengoyak senyuman sinisnya. Bukan mudah pun untuk buat Kiara ikut cakap dia.

"Tapi nanti awak kena bagitahu sebab apa awak nak sangat cepatkan tarikh nikah lepas kita dah sah." Kira apa aku. Perasaan nak tahu ni berbuak buak tau tak.

"Aku tak janji." Tenang dia membalas dan aku menjeling nya tajam. Aku memandang ke arah tingkap dan jejaka tu hanya menatap wajah tunangnya saja.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin