BAB 6

4.4K 301 5
                                    

"Kau nak cakap apa?" Tanya Arcy apabila setelah beberapa minit kami berdiam. Jejaka tu memberi masa untuk aku terlebih dahulu kerana dia tahu mungkin emosi aku kurang stabil sekarang.

"Hubungan kami dah masuk 2 years. Selama tu jugak saya setia dengan dia dan dari awal lagi ibu dah larang saya dari dekat dengan Razuan sebab dia macam bukan lelaki yang baik. Sekarang baru saya faham kenapa ibu nak sangat saya jauhkan diri dari Razuan."Luah ku dengan keluhan berat dilepaskan. Dua tahun bukan jangka masa yang sekejap. Macam macam dah kami harungi bersama dan sekarang semua hanya sia sia.

"Sepatutnya kau ikut cakap ibu kau bukan ikut cakap lelaki yang belum tentu nak jadi jodoh kau."Mata jejaka tu tampak tajam ke arah ku. Aku hanya mampu berdiam diri.

"Saya tahu salah saya tapi takkan awak pun nak marahkan saya?." Arcy menghela nafas perlahan. Kedua siku diletak di atas meja dengan kedua tangan digengam.

"Aku bukan marah kau cuma cara kau yang salah. Tak salah kita nak sayangkan seseorang tapi naluri seorang ibu ni kuat. Apa yang dia teka selalunya akan betul."Arcy bertutur dengan penuh serius. Dijilat bibir bawahnya seketika sebelum kembali membuka mulut untuk bertanya.

"Sedih?" Aku hanya mampu mengangguk lemah. Arcy mengoyak senyuman sinis nya.

"Sedih dekat lelaki tak guna macam dia tu tak ada faedah pun. Masih ramai lagi lelaki dekat dunia ni. Aku tengok mamat tu bukan handsome sangat. Macam sotong." Mahu tersembur air lemon tea yang aku minum tapi nasib aku sempat menekup mulut. Mamat ni memang jenis straight to the point ke apa?. Tapi ada betul nya juga sebab aku tengok Razuan pun bukan handal dalam seni pertahankan diri.

"Haish saya pun tak tahu nak cakap apa. Ibu ada cakap kalau Razuan masih tak nak masuk meminang, ibu akan carikan calon." Tangan kiri naik mengurut dahi perlahan.

"Kau memang perlukan suami?"Aku mengangkat bahu. Aku bukan kesah sangat pasal lelaki. Kalau ada yang nak jadikan aku isteri dia aku terima jelah.

"Bukan saya. Ibu tu nak sangat saya ada seseorang yang boleh jaga saya. Bila saya tanya kenapa mesti ibu akan jawab nanti siapa nak jaga adik kalau ibu dan ayah dah tak ada." Memang itu lah jawapan ibu kalau aku tanya kenapa aku perlu kahwin. Bila dah keluarnya soalan tu mahu tak terkunci mulut aku.

"Anak tunggal?" Aku mengangguk mengiyakan apa yang dikata oleh jejaka ni. Punya panjang aku cerita tu ja dia tanya.

"Patut lah ibu kau suruh kahwin. Ibu ayah ni tak akan ada selama nya dengan kita. Semua orang yang hidup mesti akan merasai mati." Sekali lagi aku menganguk. Apa yang keluar dari mulut lelaki ni pasti semuanya betul belaka. Aku syak dia ni budak pandai.

Mata ku terpandang akan air latte mamat depan aku ni. Amboi laju betul dia sedut sampai dah nak habis. Aku baru setengah.

"Awak memang suka latte?" Arcy menganguk saja dan disedut lagi air nya sehingga habis.

"Dah jadi favourite dari kecil." Jejaka tu menolak gelas tu perlahan ke tepi dan dicapai tisu untuk membersihkan mulutnya.

"Setiap hari ke awak minum?" Terasa selesa pula bersembang dengan jejaka ni. Kerana dia tidak terlalu serius dan tidak terlalu kelakar. Bila ditanya pasti dijawab dengan jujur.

"Tak. Walaupun favourite, boleh juga jadi minuman yang paling benci." Aku diam menghadam ayat tersebut dan seketika aku dapat menangkapnya.

"Apa yang kita suka tu akan jadi sesuatu yang kita paling benci dan apa yang kita benci tu lah akan jadi sesuatu yang kita paling suka? Betul kan?" Soal ku apabila menjelaskan maksudnya tadi. Arcy menganguk dengan wajah tiada perasaan nya.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now