BAB 7

4.2K 270 9
                                    

Pulang saja terus aku berlari masuk ke dalam bilik. Nasib lah ibu dan ayah tiada di ruang tamu. Aku menghemburkan tangisan aku yang sedari tadi lagi ditahan.

Aku taknak nangis depan lelaki tadi. Nanti dikatakan minta simpati pula. Aku terduduk lemah dengan air mata mengalir deras di pipi. Sungguh remuk hati ni tatkala di perlakukan seperti ni. Ditipu mati matian dengan teman lelaki yang selama ni aku percaya.

Mata dipejam rapat untuk menenangkan diri yang dilanda kesedihan. Nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan.

Kata kata D'Arcy sebentar tadi terngiang di fikiran ku. Tak perlu kau nangis untuk lelaki tak guna tu. Tak ada faedah. Tangan laju naik menyeka air mata yang seperti air terjun.

Buat apa aku nak nangis dekat lelaki yang tiada ikatan dengan aku? Setakat teman lelaki tu boleh cari lain lah. Nafas dihela perlahan dan telefon pintar disebelah dipandang sepi.

Lama aku pandang telefon tu sehingga lah tertera nama Razuan di skrin. Aku dah gelabah. Laju tangan naik mengusap wajah beberapa kali dan berdehem. Panggilan tu dianggkat.

"Hai sayang. Lama betul nak angkat telefon."

"Tadi telefon ada dekat ruang tamu itu yang lambat sikit nak angkat." Bibir bawah digigit menahan marah yang kian hadir. Kalau boleh nak saja melenting dan maki hamun tapi aku perlu sabar. Aku perlu ikut rentak permainan jantan tak guna ni.

"Kenapa suara sayang lain je ni? Something wrong?" Ha ah memang wrong sangat pun. Dipejam erat mata ku dan kembali membuka mulut.

"Tak ada something wrong pun. Tadi ni tolong ibu potong bawang jadi faham faham lah saya ni macam mana."Dapat aku dengar suara ketawa di hujung talian.

"Alahai kesayangan saya ni tolong ibu memasak sambil nangis ye?" Please kau tak payah nak kesayangan bagai sangat. Kalau boleh nak ja aku hempuk telefon Realme aku ni tapi aku perlu sabar.

"Yelah saya ni kan perempuan mestilah kena tolong. Ibu dan ayah awak macam mana? Sihat ke diorang?" terukir senyuman sinis di bibir aku. Mesti muka dia dah cuak dekat sana sebab dah tipu aku. Kata tak ada line tapi boleh call. Tak ke pelik tu.

"Haa ibu ayah sihat ja alhamdulillah." Razuan, Razuan. Macamlah aku tak cam suara gugup kau tu.

"Mesti diorang gembira sebab awak datang jenguk. Lain kali balik lah jenguk selalu bukannya pergi tempat lain." Aku rasa Razuan dah gelisah di sana. Kan seronok kalau nampak muka gelisah dia tu.

"Err sayang, ibu panggil lah. Nanti kita call lagi ye. Bye" cepat saja panggilan tu terputus. Ibu panggil lah sangat. Entah entah skandal dia.

"Tak apa. Kau mulakan permainan biar aku yang sambung."Telefon di dalam genggaman dipegang kemas.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now