BAB 12

4.3K 268 4
                                    

"panas betul lah hati aku. Boleh pulak dia cakap aku perempuan murah eh dia tu lagi murah lah nasib tertutup gender ja. Haish kalau dia tak keluar lagi tadi rasanya dah lekat pelempang ni kat muka dia." Aku membebel di taman belakang rumah dengan geram sambil tangan mengipas muka.

"Dah habis bebel?" Terkejut aku dibuatnya dan ditoleh ke belakang melihat Arcy yang berpeluk tubuh sambil menyandarkan badannya di dinding.

"Apa awak buat dekat sini?" Tanya ku. Tak ada pula ibu bagitahu yang mamat ni nak datang.

"Salah ka kalau aku datang nak jumpa tunang aku?"Senyuman sinis terukir di bibir merah tu. Aku berkerut dahi. Bila masa pulak aku bertunang dengan dia ni.

"Bila masa kita bertunang?. Eh kita tak ada kaitan apa apa tau."

"Sehari lepas." Jawab Arcy dengan wajah bekunya. Sekali lagi aku masih tak faham. Sehari lepas? Tak ada pula rombongan meminang.

Arcy melangkah mendekati ku dan selangkah kaki ku ke belakang. Badan yang tinggi lampai tu ditundukkan sedikit separas Kiara.

Tidak semena-mena hidung mancung milik ku dicuit olehnya. Terkebil kebil mata ku melihat mata gelap tersebut.

"You are so innocent." Kening ku bertaut geram. Aku tak suka orang kata aku innocent.

"I am not innocent."

"Yes you are"Balas Arcy taknak kalah. Aku mengetap gigi geram. Terlepas ketawa kecil dari bibir Arcy. Aku terpana seketika dengan ketawa jejaka depan aku sekarang. Tapi hanya sekejap saja kerana wajah tu kembali dingin dan tidak emosi.

"your face"

"Very cute" Memanas wajah ku mendengar pujian dari Arcy. Terus kepala ku menunduk memandang rumput taman.

"After you receive the ring, you are officially my fiancé. Understand senorita?"Tepat suara garau tu di tepi telinga ku sehingga buat bulu roma aku menegak.

Seketika mata aku meluas dan kembali mengangkat muka dan Arcy yang tidak sangka aku mengangkat muka, pipi nya terkena dengan pipi kanan milik Kiara.

Reflek aku melompat ke belakang dengan tangan memegang pipi kanan. Dipandang wajah Arcy, terbit senyuman sinisnya.

"Your cheeks are so soft."Tutur Arcy dan menegakkan badannya sebelum memusingkan badan untuk melangkah masuk ke dalam rumah.

"ARCY!"Jerit ku geram. Dia yang mendengar nama nya dipanggil menoleh ke belakang. Alis nya terangkat.

"Yes senorita? You want me to kiss your cheek? Oh wait, let it be halal first senorita."Sempat dia mengusik sebelum mula langkah nya semula.

Aku mengetap bibir. Wajah ku sudah merah dengan usikan sebentar nya tadi. Cincin dijari dipandang. Kata kata Arcy tadi terngiang di benak fikiran nya. Jadi kalau dia pakai maksudnya dia terima jadi tunang Arcy?.

Terlepas keluhan berat dari mulutku. Lelaki ni sangat sukar untuk faham gerak geri nya. Tanpa aku sedar aku sudah terikat dengan dia secara tunang. Kenapa aku boleh leka dengan benda macam ni?.

"Adik sini lah masuk. Buat apa tunggu dekat luar tu. Kasihan tunang kamu ni tunggu." Eh kejap! Ibu tahu?. Sekali lagi aku mengeluh. Berat kaki ku melangkah masuk ke dalam rumah. Banyak soalan yang aku perlu tanya dengan Arcy.

"Ibu nak pergi dapur sekejap. Borak lah ye."Ibu membuat isyarat ke arah ku. Aku hanya pasrah dan duduk depan Arcy.

"Kenapa awak ikat saya? Saya baru nak bebas tau tak."Dipandang marah ke arah Arcy yang tenang menghirup air.

"You want to know? If I tell you, you have to go out with me deal?" Ternganga mulut aku. Dijeling tajam ke arah nya dan mengangguk saja.

"My grandma and your grandma dah cadang nak satukan anak cucu diorang iaitu kau dengan aku. Jadi 3 tahun lepas grandma aku meninggal dan tak lama lepastu grandma kau pula meninggal jadi wasiat diorang nak kita dua nikah." Bibir bawah dibasahkan terlebih dahulu.

"Cincin yang dekat jari kau tu grandma aku yang belikan jadi dia bagi dekat aku untuk lamar kau jadi tunang. Dua tahun lepas aku nak jumpa kau dan bagitahu hal ni tapi kau couple dengan jantan tak guna tu jadi aku ambil keputusan untuk diam dulu dan tunggu masa yang tepat."

"Awak stalk saya ke?" Tanya ku tatkala seperti dapat agak yang lelaki ni mengikuti kemana aku pergi.

"Second question? After we go out we go eat."Nafas kasar keluar dari mulut aku. Lagi sekali aku mengangguk. Janji aku dapat tahu semuanya.

"Yes aku stalk kau. Kemana kau pergi aku ada. Jadi masa dekat pantai haritu aku dah nampak boyfriend kau tu dengan perempuan lain jadi aku ambil point tu untuk dekat dengan kau. That's enough senorita?" Aku mahu bertanya lagi tapi disebabkan kalau aku tanya mesti dia akan tambah acara. Dianggukan kepala menandakan cukup.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now