BAB 33

3.5K 262 4
                                    

Pagi tu masing masing sibuk melakukan kerja. Aku hanya duduk di dapur untuk membasuh pinggan mangkuk agar bersih.

"Kiara! Tolong aku kejap!" Jerit Wana. Aku yang sudah selesai membasuh segera mengelap tangan dan mengorak langkah ke arah sahabat baik.

"Asal?" Soal ku. Wana menunjukkan kain untuk hias pelamin.

"Kau pegang kerusi ni aku nak gantung kain." Aku segera memegang kerusi. Risau pula kalau Wana jatuh tak sempat nikah, ajal dah datang.

"Datang sorang je ke? Mana encik suami tercinta tu?" Aku menoleh ke arah Qistina yang berpeluk tubuh.

"Sibuk." Ringkas ku membalas.

"Sibuk kerja ke sibuk cari madu? Yelah kau kan bukannya cantik mana pun." Aku menolak lidah ke tepi dinding pipi.

"Yang kau sibuk tanya suami aku kenapa? Pergilah tengokkan calon suami kau tu. Mana lah tahu dah nak kahwin dia bawa madu kau sekali untuk nikah. Yelah dengan aku pun dia boleh curang apatah lagi dengan kau." Bidas ku pedas. Meluas mata Qistina mendengar apa yang aku cakap. Heh, ajaran Arcy ni.

"Kau betina memang nak kena kan!" Wana segera turun dan menghalang Qistina dari mendekati sahabatnya.

"Tak reti nak bersyukur kitorang datang tolong majlis kau? Dasar. Kalau kau taknak kain ni masuk dalam mulut kau lebih baik blah sekarang. Kang aku robohkan pelamin kau tak kahwin lah kau." Qistina mendengus dan menghentak kakinya sebelum berlalu dari situ.

Aku dan Wana berhigh five bila Qistina sudah berambus dari sini. Lega sikit hati aku.

BADAN yang lenguh direngangkan. Direbahkan badan di katil. Terasa rindu dengan encik suami. Telefon dicari dan nombor milik Arcy didail. Tidak sampai 5 minit panggilan tu sudah dianggkat.

"Yes senorita?" Bibir ku mengukir senyuman mendengar suara tu.

"Bila abang nak datang sini? Kiara rindu abang." Aku mencebik. Dapat ku dengar ketawa kecil di hujung talian.

"Baru sehari berjauhan dah rindu? Sabar ya sayang."

"Cepat cepat lah habiskan kerja tu. Takkan malam malam pun kerja lagi?" Aku menutup mulut apabila menguap. Letih sangat agaknya kerana seharian menolong mereka siapkan pelamin. Besok perlu menolong mereka masak pula.

"Bidadari syurga abang dah ngantuk ye? Tidurlah. Bila kerja abang siap abang pergi jumpa sayang ya. Love you cinta syurga.Goodnight"

"Goodnight too abang. Love you so much." Aku menamatkan panggilan dan mengiringkan badan ke kiri. Akhirnya aku terlelap kerana terlampau letih.

AKU menggeliat kecil. Dahi ku berkerut apabila terasa berat di perut. Terkebil kebil mata aku melihat tangan tu. Ditoleh ke kanan.

"Argh ibu!" Terkejut jejaka tu yang sedang tidur. Mata digosokkan.

"Jangan jerit sayang." Ditarik tubuh kecil tu ke dalam dakapannya.

"Bila abang balik? Tak bagitahu Kiara pun." Didongakkan memandang wajah Arcy yang pejamkan mata.

"Abang sampai pukul 1 pagi tadi. I miss you lot." Diperketatkan lagi pelukan nya. Aku turut membalas pelukannya.

"Kiara pun rindu abang." Arcy tersenyum kecil.

"Tidur sayang. Baru jam 3 pagi. Abang mengantuk lagi." Ditepuk tepuk bahu isterinya perlahan.

"Ini ke suami Kiara? Hensem ye." Puji Makcik Malinda. Ibu kepada Qistina. Aku mengukir senyuman.

"Ha ah makcik. Ni lah suami Kiara. Arcy. Abang, ni makcik Malinda. Ibu Qistina." Arcy mengoyak senyuman nipisnya dan menganguk sedikit sebagai tanda hormat.

"Tak apa lah makcik nak masuk dalam dulu."aku dan Arcy pandang Makcik Malinda sehingga hilang bayangannya.

"Banyak betul mata mata perempuan gatal nak tengok abang. Heh! Ni suami Kiara punya." Aku peluk leher dia disebabkan Arcy duduk dikerusi dan aku berdiri sebelahnya.

"Sayang, nak manja pun janganlah dekat sini." Tangan kecil isterinya yang memeluk leher dipegang lembut.

"Geram dengan diorang." Terlepas ketawa kecil Arcy. Comel saja bila Kiara cemburu.

"I'm yours senorita."

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now