BAB 26

3.8K 255 9
                                    

Aku melabuhkan punggung di bangku bawah pokok berhadapan dengan air laut. Angin meniup lembut wajah ku. Sengaja aku datang ke sini setelah mendapat keizinan dari Arcy untuk keluar bersiar daripada duduk dalam rumah.

"Jauh termenung teringat dekat siapa?" Terkejut aku mendengar suara tu dan menoleh ke kiri. Berkerut dahi ku.

"Izwan, kawan sekelas awak" dia mengukir senyuman manis.

"Oh Izwan. Ingat dah. Awak buat apa dekat sini?"Jejaka tu mengangkat bahu nya dengan kedua tangan masuk ke dalam kocek seluar.

"Saja saya jalan jalan lepastu ternampak awak termenung dekat sini itu yang datang tegur. Sorang?"Aku menganguk mengiyakan.

"Ha ah sorang ja. Nak ajak Wana datang sekali pun dia sibuk sekarang ni." Kata ku dan mengalihkan pandangan ke arah air ombak semula.

"Macam mana berumah tangga. Bahagia?"Aku tersenyum dan mengangguk.

"Alhamdulillah bahagia. Awak bila pula nak kahwin? Tak ada yang berkenan ke?"Izwan tergelak bebas.

"Ada ja tapi dia dah jadi milik orang lain tu yang saya sedang healing." Balasnya tenang.

"Okeyhlah saya minta diri dulu. Seronok berbual dengan awak." Dia melambaikan tangan nya dan aku membalas sebelum turut bangun untuk pulang ke rumah.

"Sayang, malam ni kita pergi rumah family abang. Diorang ada buat dinner. Ibu dengan ayah pun ada."Aku yang mendengar tu sudah bersinar mata ku. Tubuh tegap si suami terus didakap erat.

"Yeayy pukul berapa?"Didongak memandang wajah Arcy yang tinggi darinya. Tangan kanan Arcy naik mengusap rambut isterinya perlahan.

"Pukul 8 kita pergi."Aku menganguk laju. Tidak sabar mahu berjumpa dengan ibu. Rindu sangat dah ni.

ARCY memarkirkan kereta nya dan melangkah keluar. Aku juga turut keluar dari kereta dan mendekati Arcy. Jari jemari tu digengam kemas.

"Abang. Kenapa Kiara macam tak sedap hati?"Arcy menoleh ke arah ku.

"Jangan risau. Abang ada dengan sayang. Come"Ditarik rapat tubuh ku ke arah dada nya dan berjalan memasuki ke dalam rumah tu.

"Assalamualaikum" serentak aku dan Arcy memberi salam dan seketika aku terkedu apabila wajah yang aku benci ada didepan ku sekarang. Razuan dan Qistina.

Aku pandang wajah Arcy yang tenang tapi rahangnya mengeras.

"Walaikumusalam Kiara, Ar sini lah duduk."Kata Mama Arin. Arcy mengengam erat tangan ku dan dibawa ke meja makan. Razuan yang melihat sudah mengetap gigi menahan cemburu.

"Apa diorang buat dekat sini?" Dingin saja suara Arcy bertanya kepada mama Arin.

"Diorang datang nak bagitahu yang diorang nah kahwin. Disebabkan kita ada dinner tu yang ajak makan sekali. Tak apa kan Kiara,Ar?" Aku pandang Arcy dan jejaka tu hanya mengangguk sedikit. Mungkin dia malas mahu bertengkar. Seketika aku menangkap sesuatu apa yang dikatakan oleh mama Arin. Kahwin? Diorang?.

Entah kenapa aku tak rasa apa apa tatkala mendengar itu. Mungkin sudah tawar hati dan memang sudah berjaya melupakan Razuan?.

"Oh baguslah kalau dah nak kahwin. Tak ada lah buat dosa lepasni." Terpancul ayat tu dari mulut ku dan seisi keluarga yang berada di meja makan tu sunyi sepi. Aku ada salah cakap ke? Betul lah kan? Daripada couple tak ingat al isra baik kahwin ja.

Arcy berdehem perlahan.

"Jom lah makan dah semua dah ada."Arcy membuka suara dan kami mula mencedok nasi dan lauk.

"Sayang, buka mulut."Arcy sudah siap dengan posisi mau menyuap ku. Aku segera membuka mulut.

Razuan yang melihat sudah mengepal penumbuknya erat. Qistina mengetap bibir menahan cemburu.

"You suap lah i juga."Rengek Qistina manja ke arah Razuan. Ternaik kening aku. Ni nak copy and paste ke?.

Aku mencapai air dan diminum perlahan. "Hati hati sayang." Pesan Arcy. Aku mengangguk saja. Razuan semakin panas.

"Alahai sayang comot nya. Dah jadi misai."Arcy mencapai tisu dan dilap mulut ku dengan berhati hati.

Aku mengerling Razuan. Wajahnya kelihatan tegang. Itu kalau boleh keluar asap rasanya dan keluar ikut telinga dia tu. Hidung pun ikut keluar asap jugak.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now