BAB 27

3.6K 253 4
                                    

Aku hanya berdiri di tepi kolam sambil melihat langit yang dihiasi bintang. Sehingga lah satu suara buatkan aku menoleh.

"Apehal kau kena ada dekat sini juga? Sepatutnya Arcy tu layak dekat orang macam aku ja bukan macam kau yang selekeh ni."Aku menoleh ke belakang melihat Qistina yang berpeluk tubuh.

"Aku tahu lah kau tak cukup batang tapi tak payah sampai suami orang pun kau nak kebas!" Aku dah hilang sabar. Ada yang aku kilas tengkuk dekat sini.

"Kurang ajar kau betina!" Qistina menolak tubuh ku sehingga aku jatuh ke dalam kolam.

"SAYANG!" Arcy terjun ke dalam kolam dan tubuh isterinya ditarik rapat.

"MIA QISTINA APA KAU BUAT NI HAH!" Lantang suara Razuan. Qistina sudah mengigil takut.

"I tak sengaja you. Lagipun siapa suruh dia duduk dekat dengan kolam." Qistina mahu membela dirinya.

"Sayang bangun. Jangan tinggalkan abang sayang." Wajah Arcy jelas menunjukkan dia risau. Ditepuk pipi tu dan dengan cepat dia menyatukan bibirnya dengan bibir si isteri.

"Uhuk uhuk"Aku terbatuk batuk. Belakang tubuh ku diusap oleh Arcy.

"Allahuakbar apa jadi ni Kiara? Ar?" Soal Ibu. Arcy pandang Qistina dengan Razuan tajam. Aku mengukir senyuman buat ibu menandakan tiada apa apa.

"BERAMBUS DARI SINI! DISEBABKAN KAU BETINA, ISTERI AKU LEMAS TAU TAK! JANGAN TUNJUK MUKA KAU DEPAN KITORANG LAGI DAH!"jerkah Arcy kuat. Razuan segera menarik lengan Qistina keluar dari rumah tu.

Pertama kali aku tengok Arcy menjerkah orang. Aku yang duduk sebelah dia pun dah mengigil.

"Sayang, sayang okeyh tak? Abang risau sayang."Arcy mendakap erat tubuh isterinya.

"Dah dah Ar bawa Kiara masuk dalam. Kamu berdua tidur sini ja malam ni."Kata papa dan Arcy mencempung tubuh ku ke dalam rumah.

"Abang Kiara sejuk."Arcy segera mendekati isterinya. Tubuh tu dirangkul kemas.

"Sokeyh abang ada untuk hangatkan sayang."Aku menyorokkan muka di ceruk leher si suami. Hembusan nafas hangat Arcy dapat dirasai di tepi telinga.

"Abang marah." Aku dongak pandang wajah jejaka ini.

"Kenapa?"

"Sebab diorang lah isteri abang lemas."Tangan kanannya naik mengusap lembut pipi ku. Aku mengusap bahunya perlahan.

"Abang tak boleh marah marah nanti habis tunggang langgang. lagipun Kiara dah okeyh lah."kata ku.

"Sayang please stop it." Aku pandang Arcy yang pejamkan mata. Berkerut dahi ku. Matanya kembali terbuka dengan tatapan nafsu. Tercengang aku dibuatnya.

"Jangan goda abang sayang. Jangan sampai abang tuntut hak abang sekarang." Cepat cepat aku mengalihkan tangan ku dan ditarik comforter ke atas kepala.

"Nak main sembunyi sembunyi pula? Tadi kemain rengek kata sejuk."Aku mencebik dan dipejamkan mata untuk tidur. Arcy menyelak comforter tu dan nafas isteri teratur sahaja seperti bayi.

"Lena dah sayang abang ni." Tangan mengusap rambut tu perlahan dan dihadiahkan kucupan di ubun ubun Kiara.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now