BAB 31

3.7K 259 3
                                    

Aku pandang Arcy dan Arcy pandang aku. Kening dijongketkan menandakan apa. Arcy turut menjongket keningnya dan seketika bibir jejaka tu mengoyak senyuman sinisnya.

"Eh rasa haus pulak." Bila nampak ja bibir tu sinis lain macam ja mesti ada jejaka ni mahu buat sesuatu. Lebih baik aku cau dulu.

"Nak lari mana sayang?" Tangan kecil tu ditangkap dan ditarik ke arah nya. Pinggang ramping milik isteri dipeluk kemas.

"Abang nak apa ni?" Pelik dia melihat Arcy. Jejaka tu melabuh kan dagunya di bahu Kiara.

"Abang nak sayang boleh?" Tersedak air liur aku mendengar nya. Aku diam saja. Arcy yang melihat aku diam, mula mendekatkan wajahnya.

Bibir basah jejaka tu mengucup bibir Kiara dengan lembut. Membulat mata aku menerima tindakan si suami.

Ditolak jejaka itu agar menjauhi. Mata Arcy merenung dalam mata cantik si isteri.

"Abang dah kenapa?" Bengang aku bila Arcy bertindak sedemikian. Jejaka tu hanya tersenyum nipis.

"Sayang diam bermaksud 'ya' jadi nak salahkan abang pun tak boleh juga." Aku menjeling tajam ke arah nya. Geram dengan perangai miang!.

"Malam ni abang nak hak abang. Boleh sayang?" Aku pandang mata Arcy yang seakan berharap. Jika aku mengeleng pasti jejaka ni akan kecewa tambahan lagi itu tanggungjawab sebagai isteri.

Perlahan lahan aku menganguk tanda mengizinkan. Tersenyum Arcy.

"Tak sabar nak ngap sayang." Dicium pipi Kiara geram. Aku pandang dia kosong. Kalau tak miang bukan Arcy lah.

"Izwan macam mana bang?" Soal ku bila teringatkan tentang jejaka tu.

"Hakim kata dia akan dijatuhkan hukuman mati sebab dah membunuh." Terkejut aku mendengar.

"Sayang?" Aku tersentak bila Arcy memanggil. Ditoleh ke arah nya.

"Nak pergi melawat?"

"Abang bagi keizinan ke kalau Kiara nak pergi tengok dia?" Soalan berbalas soalan. Arcy menganguk.

"Abang izinkan tapi pergi dengan abang." Diselitkan rambut isterinya ke belakang telinga.

Aku mencucuk pinggang Arcy sehingga jejaka tu terkejut. Aku melepaskan ketawa bila Arcy pandang aku tajam dan aku pasti sekejap lagi giliran aku pula.

Arcy mengeletek pinggang isterinya. Aku yang menerima tindakan tu sudah ketawa sehingga berair mata.

"Cukup, Kiara geli." Arcy masih belum hentikan tindakan nya. Geram dia dengan Kiara.

"Abang. Cukup." Nafas aku menjadi termengah mengah. Arcy menghentikan perbuatan nya. Kasihan pula tengok Kiara yang mencari nafas.

"Senorita, are you okeyh?" Aku menganguk saja dan disandarkan badan di dada tegap Arcy.

"Abang minta maaf." Aku tersenyum dan mengeleng tanda tidak mengapa.

"Kan seronok kalau dalam perut ni ada anak abang." Diusap perut rata tu. Bagaimana lah nanti jika Kiara mengandung kan anaknya. Pasti aura ibu mengandung tu sangat kuat.

"Lepas ni perut sayang semakin buncit dan comel ja kalau jalan macam penguin." Aku menjeling tajam ke arah nya.

"Yang nak buncitkan Kiara tu abang tau!" Jejaka tu tergelak bebas.

"Memang lah kerja abang. Takkan sayang pula yang nak buat abang mengandung aish risau." Kalini aku pula yang tergelak. Tak dapat bayang macam mana kalau Arcy yang mengandung. Hilang six pack nya.

"Suka lah tu hm?" Dikucup pipi Kiara sekilas.

"Kalau abang mengandung, hilang aura kejantanan." Semakin sakan aku ketawa kannya.

"Sayang nak abang buncitkan sayang sekarang jugak ke hm?" Terdiam terus aku dan tersengih sebelum mengeleng tidak mahu.

"Alah gurau sikit ja pun. Jangan sensitif sangat." Aku memuncung bibir.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora