BAB 37

3.6K 232 19
                                    

"Hm abang." Panggil ku perlahan dan jejaka tu menoleh ke arah ku. Kening dijongketkan menandakan apa.

"Kiara nak bagitahu sesuatu."
"Abang nak bagitahu sesuatu."

Serentak!. Aku pandang Arcy yang turut memandang ku.

"Abang cakap lah dulu." Arah ku dan Arcy berdehem seketika. Ditegakkan tubuhnya sedikit.

"Aku nak kahwin dengan Anita." Berderau darah ku yang mendengar. Wajah ku berkerut tidak mengerti.

"M.. maksud abang?" Soalku ingin kepastian. Ni pasti tipu.

"Abang nak kahwin dengan Anita. Aku nak keturunan. Kau bukan boleh mengandung. Mandul kan?" Terukir senyuman sinis di bibir jejaka tu.

"No. Kiara taknak bermadu. Jadi abang kahwin dengan Kiara sebab nak anak ja?" Dilihat Arcy menganguk.

"Why not kalau aku nak nikah lain? Kau setuju atau tak itu tak penting." Selamba dia membalas. Aku tahan air mata dari jatuh.

"Kalau abang nak nikah lain. Ceraikan saya!" Meninggi suara ku tatkala tu dengan air mata mengalir ke pipi. Tubuh Arcy agak mengeras.

"Tak. Aku takkan ceraikan kau." Tajam mata tu memandang mata berair si isteri.

"Ego! Abang Ego!"

"Sayang, bangun sayang hey. Kenapa nangis ni sayang? Wake up!" Aku bangun mengejut dengan nafas turun naik. Dipandang wajah si suami.

"Kenapa nangis ni sayang? Mimpi apa?" Diseka lembut sisa air mata tu. Badan Arcy berganjak ke belakang sedikit tatkala Kiara memeluk dirinya.

"Jangan tinggalkan Kiara hiks." Arcy mengusap kepala isterinya perlahan.

"Kenapa ni? Cuba cerita sayang mimpi apa?" Diusap pula belakang Kiara agar bertenang.

"Kiara mimpi abang nak kahwin lain!" Tangisan ku pecah lagi. Arcy segera mendakap tubuh kecil tu dengan erat.

"Shhh tu mimpi ja sayang. Dah dah." Pujuk nya dengan tangan kiri tak lepas mengusap belakang kecil Kiara.

"Sayang janganlah nangis. Kasihan baby dalam perut ni." Diusap sayang perut rata si isteri. Kiara disahkan mengandung satu minggu.

"Cup cup cup dont cry nanti tak comel bidadari syurga abang ni." Tidak penat dia memujuk aku dari berhenti menangis.

"Abang takkan kahwin lain kan?" Aku pandang wajahnya. Arcy mengukir senyuman manisnya dan dicium ubun ubun si isteri lama.

"Never sayang. I love you so much. Only you." Tuturnya tulus. Belakang tapak tangan Kiara dibawa ke mulut untuk dicium.

"Abang jangan nak buat romantik eh. Baru jam 3 pagi tau." Arcy tergelak bebas.

"Yelah ada budak tu menangis itu yang abang tolong pujukkan." Aku pandang dia geram. Sempat lagi nak sindir aku ye.

"Dah dah takyah tengok abang macam tu. Sini tidur atas lengan. Meh sini meh bucuk bucuk." Aku mencubit pinggang nya geram sehingga dia menjerit kecil kerana terkejut.

"Cubit abang tapi nak tidur atas lengan jugak. Nasib tengah pregnant kalau tak dah lama kena ngap lagi." Ayat yang terakhir sengaja dia memperlahankan namun dapat didengari oleh  ku.

"Tak payah nak miang sangat ya. Harap lah nanti perangai anak tak miang macam abang. Risau." Terbuka terus mata Arcy yang sedari tadi terpejam.

"Jangan ikut perangai gedik macam sayang sudah." Bidas Arcy taknak kalah. Aku yang malas hendak berdebat akhirnya pejam mata.

Arcy mencelikkan mata nya semula dan wajah cantik dihadapannya sekarang dipandang penuh kasih sayang nya. Tangan kanan turun mengusap perut rata tu.

"Membesar dengan baik dalam perut mama. Papa tunggu kehadiran cahaya mata papa."katanya perlahan agar lena Kiara tidak terganggu.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now