BAB 11

4.2K 274 10
                                    

"Macam mana awak tahu saya belajar dekat sini?"Ditoleh memandang Arcy yang tenang saja memandu.

"Ibu kau bagitahu."Ternganga mulut aku. Kenapa ibu kena bagitahu mamat ni pula?. Disandarkan badan di seat dengan keluhan perlahan.

"Jadi awak datang ambil saya pun sebab ibu saya suruh?" Arcy menganguk sebagai jawapan. Aku mengeluh sekali lagi.

"Tadi" aku menoleh ke arah Arcy apabila jejaka tu seperti mahu memberitahu sesuatu. Gengaman di stereng sangat erat.

"Aku nampak teman lelaki kau dengan perempuan yang sama dekat pantai."kata Arcy tanpa mengalihkan pandangan dari memandang ke hadapan. Aku memegang dada yang mula terasa sakit.

"Jangan sebut nama dia lagi."Aku memandang ke arah luar tingkap. Sudah muak mendengar nama jantan tak guna tu.

Sepi saja dalam kereta tu. Aku pula sudah tertidur di seat. Arcy memarkir kereta nya dan dipandang wajah cantik tu. Mengeras rahang nya bila mengingati apa yang lelaki tu lakukan pada Kiara. Kaki mengatur langkah keluar dari kereta dan menuju ke pintu penumpang.

"Aku harap kau tak marah."Ditundukkan badannya untuk mendukung tubuh kecil Kiara untuk masuk ke dalam rumah.

"Adik, bangun dik. Dah nak senja dah."Ibu menepuk perlahan pipi ku. Aku mencelikkan mata dengan perlahan lahan.

"Hm macam mana adik boleh tidur dekat sini?" Takkan lah Arcy dukung aku? Malu aku kalau lepas ni bertemu dengan jejaka tu lagi.

"Dia minta maaf sebab dukung adik tanpa izin. Dia tengok adik macam letih ja tu yang berat hati nak kejut." ibu bingkas bangun dari duduknya. Meluas mata ku mendengar tu.

"Bangun mandi cepat."aku hanya mengangguk malas sambil memikirkan kata kata ibu tadi.

Nampak garang tapi caring dalam diam. Tidak semena mena bibirku mengukir senyuman manis.

Aku masih terfikir pasal cincin yang diberi oleh mamat tu. Kalau aku dah pakai maksudnya aku dah terima? Tapi terima apa.

"Adik. Razuan datang"Terkejut aku apabila ibu menyebut nama lelaki tu tambahan lagi dia datang ke rumah. Gelabah aku mencari tudung.

"Ada apa?"Malas aku bertanya apabila sudah melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Razuan. Mata jejaka tu jatuh kepada jari manis Kiara yang tersarung cincin. Tak semena mena rahangnya mengeras.

"Siapa bagi cincin tu?"tajam mata Razuan ke arah Kiara yang hanya tenang saja. Aku menunduk melihat cincin di jari. Diukir senyuman manis.

"Tunang bagi" Memburu nafas Razuan yang mendengar. Tangan mengepal penumbuk.

"How dare you Kiara. Kau girlfriend aku. Mana boleh ada lelaki lain yang rampas kau dari aku."Aku memandang nya dengan alis terangkat.

"Setakat couple, perempuan lain pun boleh rampas boyfriend orang tak gitu?" Senyuman manis ku tadi menjadi senyuman sinis. Razuan seakan dapat menangkap apa yang aku kata dan riak wajah nya berubah gelisah.

"Tak pun lelaki tu curang yelah couple ja kan mana ada ikatan yang kuat."Sambung ku lagi. Suka aku melihat wajah cuak Razuan.

"Apa sayang cakap ni? Nak kata sayang curang la ni? Yang sayang terima lamaran orang lain kenapa?. Awak yang curang dengan saya ni nak kata saya curang dengan awak pulak." Aku memutarkan bola mata dengan malas. Aku tahulah kau tengah cari kesalahan aku sekarang ni.

"Saya ni nak seseorang yang serius dengan saya bukan setakat bagi ayat manis buaya tu ja. Kalau awak tak mampu nak serius dengan saya, awak boleh pergi. Sebab saya nak keseriusan bukan keseronokan ja."Aku menjeling nya tajam. Razuan bangun dari duduknya.

"Okeyh kalau tu awak nak. Kita putus. Dasar perempuan murah." Dia melangkah keluar dari rumah tersebut. Aku mengetap bibir menahan marah. Murah kau panggil aku.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora