BAB 15

4.3K 293 12
                                    

Telefon Arcy berdering nyaring sehingga membuatkan jejaka tu berlari mendapatkan telefonnya. Nama pemanggil adalah makcik kila.

"Assalamualaikum makcik kenapa call ni?"Dilihat jam menunjukkan pukul 8 malam. Dapat dia dengar tangisan makcik Kila.

"Kiara dikejarkan ke hospital. Langgar lari."Terkejut Arcy yang mendengar.

"Makcik tunggu sekejap. Sekejap lagi saya sampai."Ditamatkan panggilannya dan berlari mencari ibu nya.

"Ma pa kita pergi hospital sekarang. Kiara masuk hospital kes langgar lari." Terkejut kedua ibu bapa nya. Kunci kereta dicapai dan diatur langkah keluar dari rumah tersebut.

Setibanya di hospital, dapat Arcy lihat pakcik Kamal sedang menenangkan makcik Kila. Mata memandang ke arah pintu tersebut.

"Macam mana boleh jadi langgar lari ni pakcik?"Arcy duduk disebelah pakcik Kamal. Kini Makcik Arin pula menenangkan ibu.

"Pukul 7:00 tadi Kiara ada cakap nak keluar pergi kedai sekejap sebab pen dia dah habis dakwat. Pakcik izinkan jelah. Yang kami pelik nya pukul 7:30 Kiara masih tak balik. Lepastu makcik dapat panggilan yang nurse bagitahu Kiara masuk hospital kes langgar lari."Cerita Pakcik Kamal. Arcy tekun mendengar.

"Lokasi tu jadi dekat mana?"

"Berdekatan dengan kedai runci pak samad." Arcy menganguk lagi. Setahu dia kedai tu mempunyai cctv jadi boleh lah dia pergi lihat disana nanti.

Acry menolak daun pintu tu perlahah. Pakcik Kamal sedang berbual dengan doktor. Kedua orang tua Arcy sudah membawa pulang Makcik Kila disebabkan wanita tu sudah tidak larat.

"Arcy kamu nanti macam mana nak balik?"Tanya Pakcik Kamal setelah selesai bercakap dengan doktor.

"Tak apa kawan saya ada. Pakcik balik lah dulu bagi keizinan untuk saya jaga anak pakcik ya."Pakcik Kamal menganguk dan memandang anak perempuan nya.

"Pakcik bagi tanggungjawab dekat Ar untuk jagakan anak pakcik dengan baik."Arcy menganguk dan bersalam dengan bakal ayah mertuanya.

Setelah sosok tubuh lelaki tua tu pergi kini dia fokus kepada Kiara. Didekati ke arah katil gadis tu dan duduk dikerusi.

Mata Arcy memandang seluruh wajah tu. Kepala Kiara juga berbalut. Kenapa dia rasa kes langgar lari ni memang disengajakan?.

Tangan kanan Kiara yang sejuk tu digengam erat untuk menyalurkan semangat. Diusap belakang tapak tangan tersebut.

"Semoga cepat sembuh senorita. Kau kena kuat. Aku ada dengan kau dekat sini." Dilentokkan kepala di tepi tangan Kiara untuk tidur.

tak.tak..tak

Hanya bunyi jarum jam saja yang kedengaran di wad Kiara. Derapan tapak kaki buatkan Arcy mencelikkan matanya sedikit tanpa mengangkat muka.

Dapat dia dengar derapan kaki tu melangkah ke sini dan dia pura pura tidur semula.

"Kenapa kau pilih dia sayang? Apa kurangnya aku?. Aku dah lama tunggu kau tapi ni kau balas?. Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun takkan dapat. Kau cantik Kiara dan itu hanya untuk aku seorang ja."Diusap pipi tu terlebih dahulu sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut dengan senyap.

Perlahan lahan Arcy mencelikkan mata nya kembali. Rahangnya mengeras. Siapa pula kalini yang menjadi perganggu. Dari segi suara tadi bukan suara Razuan malah orang lain.

Ini dah tak boleh jadi. Setakat dia ikat Kiara dengan tunangan tapi tu tak mustahil untuk orang lain rebut Kiara dari nya. Dia perlu ikat Kiara dengan cara mutlak.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now