BAB 18

4.2K 280 10
                                    

"Kiara kau okeyh tak ni? Pucat semacam ja"Tegur Wana yang melangkah masuk ke dalam bilik. Aku terus pandang ke arah nya.

"Aku nervous Wana. Takutttt"Kedua tangan digengam antara satu sama lain. Wana tergelak kecil dan diusap bahu ku untuk menenangkan ku.

"Rilex. Tarik nafas then hembus perlahan-lahan. Kalau dah okeyh jom? Semua dah tunggu."Tangan kiri ku digengam erat oleh Wana dan kami berdua mengatur langkah keluar dari bilik. Semakin dekat dengan ruang tamu semakin berdegup kencang jantung aku.

"Sila tengok belakang betul ke tu bakal isteri kamu?"Ayah Kamal menunjuk ke arah puteri nya dan Arcy menoleh ke belakang. Digeleng kepalanya. Aku yang tengok Arcy geleng sudah berkerut dahi.

"Bukan. Tapi bakal makmum saya." Wajah mereka semua yang sedari tadi hairan kini sudah tersenyum mendengar kata kata Arcy.

"Baiklah mari kita mula. D'Arcy Edward bin D'Zain. Aku nikahkan engkau dengan anak perempuan ku Quinn Kiara binti Kamal dengan mas kahwin sebanyak 12 ribu ringgit tunai."Ayah Kamal tersenyum manis ke arah Arcy yang diam seketika.

"Aku terima nikahnya Quinn Kiara binti Kamal dengan mas kahwin sebanyak 12 ribu ringgit tunai."Selafaz Arcy dan kini aku dengan dia sudah sah bergelar suami isteri.

"Sah?"Ayah Kamal memandang kiri dan kanan. Mereka mengangguk.

"Ya Allah Kiara!" Serentak mereka menoleh ke arah belakang tatkala mendengar jeritan dari Wana. Terkejut semua orang disitu apabila melihat gadis tu pengsan.

"Kiara!"Arcy bingkas bangun dan melangkah ke arah isterinya. Pipi tu ditepuk perlahan.

"Ar bawa Kiara naik atas dulu."Arah ibu Kila dan Arcy akur. Tubuh kecil tu didukung sebelum dibawa ke bilik.

"Waktu macam ni lah kau nak pengsan."Tergeleng kepalanya. Mata memandang seluruh wajah cantik tu. Tangan terasa ingin mahu buka kain yang menutupi kepala isterinya.

Dengan berhati hati dia membuka tudung bawal milik Kiara. Kini rambut Kiara yang selama ni disimpan dari dilihat oleh lelaki lain sudah dilihat olehnya.

"Beautiful" Diuraikan ikatan di rambut tu. Diusap dengan kasih sayang nya. Tidak dia sangka rambut yang dimiliki oleh gadis ini sangat cantik. Dihujung rambut nya sudah bergulung semula jadi.

PERLAHAN lahan aku cuba untuk membuka mata. Dipandang siling putih tu dan aku pasti sekarang aku berada dalam bilik. Mata melirik ke arah jam. Terkejut aku apabila jam menunjukkan pukul 5 petang.

"Dah bangun senorita?" Laju kepala ku menoleh ke arah kiri melihat Arcy yang duduk di sofa sambil menyilangkan kakinya.

"Kenapa awak ada dalam bilik ni sekali?"Aku bangun dari baringan. Fikiran aku dah fikir negatif. Dia cabul aku ke?.

"Don't think like that, senorita. We are married."Jejaka tu bangun dari duduknya dan diatur langkah ke arah Kiara. Gadis tu sudah mengesot menjauhi.

"Kita dah sah?"Soal ku dan dibalas anggukan olehnya. Arcy duduk berhadapan dengan ku. Lengan kecil aku ditarik olehnya.

"Come here. Don't be afraid with me ."Arcy menarik tubuh kecil aku ke dalam pelukannya. Rambut aku diusap perlahan. Baru aku sedar aku tak bertudung.

Terasa selesa berada dalam pelukan hangat encik suami. Dilentokkan kepala di bahu tegap tu. Seketika baru aku teringat masa akad nikah tadi.

Flashback.

Sedang aku tunggu Arcy melafazkan akad nikah, mata aku menangkap ke arah sosok tubuh seorang lelaki diluar pagar rumah.

"Walaupun kau dah jadi milik dia, kau tetap milik aku Kiara" Dengan gerakan mulut jejaka tu aku dapat menangkap satu persatu. Mata lelaki tu tidak nampak kerana ditutupi oleh hoodie. Hanya mulutnya saja bisa aku lihat.

Tangan naik memegang kepala yang mulai terasa berdenyut.

'Lepaskan aku!'

'No honey cause you are mine!' Dikoyak baju ku dengan kasar. Aku dah menangis kerana takut. Kedua tangan ku diikat olehnya.

'please lepaskan aku! Ayah! Ibu!'

Buk.

"Ya Allah kiara!"

End flashback.

"Sayang hey. Tak dengar ke apa abang cakap?"Arcy menepuk bahu aku bila aku langsung tak buka suara. Tersentak aku dari memikirkan tentang tadi.

"Huh? Awak cakap apa?"Arcy memegang kedua bahu ku. Mata aku direnung dalam olehnya.

"I don't like you to call me 'awak'. Call me abang. Understand senorita?"Dicuit hidung mancung aku. Hairan aku melihat sisi Arcy sekarang. Berbeza sewaktu awal kenal.

"Ada sesuatu yang abang tak tahu ke sayang?"Soal Arcy bila dia dapat tangkap disebalik mata aku ada sesuatu yang aku sembunyikan.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now