BAB 3

4.6K 273 1
                                    

Aku mengambil telefon pintar ku dan aplikasi WhatsApp menjadi pilihan. Nama contact yang aku pin tu ditekan. Last seen Razuan dipandang dengan dahi berkerut.

Last seen pukul 1:15 petang tapi mesej aku yang pukul 11 tu tak baca langsung? Sibuk sangat kah dia sampai tak sempat nak balas mesej aku?. Nafas dihela perlahan.

"Positif Kiara. Mungkin dia tengah sibuk sebab tu tak sempat balas." Aku cuba untuk berfikir positif tapi malangnya perkara negatif menghasut fikiran.

Aku beristighfar untuk tidak berfikir buruk tentang Razuan. Kaki segera mengatur langkah ke arah Wana yang menunggu ku.

"Asal muka kau muram ja ni?" Wana yang perasan raut wajah aku mula bertanya. Jelas terpancar raut wajah kerisauan di wajah sahabat ku.

"Tak ada lah tadi aku tengok last seen Razuan pukul 1:15 petang. Mesej aku yang pukul 11 tu tak baca langsung."Luah ku. Jika dengan Wana aku memang takkan simpan rahsia apa apa. Sudah jadi prinsip dalam persahabatan. There are no secrets between us.

"Kiara. Aku bukan apa tau. Aku tengok Razuan pun macam dah tak care pasal kau. Cara dia pun macam tak serius." Apa yang dikatakan oleh Wana sama seperti ibu aku. Sekali lagi keluhan terlepas dari bibir ku.

"Dah la tak payah sedih sedih sangat. Aku ada dengan kau. By the way kau tak cerita lagi pasal mamat tu.  Nak lah tahu macam mana rupa paras dia."Wana tersengih miang. Aku memutarkan bola mata ku. Dah faham sangat dah dengan sahabat aku sorang ni.

"Ha jom lah masuk kelas. Aku cerita." Mahu tidak mahu terpaksalah aku ceritakan juga walaupun pendek ja tapi kalau dah nama nya Wana pendek ka panjang dia tak kesah janji rupa paras lelaki tu yang dia nak tahu sangat.

"Balik nanti kau balik rumah terus ke?"Tanya Wana dan aku berfikir sejenak. Gadis tu setia menanti jawapan yang akan keluar dari mulut aku.

"Aku rasa balik terus sebab badan dah lenguh habis. Aku rindu katil aku."Aku tersengih menampakkan gigi putih yang tersusun rapi.

"Halah kau ni. Penat ja aku tunggu. Ingatkan nak keluar pergi jalan jalan ke apa. Boleh jugak aku ikut."Aku jeling dia saja. Bab jalan memang si Wana ni nombor satu. Bagitahu ja nak keluar mesti dia nak ikut juga.

"Lain kali je eh.  Kalau hari cuti boleh lah kita keluar."Aku cuba memujuknya dengan sengihan. Wana menjuihkan bibirnya.

"Yelah. Cuti nanti kau bawa aku jalan jalan eh. Kau tak bawa siap lah kau."Tajam renungan nya ke arah aku. Aku hanya mengangguk saja. Kang geleng merajuk lagi budak ni.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now