BAB 22

4.2K 271 7
                                    

"sayang bila nak masuk kelas balik?"Soal Arcy sambil mengatur langkah masuk ke dalam bilik. Aku menoleh ke arah nya.

"Besok Kiara dah kena masuk. Abang bila nak masuk kerja?"Soal ku pula. Arcy naik ke atas katil. Telefon diletak di tepi.

"Besok. Dah sayang masuk kelas takkan abang nak duduk sorang sorang dekat rumah. Bosan namati."Aku melepaskan ketawa mendengar jawapan si suami. Arcy yang melihat aku ketawa hanya tersenyum saja.

"Tapi besok biar abang hantar sayang pergi okeyh? Hantar dan balik. Tak ada bantahan diterima dan bye abang nak tidur."Dia membaringkan tubuhnya membelakangi ku. Terpinga-pinga aku dibuatnya.

Aku menjengah sedikit melihat Arcy yang menutup mata. Aku menahan bibir dari tersenyum.

"Boleh ke tidur tak peluk Kiara?" Serentak tu Arcy mengalihkan badannya dan ditarik tubuh aku ke dalam pelukannya.

"Macam tau tau ja."Katanya dengan mata tertutup rapat. Aku tergelak kecil. Rambut lembut Arcy diusap perlahan.

PAGI tu kami berdua siap untuk ke tempat masing masing. Aku yang sudah selesai memakai tudung bawal menoleh ke arah Arcy yang memegang tali leher.

"Sayang tolong."Pinta nya. Aku mengukir senyuman dan mengatur langkah ke arah Arcy. Tali leher tu diambil dari tangannya.

Arcy menundukkan sedikit badannya agar memudahkan aku untuk memasangkan tali leher pada nya. Kedua tangan Arcy melingkari pinggang ramping si isteri.

"Dah siap. Hensem suami Kiara." Arcy tersengih dan dilihat dirinya di cermin. Berkerut dahi nya.

"Kenapa abang?"Aku yang perasan raut wajah encik suami mula bertanya. Aku ada salah pasang tali leher ke?.

"Macam tak cukup lah."Dia memusingkan badan ke arah ku. Badan dibongkokkan sedikit. Dahi aku dikucup lama olehnya.

"Perfect."Dia tegakkan kembali badannya disertai senyuman manis khas untuk ku. Jari jemari aku digengam erat olehnya.

"Jom nanti sayang lambat pula nak masuk kelas."Kami berdua mengatur langkah turun dari tangga.

"Nanti kalau dah balik, sayang call abang tau."Aku menganguk sebagai jawapan. Arcy fokus dengan pemanduan nya.

Tangan kasar milik Arcy disalam dan dicium. Arcy memegang sisi kepala aku untuk mencium pipi.

"Jaga diri baik-baik sayang tu isteri abang."Aku menganguk dan meminta diri untuk keluar dari kereta. Dilambai tangan sebelum kereta Audi R8 tu hilang dari pandangan.

"Amboi kemain bahagia sahabat kita ni" terkejut aku dibuatnya bila Wana muncul dari tepi.

"Siapa ja tak bahagia bila ada suami yang penyayang ahak!"Aku tersenyum mengejek ke arah Wana yang sudah pasang muka masam.

"Yerlah aku tahu aku single lagi tapi tak payah sindir aku pedas sangat"Wana menjeling tajam ke arah ku sebelum dia melangkah mendahului.

"Eh merajuk ke pensil warna? Woi tunggu lah!"Aku mengejar langkahnya tanpa menghiraukan pandangan sekeliling. Mungkin pelik sebab aku datang dengan kereta audi.

"Nama aku cantik cantik mak ayah aku bagi Nur Arwana Dariana kau panggil pensil warna!"Memerah wajah Wana kerana geram dengan aku.

"Elele marah pun comel pensil ni" aku tergelak dan melarikan diri apabila Wana sudah membuka langkah untuk mengejar aku.

"Ha Kiara? Wana? Dari mana ni!"Aku dan Wana sudah meneguk air liur apabila masuk saja ke dalam kelas Lecturer Qashah sudah ada di meja nya.

"Dari-" aku menyiku lengan Wana untuk dibantu. Wana membuat muka tidak puas hati bila aku pandang dia.

"Dari mana!" Jerkah Qashah.

"Dari kejar mengejar anak ayam dan itik! Eh?"Aku menyorok belakang Wana apabila terlatah. Seisi kelas melepaskan ketawa.

Terukir senyuman nipis di bibir jejaka tu. Sangat lucu.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Onde histórias criam vida. Descubra agora