BAB 32

3.6K 254 16
                                    

"ARGHHH!" Arcy menjerit dengan wajah disembamkan di mukanya. Aku hanya tergelak sehingga terduduk di birai katil.

"Kenapa bulan tu kena datang dekat sayang harini jugak? Abang dah ready tahu tak!" Ditumbuk geram bantal nya. Aku mengesat air mata akibat penat ketawa.

"Selamat Kiara harini." Menajam mata si suami memandang wajah ku. Aku hanya tersengih.

"Tujuh hari ja kan?" Terbit senyuman sinis di bibir jejaka tu. Perlahan lahan aku mengangguk.

"Tamat ja period sayang. I ngap you." Jari runcing nya tepat menunjuk ke arah ku. Air liur ditelan sedaya upaya.

Arcy merangkak mendekati birai katil dengan laju. Terkejut aku melihat tu. Dah seperti buaya mahu menerkam mangsa. Risau!.

"Seronok dia eh." Hidung aku ditarik geram olehnya. Pedih hidung aku dibuatnya. Tangan naik mengosok hidung.

"Mestilah! Selamat dari terkaman buaya jantan." Meluas mata Arcy mendengar apa yang dikatakan oleh isterinya.

"Bersyukur sikit yang buaya ni tengah puasa dari makan sayang. Jangan ingat hari lain sayang akan selamat." Jari telunjuknya bergerak kiri dan kanan dengan smirk di bibir.

"Oh ya abang." Kedua tangan ku digunakan untuk melapik dagu. Arcy menjongket keningnya.

"Tadi ibu ada call yang Qistina dengan Razuan nak kahwin isnin ni. Harini jumaat kan hm esok abang free tak?" Soal ku. Mana lah tahu Arcy sibuk dengan kerja offices nya.

"Sayang nak balik esok ke?" Arcy bertanya aku semula. Kepala dianggukan.

"Kiara kena lah pergi tolong apa yang patut. Yelah ibu pun ada sekali kan nanti apa pula orang cakap kalau Kiara tak datang tolong." Tutur ku dengan tenang. Walaupun Qistina pernah tolak aku dulu tapi aku tak boleh tunjuk sifat tidak suka tu pada orang ramai.

"Kalau besok abang tak boleh balik sekali dengan sayang. Ada client nak jumpa untuk bincang tentang pembangunan dekat ipoh. Sayang balik sorang tak apa kan?" Wajah Arcy sedikit risau kalau isterinya merajuk kerana dia tidak dapat mengikuti balik sekali.

"Kiara okeyh jelah balik sorang sorang lagipun Kiara faham abang sibuk. Rasanya Wana free esok boleh lah Kiara balik dengan dia." Arcy mengosok kepala ku perlahan.

"Esok bawa kereta jangan laju laju. Abang nak cancel kerja abang pun tak boleh. I am sorry senorita." Dikucup sekilas pipi isterinya.

"Kan Kiara dah cakap tak apa. Tapi isnin ni abang kena ada jugak tau." Aku mengukir senyuman manis dan Arcy menganguk.

PAGI tu aku bersiap untuk pulang ke rumah ibu. Tudung bawal dikemaskan terlebih dahulu.

"Awalnya sayang siap." Kepala ditoleh ke arah si suami yang melangkah masuk dengan memegang tali leher. Kaki segera mengatur ke arahnya.

"Sekejap lagi Kiara nak pergi ambil Wana pula tu yang kena siap awal. Si wana tu bukan boleh entah entah tengah tidur lagi." Arcy tertawa kecil dan pinggang si isteri ditarik rapat. Lincah tangan ku memakai tali leher di leher encik suami.

"Abang kerja elok elok jangan nak mengatal pula. Kalau Kiara dapat tahu memang Kiara cincang abang dengan perempuan tu." Keras amaran yang aku beri. Jangan pandang remeh dengan aku walaupun aku kecil cili padi. Arcy ketawa bebas.

"Abang bukan macam tu lah sayang. Abang setia tau." Diukir senyuman kacaknya dan menunduk sedikit mencium ubun ubun si isteri.

"Jaga diri baik baik." Aku mengangguk dan menyalam tangan nya.

SEMASA dalam kereta hanya radio sinar saja kedengaran.

'kita ada seseorang yang akan memberikan ucapan buat seseorang jadi mari kita telefon dahulu' suara Radio tu menarik minat Wana untuk mendengar.

'helo yang disana. Siapa yang bercakap dan ucapan apa yang encik mahu tujukan pada seseorang?' Wana dan Kiara terdengar deheman orang tersebut.

" For my lovely wife, Quinn Kiara. Hati hati balik rumah ibu. Hati hati memandu. I'm so worried about you when I can't go back with you. Don't worry, I'll finish my work quickly. See you senorita. Btw i am D'Arcy Edward husband Quinn Kiara."

' sangat sangat romantik ya. Kepada Quinn Kiara awak sangat beruntung dapat suami seromantik ini ya'

Membahang wajah Kiara yang sedang memandu. Wana disebelah sudah bertepuk tangan.

"Tips dapat suami macam suami kau weih. Romantik gila." Kiara menyimpan senyumannya. Arcy pandai buat dia blushing!.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now