BAB 14

4.1K 266 4
                                    

"Makcik, Kiara mana?"Tanya Arcy tatkala tidak nampak langsung bayangan gadis tu harini.

"Kiara tu sibuk sikit. Dia kata lecturer dia tu minta suruh buat kerja berkumpulan itu yang jarang nak ada dekat rumah."Tutur ibu panjang lebar. Arcy hanya mengangguk saja.

"Bila dia balik makcik?"Hatinya terasa rindu mahu mengusik akan gadis tu.

"Dalam pukul 5 sekejap lagi balik lah tu. Ar nak tunggu ke?" Soal ibu pula. Arcy berfikir sejenak sebelum mengeleng kepalanya.

"Tak apa lah makcik. Lagipun kalau Kiara balik nanti mesti dia nak rehat. Saya taknak lah kacau dia."Diukir senyuman manisnya buat bakal ibu mertua nya.

"Cepat cepat lah kahwin boleh kamu jaga dia kalau dia penat ke apa kan Ar?"Usik ibu dengan senyuman. Arcy menolak lidahnya ke tepi dinding dalam pipinya. Dianggukan kepalanya perlahan kerana malu.

"Saya okeyh ja makcik. Tunggu Kiara ja nak bagi keputusan."Ibu tergelak kecil mendengar kata kata Arcy.

"Yang tu biar ibu tolong. Kiara tu dengan ibu tak pernah melawan."Terbit senyuman di bibir Arcy. Mudah dia kalini kerna bakal ibu mertua membantunya.

"Assalamualaikum"Mereka menoleh ke arah pintu melihat Kiara yang melangkah masuk dengan tangan membawa bag laptop.

"Walaikumusalam awal kamu balik harini Kiara? Selalunya pukul 5 baru terpacak depan pintu."aku hanya tersenyum nipis kerana penat.

"Sengaja kami buat cepat cepat. Siap awal boleh rehat. Kiara nak masuk bilik sekejap."Sempat mata ku memandang Arcy.  Aku hanya menghadiahkan senyuman nipis saja sebelum melangkah ke bilik.

"Dah lama ke tunggu sini?"Tanya ku dan melabuhkan punggung si sofa berhadapan dengan Arcy. Jejaka tu menganguk.

"Sejam setengah ja."Mata Arcy memandang mata cantik tu. Aku yang terasa seperti ditenung segera menoleh ke depan.

"Are you tired senorita?" Dapat dia lihat disebalik mata cantik tunangnya menunjukkan dia penat.

"Tak ada lah. Kiara okeyh ja."Aku mengukir senyuman manis walaupun memang betul yang aku penat. Tidur pun tak cukup untuk siapkan kerja nya.

"Dont lie me senorita. I know you are tired. Pergilah masuk tidur dulu. Aku taknak kesihatan kau terjejas sayang." Aku yang mendengar panggilan sayang tu terus menunduk memandang lantai. Muka ku panas.

"Sokeyh maybe not now but one day I can take care of you if you're sick."

"Terima kasih sebab memahami."Terasa bersyukur kerana mendapat tunang seperti Arcy yang sangat memahami tentang diriku.

"Makcik Kila."Ibu yang baru melangkah ke ruang tamu tu memandang ke arah Arcy. Jejaka tu bangun dari duduknya.

"Saya minta diri dulu. Saya taknak kacau Kiara lagi. Kasihan dia letih. Dapat tengok muka dia sekejap pun dah terubat rindu dah."Terukir senyuman kacak di bibit merah Arcy. Wajah ku tak usah dikata memang merah habis.

"Bukan main lagi ya ayat kamu tu. Baiklah, kalau nak datang sini datang ja."Arcy mengangguk.

"Kirim salam dekat pakcik sama. Saya minta diri dulu Assalamualaikum." Aku dan ibu menjawab salam dengan perlahan. Aku bingkas bangun dari duduk.

"Kiara nak masuk tidur sekejap. Kalau ada apa apa panggil lah ye."Ibu mengangguk saja dan aku mengatur langkah ke bilik. Mata tak usah dikata dah layu dah tunggu masa nak tutup saja.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz