BAB 20

4.4K 288 5
                                    

"Sayang?"Arcy mencari isterinya diruang tamu namun gadis tu tidak ada. Diatur langkah keluar dari rumah dan terpandang Kiara yang merenung pokok pelam.

"Sayang!"Aku yang mendengar suara Arcy segera menoleh. Jejaka tu menjongket keningnya seakan bertanya aku buat apa.

"Abang, nak pelam tu. Dah ranum lah."Aku menayangkan muka comel. Arcy segera memakai selipar dan melangkah mendekati ku yang berada di luar pagar rumah.

"Pelam pulak dah. Sayang tu tak mengandung lagi dah nak makan pelam haish."bebelnya sambil panjat pokok pelam tu. Aku mahu membuka mulut namun dipintas oleh Arcy.

"Nanti kalau kena yang tak masak tak ke sakit perut lepastu mula lah panggil abang sakit perut lah itu lah ini lah. Bi-" Terhenti bebelan nya bila mata menangkap sarang tebuan.  Aku menepuk dahi. Itulah bebel lagi.

"ARGH SAYANG!"Arcy lompat turun dari pokok dan berlari ke arah Kiara. Aku terkejut apabila si suami lari ke sini.

"YANG ABANG LARI DEKAT KIARA KENAPA?!"Aku yang tak ada kaitan pun terpaksa lari bersama nya apabila tebuan mengejar.

"Lepastu abang nak lari dekat mana? Takkan nak lari keliling taman ni? Pelik orang tengok nanti!"Katanya sambil berlari bersama aku.

"Sayang sini lompat."Arcy menari lengan ku dan melompat ke dalam kolam belakang rumah. Aku segera naik ke atas.

"Hish abang ni kan!"Aku bercekak pinggang. Arcy meraup rambutnya ke belakang.

"Apa? Abang tak salah okeyh. Tebuan tu yang salah sebab buat sarang dekat situ." Arcy membela dirinya sendiri. Aku menjeling tajam ke arah nya.

"Baru kiara tahu yang abang ni kuat membebel."Aku menuju ke tepi kolam untuk naik namun ada sepasang tangan melingkari pinggang ku.

"Nak pergi mana hm? Sini lah mandi dengan abang."Dibawa aku ke tengah kolam.

"Abang taknak! Dalam lah. Nanti Kiara lemas macam mana?"Aku sudah cuak. Mahu lemas aku nanti tak ke inalilah dalam kolam. Arcy tergelak kecil.

"Abang ada sayang."Aku mengeleng tanda tidak mahu. Sebaik tiba di tengah kolam aku terus melingkar kan kedua kaki di pinggang Arcy.

"Kiara takutt. Taknak"Disembunyi muka diceruk leher Arcy. Dapat aku rasa tubuh suami ku mengeras.

"I like this position." Suara garau tu berbisik di tepi telinga ku. Rambut panjang aku yang basah diusap perlahan olehnya.

"Peluk leher abang. Abang nak bawa sayang naik atas."Aku hanya mengangguk kerana sejuk. Arcy keluar dari kolam dengan mengendong tubuh kecil isterinya.

"Sayang" panggil nya dan aku hanya bergumam sebagai menjawab.

"Dah boleh terima abang sepenuhnya?"Soalnya sambil berjalan menuju ke bilik kami berdua.

"Tak seratus peratus cuma dalam 75 peratus macam tu je."Kepala Arcy mengangguk perlahan.

"Tak apa abang faham. Belajar mencintai abang okeyh sayang? I love you so much."Pipi gebu aku dikucup sayang olehnya. Tidak semena mena bibir aku mengoyak senyuman manis.

"Sekarang tukar baju. Nanti sejuk demam pula."Setelah Arcy menurunkan ku, aku terus berlari ke closet untuk menukar pakaian yang sudah basah.

AKU mengintai Arcy yang sedang membuat kerja di ruang tamu dengan menggunakan laptop. Terbit idea di benak fikiran ku untuk mengenakan nya.

Perlahan lahan aku mendekati nya dari arah belakang. Setibanya di belakang jejaka tu terus aku memeluk lehernya dan dikucup pipi tu sebelum melarikan diri ke dapur.

Mengejung tubuh Arcy. Tangan jejaka tu naik memegang pipi. Kelembutan bibir sang isteri masih terasa.

"After you kiss me you can't run away from me, love."Arcy bingkas bangun dan menapak ke dapur. Tubuh kecil si isteri dirangkul kemas dari belakang.

"Sejak bila jadi nakal ni hm? Dah pandai nak goda abang?"Aku yang mendengar tu hanya mengemam bibir. Terasa malu pula buat bergitu. Itulah kau nak buat tak pikir dulu. Kiara, Kiara.

"Alah lagipun nak cium suami je kan? Tak salah kan?"Aku mengawal debaran di dada. Please lah jangan Arcy usik aku lagi sudah.

"Tapi kenapa sekali ja? Cium lah banyak baru dapat pahala banyak tak gitu sayang?"Dikucup sekilas pipi kiri ku sebelum dia melangkah keluar dari dapur. Memerah muka aku dibuatnya.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now