BAB 24

3.9K 261 2
                                    

"Sayang lepas dah lulus ujian, sayang duduk di rumah ja okeyh?." Aku mengangguk sambil fokus dengan nasi. Arcy mencubit pipi aku geram sehingga wajah ku berkerut sakit.

"Bila abang cakap, tengok muka abang sayang. Biar tak dikira kurang ajar." Aku tersengih mendengar kata kata nya.

"Okeyh Kiara minta maaf. Yer Kiara dengar tadi." Arcy menongkat dagu. Disebabkan dia telah habis makan tulah yang dia kacau aku.

"Cuba ulang." Katanya seakan menguji aku mendengar atau tidak apa dia katakan tadi. sekali lagi aku tersengih.

"Kata dengar cuba lah ulang." Kepala digeleng perlahan sambil tersengih.

"Lepas lulus duduk di rumah ja."Arcy mengulangi apa yang dia kata tadi tapi dalam versi pendek.

"Baiklahh" Arcy mendekatkan sedikit wajahnya.

"Sebab tugas sayang hanya layan abang." Tersedak terus aku dibuatnya. Terbatuk batuk aku. Arcy bangun mengusap belakang aku perlahan.

"Dah okeyh?" Aku mengangguk saja. Arcy mengucup sayang dikedua pipi isterinya.

"Nak bangun" Arcy berganjak ke tepi untuk memberi ruang dan aku menuju ke singki. Arcy memeluk tubuh isterinya dari belakang.

"Abang nak apa ni?" Hairan aku melihat Arcy. Jejaka tu mengeratkan lagi pelukannya.

"Abang sayangkan sayang sepenuh hati."Luah Arcy tanpa disembunyikan. Dia berasa selesa dengan Kiara. Tatap wajah tu saja mampu buat dia tenang.

"Jangan tinggalkan abang walaupun dekat luar sana banyak lelaki yang lebih sempurna dari abang tapi please jangan tinggalkan abang." Wajah disorokkan di ceruk leher sang isteri.

"You are my wife and my heaven sayang." Aku mengusap rambut nya perlahan. Sejujurnya aku juga sudah dapat menerima Arcy dengan setulus hati.

"Kiara pun sayangkan abang. Jangan tinggalkan Kiara macam ex boyfriend Kiara buat dekat Kiara." Perlahan suara ku. Arcy mencium lama di pipi ku.

"Abang takkan tinggalkan sayang. Abang dah sayangkan sayang sangat sangat."Dipusingkan tubuh tu dan didakap kemas.

"Abang memang nak peluk kiara dekat sini sampai tengah malam ke?"Arcy tergelak bebas dan dengan secara tiba tiba didukung aku secara bridal style.

"Terkejut Kiara tau tak."Arcy menunduk mengigit hidung mancung isterinya. Terdiam aku mendapat tindakan si suami.

"Jom naik tidur."Jejaka tu membuka langkah ke bilik. Tubuh kecil si isteri diletak perlahan lahan di atas katil. Arcy naik menindih tubuh tu dan dipeluk erat.

"Tidur"Aku menjulingkan mata. Terasa sesak apabila pelukan Arcy sangat erat. Dicuba untuk menolak jejaka tu tapi tidak dapat.

"Abanggg sesak lah eish." Arcy melongarkan sedikit. SEDIKIT sahaja. Aku menolak nya kasar. Geram.

"Sampai hati tolak abang."Arcy mengalihkan badannya secara membelakangi Kiara. Merajuk.

Di intai sedikit melihat Arcy yang merajuk. Tubuh tegap tu dipeluk dari belakang. Aku dahla tak pandai pujuk.

"Goodnight husband." Perlahan lahan mata ku tertutup rapat sebelum hanyut ke dalam mimpi. Arcy perlahan lahan mengalihkan badannya menghadap isteri yang sudah tidur.

Ubun ubun tu dicium lama dan ditatap dahulu wajah tu. Lama dia merenung dengan tangan kiri mengusap pinggang Kiara.

"Goodnight too senorita." Arcy yang sudah tidak tahan akhirnya turut terlena.

BIDADARI KIRIMAN HEAVEN✓Where stories live. Discover now