ATTENTION! JBGH DITERBIT?!

48.1K 1.4K 181
                                    

     Assalamualaikum kepada semua pembaca dan penyokong setia ariaseva. Hi! Apa khabar? Hahahah.  So ini bukanlah update chapter ke apa, saya hanya ingin berkongsi berita gembira ini kepada semua pembaca setia saya.

     Korang sendiri tahu Jejaka Blue & Gadis Hazel sudah lahir sejak 2018 lagi. Dan reads cerita pertama saya ini pun telah mencecah 10.1 Juta bacaan. Thank you so much! Korang dah support dari kosong hinggalah mencecah berjuta! Tanpa korang, siapalah ariaseva. Mengarut je dia tu.

     Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat penerbitan Fajar Pakeer yang telah approach saya untuk menerbit di bawah mereka. Sejujurnya, saya tak pernah terfikir untuk bukukan cerita saya sebab saya menulis hanya untuk suka-suka dan membuang masa. Tetapi mungkin ini takdir yang telah ditulis oleh-Nya.

     Jun 2022

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Jun 2022. Maka lahirlah anak sulung saya bernama Jejaka Blue & Gadis Hazel. Cantik tak cover novel saya? Huhu. Thanks to pihak penerbitan sebab ikut design yang macam saya nak. Puas hati sangat.

     Saya tahu ramai yang akan bertanya, bila ianya akan dipasarkan, dimana ianya akan dipasarkan, macam mana nak beli, macam mana nak beli sekali dengan signature. Kan? So meh saya jawab awal-awal.

1

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

1. Bila ianya akan dipasarkan?

Jejaka Blue & Gadis Hazel akan berada di PBAKL @ PWTC, Kuala Lumpur. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini diadakan pada tarikh 03 Jun - 12 Jun 2022 (10AM-10PM).

TETAPI

2. Jejaka Blue & Gadis Hazel masih belum berada di sana dan dianggarkan akan masuk booth Fajar Pakeer pada tarikh 10 Jun 2022 samada pagi atau petang. Sebarang informasi akan diupdate di instagram @itsariaseva.

3. Ariaseva akan berada di sana?

YES. Saya akan berada di PBAKL pada tarikh 10 & 11 Jun 2022 dan akan berada di booth Fajar Pakeer. Jumaat dan Sabtu tu anggaran saya akan sampai di sana mungkin tengahari.

4. Boleh minta signature?

YES, boleh. Jumpa saya di PBAKL dan ikut suka hati awaklah nak buat apa dekat saya. Yang mana tidak kenal saya, meh saya kasi clue. Saya akan berpakaian hitam di sana nanti.

5. Kalau tak dapat hadir ke PBAKL, kat mana boleh beli novel ni?

Kalau korang tak dapat hadir ke PBAKL, korang boleh beli pre-order di Shopee Fakar Pakeer. Pre-order di shopee Fajar Pakeer akan dibuka dalm minggu ni tetapi tarikh tidak ditetapkan lagi. Semua update akan diberitahu di instagram itsariaseva. TETAPI, sesiapa yang beli di shopee Fajar Pakeer tidak akan dapat signature kerana novel akan dihantar terus kepada anda tanpa dihantar kepada saya terlebih dahulu.

6. Macam mana nak beli secara online tetapi dengan signature ariaseva?

Saya sendiri akan jual novel Jejaka Blue & Gadis Hazel ini di platform Shopee saya. TETAPI, ianya makan masa untuk stock sampai kepada saya. Dan kemungkinan order akan dibuka pada Julai 2022. Yang beli dengan saya, akan ada signature. Freegift? Itu akan diupdate di instagram itsariaseva dari semasa ke semasa. Dan diingatkan disini ya, jika anda beli dengan saya, harga shipping akan ditanggung oleh anda sendiri. Tetapi harga buku adalah sama dengan harga di pasaran.

7. Harga Jejaka Blue & Gadis Hazel?

Harga sangat murah. RM28 untuk semenanjung dan RM31 untuk Sabah/Sarawak.

8. Jalan cerita novel dengan wattpad sama ke?

Iya, sama. Saya tak boleh ubah jalan cerita memandangkan cerita saya semua bersiri.

9. Perkataan tidak elok dalam cerita dibuang ke?

Sesetengah mungkin telah dibuang tetapi tidak 100%. Saya dah beritahu pihak editor yang saya taknak buang perkataan tak baik dalam cerita. Tetapi JBGH takdalah terlalu banyak harsh words di dalam cerita.

10. Story JBGH dekat wattpad akan ditake down ke?

TIDAK. Tetapi, akan ada 30 bab sahaja memandangkan ianya telah dibukukan.

11. Story lain akan dibukukan juga ke?

Buat masa sekarang, tidak. In syaa Allah one day. Akan diupdate di instagram itsariaseva dari semasa ke semasa.

Jangan lupa follow instagram itsariaseva untuk dapatkan informasi terkini.

Jangan lupa follow instagram fajarpakeer juga untuk dapatkan maklumat tentang jualan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jangan lupa follow instagram fajarpakeer juga untuk dapatkan maklumat tentang jualan.

Booth Fajar Pakeer di PBAKL @ PWTC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Booth Fajar Pakeer di PBAKL @ PWTC

Booth Fajar Pakeer di PBAKL @ PWTC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JUMPA ANDA DI SANA!     

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now