Bab 14

140K 8.5K 1.3K
                                    

         Isha memimpin tangan Avrin untuk masuk ke bilik yang telah disediakan oleh keluarga Aryan. Avrin langsung tidak membuka mulutnya sejak mendapat tahu yang dia sedang duduk di rumah pembunuh !!

            "Avrin rehat dulu ye ? Kejap lagi Ar balik. Dia ada kerja sikit dekat office", jelas Isha.

            Avrin hanya mendiamkan diri. Tangan masih sibuk membelek iPhonenya. Isha faham dan dia terus keluar dari bilik itu.

      Luka Avrin sudah bertambah baik. Hanya tinggal lebam-lebam di badan sahaja.

              Avrin mengharamkan Aryan untuk memberitahu keluarganya tentang apa yang telah terjadi. Mana mungkin dia nak hebohkan satu dunia yang dia bakal berkahwin dengan adik dan abang kepada pembunuh.

                Avrin meneliti bilik tamu itu. Tidak ada apa yang pelik pun. Semuanya nampak begitu normal. Dia kemudian berdiri dan membuka satu persatu almari yang ada.

             "Cari apa ?", tanya Ariq yang baru muncul. Mukanya nampak sangat garang. Matanya tajam memandang Avrin.

              Avrin menjadi kaku melihat perubahan Ariq. Mata lelaki itu seakan-akan sedang merobek daging Avrin. Jantung Avrin berdebar kuat.

             Ariq melangkah mendekati Avrin. Avrin mengundur ke belakang.

             Ariq terus duduk di atas katil. Matanya masih memandang ke arah Avrin.

            "You takut dengan i ?", tanya Ariq. Mukanya sudah berubah menjadi bidadara paling baik di dunia.

            "You takut dengan keluarga i ?", tanya Ariq lagi.

           Avrin hanya mendiamkan diri. Angguk tidak, geleng pun tidak.

            Ariq kemudian tersenyum.

           "Kitorang pun manusia biasa. Ada buat silap, ada dosa. Kitorang tahu tu. Tapi janganlah layan kitorang macam kitorang ni ahli neraka", Ariq bertutur. Matanya memandang ke bawah dan kepala ditundukkan.

              "Tapi Ar tak salah. Dia tak pernah membunuh. Tolong jangan layan dia macam dia tu sama macam kitorang. Dia bakal suami you, Avrin. Even you dah taknak kahwin dengan dia, tapi dia still berkeras nak kahwin dengan you. I percaya yang dia tahu apa dia buat. So please, kahwin dengan dia", kata Ariq lagi.

             Ariq kemudian melangkah kaki ke pintu.

            "Aryan tak salah", Ariq berkata sebelum keluar dari bilik dan menutup pintu dengan rapat.

            Avrin hanya mendiamkan diri.

   Avrin turun ke tingkat bawah dengan perlahan. Dia kemudian pergi ke dapur untuk membasahkan tekak.

            Selepas meminum air, dia terus keluar dari dapur.

             Dia terpandang pintu setinggi bahunya dengan mata yang tidak berkelip. Papan tanda 'DO NOT ENTER !!' dibaca berkali-kali.

            Dia membuka pintu itu perlahan-lahan. Well undang-undang memang untuk dilanggar.

              Dia masuk ke dalam bilik itu dengan perlahan. Suis lampu dibuka. Matanya tidak dapat berkelip apabila pelbagai jenis senjata berada di situ. Ada yang tersangkut elok, ada yang disusun di atas meja. Ada yang disusun dalam almari kaca.

'This is bullshit'.

              Avrin mengambil sepasang pistol bewarna putih. Cantik. Bergaya. Avrin mengacukan kedua-dua pistol ke hadapan seolah-olah ingin menembak seseorang. Mata ditutup sebelah seperti ingin menumpukan target.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now