Bab 4

186K 9.7K 2.4K
                                    

        Tok.. tok.. tok..

         "Rin ! Boyfriend kau datang ni ! Tak bangun lagi ke woi !", Erin menjerit dari luar pintu bilik Avrin.

         Avrin membuka mata perlahan-lahan. Masih mengantuk.

'Siapa pula bising pagi-pagi buta nii' getus hati Avrin. Avrin melangkah keluar dari bilik.

Dengan badan terhuyung-hayang, Avrin terus pergi ke dapur.

          "Hi tak solat subuh ke tadi", suara garau itu tegur Avrin dari belakang.

Avrin tersentak. Dia pantas menoleh.

           "Nice pijamas by the way", Aryan memuji baju tidur berwarna pink dengan bercorakkan kartun Pooh itu.

          "Arghhhh !!", Avrin terus mencerit. Tapi masih berdiri di situ.

          "Kau dah kenapa ni ?", tanya Erin yang baru melangkah masuk ke dapur itu.

          "Weiii macam mana ada mamat ni kat sini ni ?!", Avrin separa jerit.

Aryan masih tercegat di depan Avrin sambil tersenyum nipis.

          "Aku dah kejut kau dah tadi. Aku dah cakap kan yang boyfriend kau datang. Yang kau terkejut macam tak tahu apa ni kenapa ?", terang Erin.

          "Aku tak sedar apa-apa pun Erin !", Avrin masih separa jerit.

Senyuman Aryan makin melebar melihat kecomelan Avrin.

          "Apa kau cakap tadi ? Boyfriend aku ?", tanya Avrin yang baru sedar apa yang disebutkan oleh kawannya itu tadi.

          "Iyalahh boyfriend kau. Sampai hati kau kan, dah ada boyfriend tak bagitahu aku pun", jawab Erin.

Avrin masih dengan muka blurnya.

         "Pergi bersiap, sayang. Saya nak bawa awak keluar", tiba-tiba Aryan bersuara.

           "Haaa ?!" Avrin masih tidak tahu apa-apa. Jantung Avrin bagai nak gila bila terdengar Aryan memanggilnya 'sayang'.

           "Pergilah bersiap tu. Aku pun nak keluar ni", celah Erin lalu melangkah keluar dari dapur.

          "Nanti saya jelaskan. Tolong bersiap dulu please ?", Aryan memberitahu selepas memastikan bayangan Erin hilang dari pandangan.

Avrin tidak banyak songeh, dia terus melangkah masuk ke biliknya. Debaran masih terasa di jantungnya.

          "Hi", tegur Avrin pada Aryan yang sedang membelek iPhonenya di ruang tamu rumah Erin itu.

Aryan meneliti Avrin dari atas ke bawah. Jatung Aryan berdegup dengan kencang.

Avrin memakai plain dress lengan pendek berwarna pink cair. Dressnya menutupi bawah lututnya. Kasut boot berwarna pink pudar itu dipakai oleh Avrin dengan sangat comel. Rambut Avrin pula diikat sanggul, menampakkan Avrin sangat anggun.

         "Hello ?", tegur Avrin pada Aryan yang seperti baru lepas nampak hantu itu.

Avrin menjadi segan apabila Aryan memandangnya dengan mata yang tidak berkelip.

         "Ahh.. Jom", tersekat-sekat Aryan berbicara. Matanya dipandang ke arah berlainan.

Aryan pandai mengubah riak mukanya menjadi tenang semula.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now