Bab 8

149K 8.3K 1.1K
                                    

     Ada lagi satu jam sebelum penerbangan mereka ke New York akan berlepas. Aryan dan Avrin masing-masing buat hal sendiri di tempat menunggu. Guess what ? Nadia berkeras untuk tinggal di California kerana ingin berada dekat di sampai boyfriend barunya, Leo.

Tempoh empat hari mereka di California telah membuahkan pasangan bercinta. Leo telah berjanji untuk mencarikan rumah sewa untuk Nadia kerana dia tidak boleh tinggal di rumah Qey Aris. Bukan mahram...

"Oh lupa nak bagitahu awak. Lepas sampai NY nanti kita terus pergi rumah mummy saya tau. Saya nak sampaikan berita ni pada dia", Aryan memulakan bicara.

Avrin memandangnya tanpa kelip. 'Kenapa pandang macamtu dia ni. Ada yang kena terkam karang'.

Menyedari Aryan duduk tidak selesa dengan pandangannya, Avrin terus memandang ke arah lain.

"okay awak", ringkas jawapan Avrin. Avrin sudah tekad untuk cuba lahirkan rasa sayang dan cinta terhadap bakal suaminya itu. Iya, dia akan cuba.

    Tepat pukul 4.00 petang Aryan dan Avrin sampai di New York City. Kereta Mercedes Benz milik Aryan dipandu laju ke rumah mummynya. Avrin hanya berdiam diri sepanjang perjalanan.

"Assalamualaikum", Aryan memberi salam lalu masuk ke dalam rumahnya.

"Waalukumsalam.. Finally you're home Ar", tegur Mrs Keren yang baru turun dari tangga.

Dia memeluk anak terunanya. Matanya pantas terbeliak, 'menantu mummy!'. Sepantas kilat Mrs Keren melepaskan pelukan dan mendapatkan Avrin yang baru jejakkan kaki ke dalam rumah. Avrin dipeluk kemas.

'The heck ? Jumpa bakal menantu terus lupa dekat anak sendiri ?', Aryan menjengkelkan matanya.

"Mummy, mana yang lain ?", tanya Aryan. Dalam masa yang sama cuba untuk selamatkan bakal isterinya daripada ibunya yang terlebih teruja itu.

"Fran still at the office. Daddy like always lah malam baru muncul. Isha pun dekat office lagi", jawab Mrs Keren dengan bahasa Melayunya yang pelat.

"So ?", tanya Mrs Keren kepada anak terunanya.

"So what ? Suruh yang lain berkumpul malam ni. Ar ada benda nak sampaikan", Aryan menjawab.

"Bring this to the guest room", Aryan menyuruh pembantu rumahnya untuk mengangkat beg Avrin masuk ke dalam bilik tetamu.

Avrin hanya memerhati.

"Awak ikut maid tu pergi ke bilik. Rehatkan badan dulu. Nanti apa-apa saya panggil", arah Aryan kepada Avrin.

Avrin hanya mengikut.

"Nanti mummy bagitahu yang lain. Tapi berkaitan dengan apa ni ?", tanya Mrs Keren.

"Shhh... Malam nanti okay ?", Aryan menutup mulut ibunya dengan jari telunjuknya. Kemudian dia melangkah masuk ke biliknya meninggalkan ibunya yang terpinga-pinga. Tidak lama kemudian, Mrs Keren tersenyum sendirian.

   Agak susah untuk mengumpulkan ahli keluarga Louise yang kecil ini. Pada pukul 10.00 malam barulah kesemua ada di ruang tamu.

Semua sudah berada di ruang tamu kecuali Avrin yang masih berada di bilik yang telah disediakan untuknya.

"What is it about, Ar. Don't waste my time", kata Isha, atau nama panjangnya Arisha Fancy Louise. Perempuan berumur 29 tahun itu ialah anak sulung dalam keluarga kecil ini. Umur sudah meningkat tapi masih tidak berminat untuk mencari pasangan hidup.

"Yeah. I have a lot thing to do. So ? What is it about ?", tanya Ariq Frandy Louise.

"Why are you keep smiling, dear ?", tanya Mr Chris kepada isterinya.

Mrs Keren hanya menggeleng.

"Okay let me tell you this. What are you guys gonna say, if i'm getting married ?", tanya Aryan sedikit gementar.

Kesemua disitu nampak sangat terkejut kecuali Mrs Keren.

"Seriously, dude ? With whom ? Are you serious ? Did you fell in love with someone ? Or it just about business ?", tanya Isha.

Ariq tidak bertanyakan apa-apa malah seperti dapat meneka siapa gelaran bakal kakak iparnya.

"With whom ?", singkat pertanyaan Mr Chris.

Kemudian Aryan mengambil iPhonenya. 'Avrin' ditekan.

"Turun sekarang. Family saya nak jumpa", itu sahaja arahan yang diberi.

Semua ahli keluarga Aryan memandang kearah Avrin yang baru melangkah masuk ke ruang tamu itu. Mata mereka tidak berkelip.

Avrin kemudian menyalam perempuan berambut perang yang berada di depannya. Dia yakin itu ialah kakak Aryan.

"This is Avrin. Quin Avrin. My future wife", Aryan kenalkan Avrin kepada keluarganya.

Avrin hanya menunduk hormat. Atau sebenarnya menunduk malu.

Ariq hanya tersenyum. 'I knew it'.

       Avrin baring di atas katil bersaiz king itu dengan selesa. Dia sangat gembira apabila keluarga Aryan dapat menerimanya dengan mudah. Satu jam yang lepas...

"Damn ! She's pretty ! She also had the hazel eyes !", puji Isha ikhlas.

"Dah agak dah", Ariq bersuara. Keningnya diangkat beberapa kali.

Mrs Keren memegang bahu Avrin dan menyuruhnya duduk di sebelah Aryan.

"So the date ?", tanya Mr Chris singkat tetapi bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

"We're not confirming yet. Avrin and i will fly to Malaysia to meet her family this Friday. After that, can you both come along ?", tanya Aryan kepada ibu bapanya.

"Of course we're coming ! Not only 'both', but all our family will come along !", teruja Isha mencelah.

"Sure. Tell me the date then i'll set the off day", jawab Mr Chris.

Mrs Keren tidak lepas tangannya dari mengusap-usap bahu Avrin.

Aryan tersenyum kesenangan. Alhamdulillah..

Tiba-tiba iPhone milik Avrin bergetar.

Jangan harap kau boleh kahwin dengan Aryan -unknown

Avrin membaca mesej whatsapp yang baru diterimanya dengan mata yang bulat. 'Bullshit ??'.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα