Bab 23

147K 7.7K 1.3K
                                    

          "Aku nak korang cari dia ni. Kalau tak boleh nak bawak balik, bunuh je kat situ. Faham ?!"

"Faham, boss !!"

Erin tersenyum sinis. Gambar Aryan Froy Louise dicampak ke atas meja.

          "Assalamualaikum", Avrin memberi salam sejurus selepas masuk ke dalam rumahnya. Aryan hanya mengekor di belakang. "Macam takda orang je", Aryan meneka kerana rumah keluarga gadis itu nampak sangat sunyi.

"Kak Siti !! Kak Siti !!", Avrin memanggil pembantu rumahnya. Siti tergesa-gesa keluar dari dapur. "Ya, Cik Rin ?", Siti menunduk di hadapan Avrin. "Mana semua orang ?", tanya Avrin dengan suara yang mendatar. "Tuan Besar dan Puan Besar belum balik lagi dari kerja. Encik Aris pergi keluar jumpa kawan. Kenapa ye, Cik Rin ?", jawab Siti sambil menunduk. "Oh takda apalah. Saya dengan Aryan datang ni nak ambik barang saya sikit, nanti kami keluar balik", beritahu Avrin sambil mata masih tertumpu pada pembantu rumahnya. "Cik Rin dengan Encik Aryan nak pergi mana ?", tanya Siti. Sibuk je nak tahu.

"Saya duduk rumah keluarga Aryan buat sementara waktu. Daddy dengan mummy dah tahu. Jaga rumah elok-elok. Kalau ada orang tak kenal datang, jangan beri masuk", pesan Avrin lalu terus menuju ke lif untuk ke tingkat atas. Aryan juga mengekor langkah Avrin.

             "Saya nak kena bawak apa je ni ? Agak-agak berapa lama saya kena stay kat rumah awak ?", tanya Avrin yang sedang mengemas pakaiannya ke dalam bagasi bersaiz sederhana.

"Kalau boleh sampai hari pertunangan kita", jawab Aryan sambil mengambil tempat di atas katil Avrin. "Seriously ? Takpalah, saya akan dengar je cakap awak memandangkan awak akan jadi suami saya yang sah dalam beberapa bulan lagi", Avrin berkata sambil mengemas barang keperluan wanitanya pula ke dalam beg kecil jenama LV.

"Hehehe.. Maksudnya nanti awak pergi kelas bawak dua orang lah", Aryan mengusik sambil tersenyum nakal. Avrin mengerutkan dahinya tanda tidak faham. "Tak faham ? Takpalah nanti dah kahwin faham lah tu", Aryan berkata lagi. Senyumannya masih terukir di bibir. Avrin membulatkan matanya. Baru faham. "Ish !! Gatal la awak ni ! Saya taknak pregnant sebelum habis belajar", Avrin mencebikkan mukanya.

"Habistu takkan tiap malam saya nak kena pakai protection ?", Aryan mengerutkan dahinya beberapa kali. Avrin membulatkan matanya dua kali ganda lebih besar. "Tiap malam ?! Gila ke apa ?!", Avrin terus menoleh ke arah berlainan. Malu. "Hmm.. Habistu seminggu sekali ? Boleh lah.. Asalkan dapat", Aryan mengusik lagi, bibirnya mengukir senyuman cukup nakal.

"Ish ! Gatal lah ! Jangan kacau saya. Saya nak kemas barang ni, karang lambat pulak siap", Avrin terus melangkah ke bilik airnya untuk mengambil barang mandiannya. Aryan tersenyum melihat pipi Avrin yang berona merah. Malu lahtu. Aryan kemudian baring di atas katil Avrin. Akhirnya dia terlelap.

        Avrin menangkat barang-barangnya turun ke tingkat bawah. Bukannya dia tidak boleh menyuruh Siti untuk berbuat demikian, tetapi bila teringatkan Aryan yang sedang tidur di atas katil, dia terus merajinkan diri untuk buat dengan sendiri. Mujur ada lif.

Setelah kesemua barangnya telah diletak di dalam kereta. Avrin naik ke biliknya semula. Pintu ditutup rapat.

Dia mengambil tempat di atas katilnya dengan bersandar di kepala katil. Wajah Aryan ditenung rapat. Kacak. Sangat kacak walaupun di dalam tidur. Bulu matanya lebat tetapi tidak begitu kelihatan kerana warnanya yang sedikit pudar dari coklat. Keningnya terukir cantik. Bibir terbentuk dengan sempurna. Mukanya sangat bersih. Tanpa Avrin sedari, tangannya telah naik untuk mengusap pipi Aryan.

"Ehem.. Kalau ye pun tunggu lah kahwin dulu", tiba-tiba Aryan berkata. Matanya dibuka luas. Avrin terkejut lalu terlompat jatuh dari katil.

"Aduhh !!", Avrin mengaduh kesakitan selepas mendarat di atas karpet biliknya. Aryan melepaskan tawa. "Lain kali mintak izin dulu. Lepas kahwin belek lah sampai puas. Belek dari atas sampai bawah pun takpa", Aryan mengusik lalu mengenyitkan mata sebelah. Avrin menjeling.

"Sejak bila awak bangun ni ? Apasal buat-buat tidur ? Habis saya kena angkat semua barang. Sakit tangan tau tak ?", Avrin mengomel dengan muka dibuat masam. Dia terus bangun dan duduk di atas katil, bersebelahan dengan Aryan. "Saya baru bangun. Nafas awak dekat sangat dengan saya tadi. Naik nafsu saya tau tak ? Mujur saya tak terkam awak tadi. Dahlah kita berdua tengah duduk berdua kat atas katil, dalam bilik lagi. Bahaya tau tak ? Lepasni jangan buat macamtu lagi", Aryan berkata. Kepalanya ditoleh ke arah Avrin. Avrin menoleh ke arah Aryan. Muka lelaki tu serius. Okay lelaki ini sedang serius.

"Ehem.. Jomlah. Saya dah lapar dah ni. Awak tidur lama sangat, berkeroncong dah perut saya ni tau tak ?", Avrin menukar topik dan terus bangun dari kedudukannya. Dirinya dibelek di depan almari solek. Sengaja menyibukkan diri kerana tidak mahu memandang ke arah lelaki di atas katil itu.

Aryan mengerutkan keningnya. "Kenapa awak tak kejut je saya ? Saya tidur sebab tunggu awak, bukannya suruh awak tunggu saya", Aryan berkata lalu terus bangun dari kedudukannya. Kaki melangkah ke arah Avrin. Dia memandang ke arah Avrin melalui pantulan cermin di almari solek milik gadis itu. Merenung jauh ke dalam mata gadis yang sudah memikat hatinya itu. Eh ? Dah terpikat ke ? Hmm.. 🤔

"Apa awak ni ? Pandang orang macamtu. Malu lah saya", Avrin menegur selepas menyedari dirinya ditenung dari dalam cermin. "Kenapa ? Awak naik ke kalau saya tenung lama-lama ?", tanya Aryan. Bibir mengukir senyum nakal. "Hoi ! Jangan nak kotor sangat boleh tak ? Macam mana lah kalau dah kahwin nanti, mulut tu mesti tak berhenti dari cakap benda kotor. Macam-macamlah budak zaman sekarang ni", Avrin mengomel sambil keluar dari biliknya meninggalkan Aryan di belakang terpinga-pinga sendirian. "Hey.. Awak cakap saya budak-budak ? Saya empat tahun lagi tua dari awak tau tak ?", Aryan sempat mendengar apa yang dikatakan oleh Avrin. Dia pantas mengekor pergerakan gadis itu.

"Taknak cakap kat Siti dulu ke ?", Aryan bertanya selepas menyedari Avrin terus masuk ke dalam perut kereta. "Tak payah. Saya syak dia tengah tidur kat dalam. Jomlah", Avrin terus menutup pintu kereta Audi R7 milik Aryan. Aryan hanya akur. Dia terus masuk ke tempat duduk pemandu.

"Nak makan kat mana ?", tanya Aryan. Keretanya sudah keluar dari kawasan rumah Avrin. "Saya nak makan kat tempat paling mahal sekali. Awak jutawan, kan ? Apa salahnya huhu", jawab Avrin dengan tawa yang dibuat-buat. "Okay kita pergi makan mamak jelah. Tiba-tiba rasa nak makan roti canai", jawab Aryan selamba. 'The fuck mamat ni ? Mat saleh makan roti canai ? What the frog ?'.

"Apa ? Awak ingat mat saleh tak boleh makan roti canai ke ? Saya duduk Malaysia dah bertahun tau tak ? Bodoh sangat kalau saya duduk Malaysia tapi tak pernah rasa roti canai", Aryan berkata selepas menyedari Avrin mendiamkan diri seperti tidak percaya. "Yelah yelah. Jom makan roti canai", Avrin mengalah. Pandangan dibuang ke luar tingkap.

          "Saya bukan apa, tak minat makan mamak ni sebab satu je. Awak tengoklah sendiri, semua orang pandang kita macam nampak hantu takda kepala", Avrin berkata perlahan selepas menyedari mata-mata disitu sedang memandang ke arah mereka. Sejak mereka keluar dari kereta tadi lagi mata-mata itu menjadi pemerhati.

"Rilek lah. Diorang tak pernah nampak jutawan Amerika makan kat sini lahtu hahaha", Aryan berkata perlahan sambil mengambil tempatnya di hadapan Avrin. Avrin menggelengkan kepala beberapa kali. Budak ni kekadang nampak sangat cool, cold dab matang. Tapi kekadang mengalah macam budak cacat.

        Selepas Aryan membayar makanan mereka. Dia terus mendapatkan Avrin. "Jom. Kita kena pergi", ajak Aryan. Suaranya serius tetapi mukanya sangat tenang. "Kenapa ? Lepak lah dulu. Air saya tak habis lagi ni", Avrin tidak mempeduli apa yang dikatakan oleh Aryan. "Awak, saya tak rasa kita selamat duduk kat sini lama-lama. Dan saya tak rasa mata-mata yang memandang ke arah kita ni ialah orang biasa yang tak kenal siapa kita. Dengar cakap saya boleh tak ?", suara Aryan semakin serius. Avrin menjadi takut melihat Aryan yang sudah berubah 180 darjah itu. Dia pantas bangun dari kedudukannya dan terus berlari anak ke arah kereta mereka. Aryan juga mengekor.

               "Hello, boss. Boss serius ke yang mat saleh ni jutawan Amerika ?"

"Dia makan mamak ni boss. Macam tak percaya je hahahaha"

"Okay okay"

Talian dimatikan.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now